Friday, January 28, 2022

Islamfobia, P'cis makin gila, sekat demokrasi, dunia jadi bisu.

 

Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerald Darmanin. - Foto REUTERS

Perancis semakin ‘galak’ tutup laman web Islam, sekat demokrasi

PARIS: Kerajaan Perancis menutup platform media milik aktivis dan laman web Muslim kerana dianggap bertentangan dengan 'nilai kebangsaan'.

Tindakan itu dikritik kumpulan hak asasi manusia dan peguam kerana melanggar kebebasan demokrasi.

Susulan tunjuk perasaan mengenai hak asasi di Nantes, Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin, berkata beliau akan menutup Nantes Revoltee, platform media tempatan yang menyampaikan maklumat mengenai bantahan itu.

Terdahulu, beliau mengumumkan rancangan untuk menutup laman web 'La Voie' yang menyiarkan kandungan Islam.

Dalam tempoh dua tahun, kerajaan menutup 12 organisasi dan kumpulan berbanding tujuh antara 2016 dan 2019, menurut rekod awam Perancis.

Sebelum pertubuhan dibubarkan, Menteri Dalam Negeri memaklumkan kepada pihak berkenaan bahawa mereka mempunyai 15 hari untuk memberikan maklum balas.

Kemudian, apabila perintah disiarkan, organisasi terbabit boleh membawa kes ke Majlis Negara iaitu sebuah mahkamah pentadbiran.

Sehingga kini, Nante Revoltee berkata pihaknya tidak menerima sebarang makluman daripada Kementerian Dalam Negeri mengenai hal itu.

Daripada organisasi yang diperintahkan untuk ditutup sejak Januari 2020, tujuh berkaitan individu beragama Islam termasuk pertubuhan yang menguruskan masjid, sebuah organisasi kemanusiaan dan kumpulan anti-Islamofobia.

Perintah penutupan itu turut merangkumi tiga kumpulan berhaluan kanan.

Darmanin ketika bercakap di Parlimen pada Selasa menegaskan keputusan menutup Nantes Revoltee dibuat kerana kumpulan ultra kiri itu berulang kali menyeru keganasan terhadap negara serta polis dalam tunjuk perasan pada hujung minggu.

Peguam kepada Nantes Revoltee, Raphael Kempf, berkata laman web berkenaan berkongsi maklumat mengenai acara itu tidak boleh dipertanggungjawabkan atas apa yang berlaku di sana.

"Kami lihat sebuah kerajaan menggunakan alat perundangan untuk menyerang suara yang mengkritik mereka," dakwa Kempf sambil menambah kerajaan sekarang mempunyai kuasa yang dikukuhkan di bawah perundangan 2021, yang menjadikan hasutan keganasan sebagai alasan untuk pembubaran. - REUTERS

Komen Weblog Ibnu HasyimIslamfobia, Perancis makin gila kuasa, sekat demokrasi, kalau dalam hal merugikan Islam dunia jadi pekak, bisu bengap dan bengong.

3 comments:

Anonymous said...

Malaysia seribu kali ganda lebih baik dari USA..AMIN

Polis tembak lelaki kulit hitam, Carolina Utara kembali bergolak..AMIN

Tindakan anggota polis kulit putih yang tidak bertugas menembak mati seorang lelaki kulit hitam di Carolina Utara Amerika Syarikat mencetuskan kemarahan penduduk setempat...AMIN

USA indah khabar dari rupa... AMIN

Pada pemimpin melayu liberal yg berkiblat kan barat dan agenda COMANGO LGBT GAY hedonisme.. yang mengagungkan barat terutama USA..AMIN

link kat bawah ni hah..


https://youtu.be/J9pfDXZS7-U Uncle SAM indah kabar dari rupa


https://youtu.be/rJJl5gytOKw

US indah khabar dari rupa..AMIN

https://youtu.be/dWPa6pwTpaU

USA memalukan..!! AMIN

Mat Salleh yg duduk di Malaysia jogging siang malam tu duduk kat Malaysia ikut Rules Of Law Malaysia jgn memandai nak berlagak pandai ... AMIN

Kalau rasa Malaysia tak okey... sila berambos dari Malaysia dan duduk di USA

https://youtu.be/rG3CcRW32BA Skid Row di USA.. AMIN

Malaysia tiada SKID ROW..Jahanam USA

KHALAS

Anonymous said...

Parti liberal guna logo sendiri, logo mata satu. W/pun begitu kesepakatan dengan dap tetap utuh. Guna logo berasingan sekadar samaran jer, seolah olah dah putus cerai dengan dap. Tapi masih mesra dengan parti legasi komunis. Pembahagian kerusi antara parti liberal, parti kuali dan parti legasi komunis ada persetujuan dalam suasana harmoni.

Dalam kempen p/raya johor, antara bahan kempen ialah parti liberal bergerak sendirian. Pada jisimnya kelihatan sudah putus, tapi hatinya masih bertaut rapat. Sedang bina persepsi agar rakyat johor dibelit dengan skrip lakonan terbaru. Untuk pengikut kempen prn johor, apabila seorang fasiq membawa berita hendaklah disiasat benar atau tidak berita itu. Jangan berulang bahan hancing menghantui orang johor. Politisian yang jahat tidak dapat membawa johor ke arah kebaikan. Jangan mengharap budi dari parti liberal, parti kuali dan parti legasi komunis. Tiada budi kecuali noda.

Anonymous said...

Sebilangan pemimpin kulit putih dan semua pemimpin ultra kiasu roket dan barua liberal mereka adalah puak rasis yang bersikap hipokrit melampau berpura-pura menyokong kebebasan beragama sambil menindas agama Islam dan umat Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails