Wednesday, January 05, 2022

Jho Low, ibu bapa disenarai kes saman 1MDB. Perasuah?

 

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau 'Jho Low, bapa beliau Tan Sri Larry Low Hock Peng dan ibunya Puan Sri Goh Gaik Ewe memasukkan kehadiran mereka dalam kes saman AS$3.7837 bilion difailkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap mereka.

Memorandum Kehadiran itu difailkan firma guaman, Tetuan Valen, Oh & Partners yang mewakili ketiga-tiga defendan pada 29 Disember 2021.

Peguam K Siva Kumar yang mewakili 1MDB berkata, mahkamah mengarahkan Jho Low dan kedua ibu bapanya memfailkan pernyataan pembelaan pada atau sebelum 26 Januari ini selain menetapkan 9 Februari nanti untuk pengurusan kes.

"Bagaimanapun, tiga defendan lain iaitu kakak Jho Low, May Lin, adik lelakinya Taek Szen serta rakan sekutunya Eric Tan Kim Loong masih belum memasukkan kehadiran dalam kes saman itu," katanya selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nor Afidah Idris secara dalam talian hari ini.

Pada 7 Mei 2021, 1MDB dan empat anak syarikatnya, 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited dan Global Diversified Investment Company Limited yang sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited, memfailkan saman terhadap keenam-enam defendan itu.

Berdasarkan writ itu, 1MDB menuntut AS$661 juta daripada Jho Low dan masing-masing AS$41 juta, AS$397 juta, AS$608 juta dan AS$1.9 bilion daripada Jho Low dan Tan serta AS$325 juta daripada Jho Low dan ayahnya.

1MDB Global Investments Limited pula menuntut AS$630 juta daripada Hock Peng, Jho Low dan Tan serta AS$2 juta daripada Taek Szen, Jho Low dan Tan.

Plaintif turut menuntut AS$3.5 juta daripada May Lin and Jho Low serta AS$1.695 juta daripada Goh, Jho Low dan Tan berhubung pembelian barang kemas serta keuntungan rahsia selain AS$25.5 juta daripada Jho Low, Tan, Hock Peng dan Taek Szen. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ya baguslah, Jho Low, ibu bapa disenarai kes saman 1MDB.. Begitu juga pengkhianat, pengganas atau perasuah-perasuah negara, yang dekat-dekatnya termasuk 'barua' pemimpin politik itu perlu disenaraikan bersama..

Jahannam perasuah-perasuah negara!

4 comments:

Anonymous said...

Mahkamah perlu bertindak adil, telus dan ada intergriti. Jangan dok bantai penerima rasuah. Pemberi rasuah pun sama heavy nya. Dua dua pelingkup negara. Elok hukum tembaknya, hidup pun menyusahkan org. Mereka hidup mewah dgn cara yg x bermoral. Yg rakyat jadi bahan pelingkop negara. Atok pun elok masuk penjara, salah guna kuasa. Makin ramai org melayu miskin sepanjang 30 jadi pm.

waspasa said...

sangat setuju...atok...3 orang anaknya billionaire. persoalannya,,adakah kerana mereka bijak berbisnes atau kerana atok pm 22 tahun "bantu" mereka...banyak yg didedahkan pembangkang ketika itu,,terutamanya pas,pkr dan dap. tak perlu nak list down skandal2 tu,google saja,boleh tahu. namun,,setelah atok tinggalkan umno ( saya yakin,,atok dah dapat info umno bn akan tewas pada pru14,,jika atok masih kekal bersama bn, nescaya sg buloh la kediaman atok dan anak2 beliau serta kroni2 beliau konglemerat cina2 seperti pek king, vincet tan dll ), semua skandal2 ni bagaikan tak ujud,,lebih kpd fitnah sahaja. jd,,dimana keadilan yg diperjuangkan pembangkang yg diterajui dap ph tu..puiii,,bangds cina kafir,,dia akan sembunyi dan tutup kesalahan bangsa dia,,oleh kerana melibatkan atok,maka atok pun perlu diselamatkan. cerita atok beri ipp kpd cina,,dan paksa TNB beli tenaga elektrik dgn harga gila2, sehingga taukey2 tpp ni kaut untung atas angin berpuluh billion setajun ( pengguna elektrik yg terpaksa bayar ),,sangat2 menyakitkan hati kita bangsa melayu. tetapi, apabila rakyat diselamatkan oleh dsnajib, iaitu dgn membeli ipp2 tersebut dgn wang 1mdb,,maka ini salah satu punca mengapa dsnajib dan umno mesti dijahanamkan. bermulalah siri2 fitnah yg bermodalkankan kleptokrat ( perompak sebenar adalah atok dan kroni2 tadi ),org kafir yg amanah lebih baik daripada org islam korup,,dll...maka jatuhlah umno dan org melayu dari kekuasaan. SIAPA yg membantu kafir dap menjatuhkan org2 melayu? yaaaa
- melayu pengkhianat iaitu ppbm dan pkr dan pan.
- melayu pas yg konon perjuangkan islam ( pada hal islam tak ajar memusuhi sesama umat islam pun )

Anonymous said...

Atok pintar berniaga. Yg pelik pasai apa forex lingkop. Perwaja lingkop. Port kelang lingkop. Ini semua time atok jadi pm.

Anonymous said...

Masa Abu Bakar jadi khalifah dah ada yg jadi liberal. Abu bakar perangi mereka. Mereka islam juga tapi dah keluar landasan. Yg kekal bersama Islam kekal bersama abu bakar dan seterusnya. Ada yg islam tp jadi syiah pulak. Itu juga time sahabat. Jadi x hairan jika sekarang ni ada yg ikut liberal dan ada yg ikut syiah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails