Monday, January 10, 2022

Jual gambar lucah, jurutera didenda RM6,000 atau 6 bulan penjara.

Menteri Pasola’ jual gambar lucah, kena denda RM6,000 Bernama. Mohd Azri Zahari, 34, yang juga seorang jurutera didakwa menjual gambar lucah bagi tujuan komersial pada harga RM100. (Gambar Bernama)

‘Menteri Pasola’ jual gambar lucah, kena denda RM6,000

PETALING JAYA: Padah menjual gambar lucah seorang wanita dengan harga RM100 menerusi aplikasi Telegram dua tahun lalu, seorang jurutera didenda RM6,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini. 

Hakim Norshila Kamaruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Azri Zahari, 34, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah memberikan komunikasi lucah bagi tujuan komersial (menjual) kepada seorang lelaki melalui aplikasi Telegram menggunakan akaun “Menteri Pasola”. 

Komunikasi lucah dalam bentuk gambar itu kemudian telah dilihat di sebuah rumah di Jalan PJS 10/12, Subang Indah, Bandar Sunway, dekat sini pada 8.21 malam, 4 Mac 2019. Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 233 (2) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya. 

Menjawab pertanyaan Norshila sama ada tindakan OKS menjual gambar lucah itu untuk menambah pendapatannya, peguam Syed Amirul Syed Edros yang mewakili Mohd Azri berkata, “tidak”. 

Syed Amirul berkata, ketika kejadian itu anak guamnya tertekan berikutan masalah rumah tangga. “Mahkamah memberikan kamu peluang kedua untuk bertaubat. Sekiranya kejadian ini berulang semula, mahkamah akan menjatuhkan hukuman yang lebih tinggi,” kata Norshila kepada Mohd Azri. 

Terdahulu, Pegawai Pendakwa daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Nazrul Hizam Mohd Zameri, memohon hukuman denda setimpal mengambil kira faktor OKS menjual gambar lucah mangsa dengan harga RM100 seolah-olah menjual harga diri mangsa. 

Syed Amirul pula memohon denda minimum atas alasan anak guamnya merupakan penanggung utama keluarga dan telah insaf, selain berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama pada masa akan datang. at 1/10/2022 07:20:00 PTG (KERENGGA)

1 comment:

  1. Ketika kejadian itu anak guamnya tertekan berikutan masalah rumah tangga.

    Inilah akibat x kembali ke Islam. Tertekan emosi, jual gambar lucah. Ini antara cara liberal cari ketenangan dgn cara yg ada kaitan dgn sex. Betapa lucah presiden parti liberal. Anak buah pun ikut berlucah.

    ReplyDelete