Pemain AS, Madison Keys membalas hantaran Barbora Krejcikova pada saingan suku akhir Terbuka Australia dekat Melbourne Park, Melbourne. - EPA
Keys kejutkan Krejcikova
MELBOURNE: Madison Keys meneruskan permulaan hebatnya pada musim 2022 apabila menang straight-set menewaskan pilihan keempat, Barbora Krejcikova dan mungkin berdepan Ashleigh Barty pada separuh akhir Terbuka Australia.
Dalam saingan lelaki, Rafael Nadal tampak akan meneruskan kemaraan mencari rekod gelaran Slam ke-21 apabila mara ke suku akhir.
Namun pada saingan sebelah pagi yang panas di Melbourne Park, Rod Laver Arena menjadi milik pemain nombor 51 dunia, Keys yang juga layak ke separuh akhir 2015 namun merudum pada 2021 apabila rankingnya jatuh.
"Ia memberi makna yang amat besar," kata Keys, yang menang 6-3, 6-2 berdepan juara Terbuka Perancis, Krejcikova yang memerlukan rawatan kerana kepanasan pada set pertama. "Tahun lalu sangat sukar."
Keys berkata dia perlu menukar keseluruhan persediaannya pada kempen baharu dan ia jelas membantu.
Dia juga menjuarai saingan pemanas badan di Adelaide bulan ini dan mencatat 11 kemenangan berturut-turut di Australia – menyamai rekodnya untuk keseluruhan 2021.
Dia berkemungkinan akan berdepan Barty atau rakan senegara dari Amerika Syarikat, Jessica Pegula pada separuh akhir Khamis ini. - AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apakah budaya sukan begini yang ingin diterapkan di negara umat Islam seperti Malaysia? Tidakkah ia bertentang dengan Kelantan yang boleh dianggap sebagai peneraju mengetengahkan elemen Islam dalam pentadbiran negeri, dalam negara ini?
Al-hamdulillah, Kelantan telah memulakan dengan mengharamkan premis perjudian dan mengawal minuman keras pada awal 1990-an. Begitu juga cuti dua hari seminggu dan cuti bersalin 60 hari. Sekarang elemen patuh syariah turut dilebarkan dalam acara sukan. Antaranya sukan bidang badan yang mensyaratkan peserta menutup aurat.
Begitu juga dengan peluang menjadi sebagai tuan rumah Sukan Malaysia edisi ke-22 tahun 2026, akan dimanfaatkan dengan sukan patuh syariah. Syabas Kelantan, tahniah. Rakyat sokong kerana Islam!
Liberal peduli apa dengan aurat. Fokus liberal hanya pada rasuah. Konon bila pejuangkan rasuah, liberal sudah suci. Tapi sekutu liberal ada kes rasuah. Jemin kata, CERMIN MUKA DULU.
ReplyDeleteAWAS ! Bahasa Melayu didakwa akan hilang dari wilayah Melayu di Thailand dalam 50 tahun.
ReplyDeletehttps://youtu.be/GibfLKNxlG8