Sunday, January 23, 2022

Khidmat di Hari Thaipusam, buat baik tolak mungkar. Inilah M'sia ku!

 

Bidan terjun bantu wanita bersalin dalam pikap Hari Thaipusam kongsi detik tersebut

Perayaan Thaipusam memberi makna baharu bagi Naroshinii Annaselam dan ibunya, Marie Puspan, setelah mereka membantu seorang wanita melahirkan bayi di dalam sebuah kenderaan pikap berhampiran Batu Caves.

Suami wanita itu gelisah di tempat duduk pemandu, tatkala si ibu dalam keadaan separa sedar, keletihan di separuh jalan proses kelahiran, dengan bayinya hampir keluar.

Naroshinii dan Marie bertindak balas mengikut naluri, dengan Naroshinii menanggalkan baju kurtinya untuk membantu kelahiran bayi tersebut.

Marie terkejut dengan tindakan anak perempuannya tetapi menumpukan semula perhatian untuk membantu wanita itu, Lidawati Zakaria, melahirkan bayinya.

“Saya guna baju itu untuk tarik keluar bayi berkenaan, dan bila dapat (tarik keluar), bayi itu mula menangis,” katanya.

Naroshinii, apabila ditanya bagaimana perasaannya menanggalkan baju di hadapan semua orang, beliau hanya berkata, keutamaannya adalah bayi itu, bukan kesopanannya.

Naroshinii menunjukkan gambar yang diambil pada hari bayi itu dilahirkan.

“Secara azalinya, saya akan melakukan apa sahaja untuk membantu,” katanya

Kedua-dua wanita itu menceritakan kepada FMT apa yang berlaku Selasa lepas ketika mereka berjalan kaki ke Kuil Sri Subramaniar di Batu Caves, Kuala Lumpur.

Naroshinii menyedari ada sesuatu yang tidak kena apabila terlihat sebuah kenderaan pikap berhenti di tengah-tengah simpang.

“Saya tertanya-tanya kenapa kenderaan itu berhenti secara tiba-tiba dan ketika kami melepasinya, saya melihat pemandu itu dalam kegelisahan.
“Saya menghampiri mereka dan bertanya sama ada semuanya baik-baik, namun lelaki itu berkata: Tolong! Isteri saya hendak bersalin,” katanya.

Naroshinii memberitahu lelaki itu, Mohammad Ismaidi Ismail, beliau akan memanggil ambulans, tetapi Ismaidi memberitahunya bayi itu sudah hampir keluar.

Naroshinii kemudian menjenguk dalam kenderaan dan ternampak seorang wanita dalam keadaan separuh sedar di tempat duduk penumpang dengan separuh badan bayi sudah terkeluar.

“Perasaan saya tidak menentu, tetapi setelah berjaya bertenang, saya meminta bantuan ibu kerana saya rasa situasi ini perlu dikendalikan oleh seorang ibu,” katanya.

Marie berkata, beliau dapat lihat wanita itu keletihan, jelas tidak lagi mampu meneran.

“Tangan saya kosong, lalu saya memberitahu anak saya untuk mendapatkan kain bagi menarik bayi itu keluar.

“Selepas mencari-cari, anak saya buat keputusan untuk tanggalkan baju kurtinya,” katanya.

Marie kemudian segera membalut bayi yang baru lahir itu dengan baju anaknya dan selendang yang diberikan orang ramai agar bayi itu tidak kesejukan.

“Saya tiada pengalaman membantu kelahiran bayi, tetapi sebagai ibu kepada lima anak, saya tahu betapa sukar dan peritnya proses itu.
“Saya bertindak di luar naluri dan dapat membantu wanita itu melahirkan seorang bayi perempuan.
“Saya sangat gembira kerana kedua-dua ibu dan bayi sihat dan selamat,” katanya.

Naroshinii dan Marie berasa bersyukur kerana dapat terlibat dalam pengalaman luar biasa ini.

“Kami harap dapat ziarah bayi itu dan ibu bapanya satu hari nanti,” kata Naroshinii. FMT

Komen Weblog Ibnu HasyimKhidmat di Hari Thaipusam, buat baik tolak mungkar. Inilah Malaysiaku!  Al-hamdulillah. 

Bukan sokong minoriti keturunan pendatang, tolak majoriti bumiputra dan haknya di negara ini..

5 comments:

Anonymous said...

BORIS CARI RUSSIA..AMIN

SELESI MASALAH NYA..AMIN

AZAM BAKI CARI AGONG..AMIN

SELESAI MASALAH..AMIN

ISLAMOPHOBIA CARI AZAM BAKI..AMIN

TOKONG SURUH KE JALAN RAYA..AMIN

ZETY CARI TOKONG..AMIN

ISU ZETY ISLAMOPHOBIA TOKONG SURUH TIDOR..

SUMPAH LAKNAT MAKAN SANG FITNAH.. AMIN

MELINGKUP DI IJN

KHALAS

KAH KAH KAH




Anonymous said...

Rasuah tu salah. Kerana itu dalam pas, tiada yg terbabit rasuah. Dalam parti lain, ramai yg rasuah. Dalam parti legasi komunis, dua dua ada. Pemberi rasuah ada, pemakan rasuah pun ada. Aqidah pun sama dgn parti liberal. Ada ngam kata presiden parti kuali.

Anonymous said...

PRN JOHOR 2022 : MCA DAN MIC HENDAKLAH BERTANDING DI KAWASAN KAUM MASING MASING. JIKA MCA DAN MIC MENANG DIKAWASAN KAUM SENDIRI BARULAH DI HORMATI KAWAN DAN LAWAN.

Di mata bangsa Jho Low mereka menganggap Jho Low sebagai pejuang suci yang meruntuhkan kerajaan Melayu Islam.

Ada kah rakyat Malaysia kita ada kedengaran bangsa Jho Low di Malaysia dan Parti MCA, Parti DAP seperti Lim Kit Siang, Guan Eng, Tony Pua, Chin Tong, Teresa dll, mencemuh kerja kotor Jho Low.!?

Semasa PH berkuasa suara suara kaum Cina MCA ( yang semua kenali sebagai "sesumpah politik" sebenarnya ingin "menongkat langit" dan memperbodohkan majoriti Melayu dèngan "menengelamkan kuasa Melayu Islam" di Parlimen

Kini Cina MCA Kapar dah mula mengugut secara terangan. Jangan bagi muka ..mereka ni adalah talam dua muka. dan kini desas desus serta ugutan dari Cina MCA dah mula berkumandang!! Jangan terpedaya..kaum Cina sememangnya dah tolak Melayu.

Contoh:
"pelajaran jawi ditolak mentah oleh kaum mereka.

PRN Johor bertanding ikut ras dan kaum masing masing. MCA bertanding di kawasan majority kaum Cina. MIC pula hendaklah bertanding di kaum India kali ini.

Kalau MCA dan MIC menang dikawasan kaum masing masing maka baru lah parti MCA dan MIC dihormati kawan dan lawan.

Jangan harapkan undi Melayu kali ini. Tunjukkan kebolehan pada kaum kamu baru lah dihormati kawan dan lawan..!!

Anonymous said...

Alhamdullillah. Tiada wakil rakyat dari pas yg terlibat dgn rasuah dan salah guna kuasa. Sementara presiden parti liberal, seorg yg liberal pernah dipenjarakan atas kesalahan salah guna kuasa. Presiden juga boleh dianggap munafiq kerana gagal tunai janji. HARI INI MENANG, ESOK HARGA MINYAK TURUN.

Anonymous said...

Walaun kata kena ada sokongan 2/3 dewan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails