Nusrat Ghani. - Foto AGENSI
Menteri UK dakwa hilang jawatan sebab keIslamannya
LONDON: Seorang penggubal undang-undang Britain mendakwa dipecat dari jawatan menteri dalam kerajaan Konservatif Perdana Menteri Boris Johnson, antaranya disebabkan kepercayaannya terhadap Islam mengundang ketidakselesaan dalam kalangan rakan sekerja, lapor Sunday Times.
Nusrat Ghani, 49, yang kehilangan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan pada Februari 2020, memberitahu akhbar itu bahawa dia diberitahu oleh 'whip' Parlimen bahawa pegangan agama dibangkitkan dalam isu pemecatannya.
Tiada reaksi balas segera kepada dakwaan beliau dari Pejabat Johnson, namun Ketua Whip Kerajaan, Mark Spencer mengakui beliau adalah individu di sebalik dakwaan Ghani.
"Tuduhan ini palsu sama sekali dan saya menganggapnya sebagai fitnah. Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu," katanya menerusi ciapan di Twitter.
Kenyataan Ghani dibuat selepas seorang rakan konservatifnya berkata beliau akan bertemu polis untuk membincangkan tuduhan bahawa whip kerajaan cuba memeras ugut penggubal undang-undang selepas disyaki cuba memaksa Johnson melepaskan jawatan berikutan kemarahan orang ramai mengenai sekatan berkaitan COVID-19.
Skandal itu menghilangkan sokongan awam terhadap Johnson dan partinya, mengundang krisis paling serius dalam jawatan perdana menteri.
"Saya diberitahu bahawa pada mesyuarat rombakan di Downing Street, isu keIslaman dibangkitkan, bahawa status saya sebagai menteri wanita Islam menyebabkan rakan sekerja tidak selesa.
"Saya tidak mahu berpura-pura bahawa ini tidak menggoyahkan kepercayaan saya terhadap parti dan adakalanya saya mempertimbangkan dengan serius sama ada untuk meneruskan tugas sebagai Ahli Parlimen," kata Ghani dipetik dari akhbar itu.
Ghani adalah menteri wanita Islam pertama di Britain.
Dalam reaksinya, Spencer berkata Ghani enggan merujuk perkara itu kepada siasatan rasmi dalaman apabila beliau mula membangkitkan isu itu pada Mac lalu.
Parti Konservatif sebelum ini menghadapi tuduhan Islamofobia dan laporan pada Mei tahun lalu mengkritiknya berhubung cara mereka menangani aduan diskriminasi terhadap umat Islam.
Laporan itu juga menyebabkan Johnson mengeluarkan permohonan maaf atas sebarang kesalahan yang disebabkan oleh kenyataan terdahulunya mengenai Islam.
Sementara itu, pemimpin utama pembangkang dari parti Buruh, Keir Starmer berkata pihak Konservatif mesti menyiasat kenyataan Ghani dengan segera.
"Ini mengejutkan untuk dibaca," ciapnya di Twitter. - REUTERS.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi Islamfobia di Eropah.
(i) Islamofobia juga bermaksud ‘takut, benci dan prejudis keatas agama Islam dan penganutnya’. Islamofobia ini selalunya dikaitkan dengan geopolitik dan perbuatan yang dilakukan, iaitu teroris. Islamophobia sering dikaitkan dengan pandangan seperti berikut,
'Islam adalah sebuah agama yang mempromosikan keganasan dan agresif. Islam adalah agama yang barbarik, seksis dan tidak bertamadun. Islam membenci Barat, Islam memecah belah masyarakat dan negara. Islam bersifat menjajah dan mengambil peluang pekerjaan dan menghabiskan duit pembayar cukai. Islam menyebabkan pertembungan tamadun dan Islam juga adalah ideologi politik.'
(ii) Mengapa Islamofobia subur di Barat adalah berkaitan dengan kenyataan pemimpin dan dasar negara yang menyokong ideologi anti-imigran dan Ketuanan Kulit Putih. Pemerintahan Trump sebagai Presiden Amerika sejak Januari 2017, memperlihatkan peningkatan kadar kebencian kepada Muslim di Barat.
Manifesto xenophobia atau anti imigran dan dasar Trump untuk menyekat kemasukan imigran dan perjalanan Muslim dari negara-negara seperti Iran, Libya, Syria, Somalia dan Yemen dengan jelas diterima oleh sebahagian besar penduduk Amerika. Ini jelas memperlihatkan bagaimana ideologi ‘righ-wing extremismts’ diterima dan dipraktikkan di Barat. Malah kenyataan-kenyataan kebencian yang disebut beliau menular ke nagara-negara Eropah lainnya.
(iii) Seterusnya, tidak dapat dinafikan bahawa kelemahan undang-undang Barat berkaitan pemilikan senjata-api dan lain-lain senjata tajam juga turut menyumbang kepada isu ini. Kerana mudahnya memiliki senjata dan bersifat ‘sah’ serta boleh diberikan lesen walaupun sehingga kepada pemilikan senjata semi-automatik, maka perasaan berani untuk menggangu umat Islam wujud dengan jelas.
Malah ditambah lagi dengan tiadanya hukuman mati dalam sistem perundangan Barat juga sedikit sebanyak memberi impak kepada Islamofobia. Kes seperti Andrei Breivick yang membunuh 77 orang di Sweeden, Alxandre Bissonette membunuh 6 orang di Quebec, Marc Lepine membunuh 14 orang di Motreal, Mohammed Merah membunuh 7 orang di Tolouse dan yang terkini Breton Tarrant yang membunuh 50 orang di Christchurch, semua mereka ini paling tinggi hukumannya adalah penjara seumur hidup tanpa parol.
Sedikit sebanyak sistem perundangan sebegini menjadikan mereka yang terlibat tidak rasa perbuatan mereka akan dibalas dengan nyawa. Seperkara lagi, Islamofobia juga ada kaitan dengan hak asasi manusia yang diperjuangan oleh Barat. Siri-siri perhimpunan dan demonstrasi anti imigran, anti Islam, anti LGBT, anti wanita, anti kapitalis, anti kulit hitam, anti demokrasi dan pelbagai gerakan bersifat ekstrem sayap-kanan ini dibenarkan di Barat.
Hak mereka untuk berhimpun, kebebasan bersuara, kebebasan menyatakan pandangan, kebebasan menyertai mana-mana kumpulan walaupun bergerak secara radikal, kesemua ini terpelihara di negara Barat.
(iv) Adalah berkaitan dengan ketidak fahaman mejoriti masyarakat Barat tentang Islam. Mereka mempunyai maklumat yang sangat cetek tentang Islam malah sentiasa disogokkan dengan perkara yang tidak tepat tentang Islam. Ini menjadikan mereka mempunyai persepsi yang tidak benar tentang Islam, pada pandangan mereka, Islam adalah agama yang ganas, barbarik, tidak bertamadun, menganiaya wanita, tidak toleran dan pelbagai persepri negatif lainnya.
Malah sebahagian mereka hanya mengenali Islam melalui media yang bersikap berat sebelah dan mempromosikan agenda anti Islam. Malah setiap Muslim yang ke masjid juga dianggap melakukan ritual keganasan dan menyebarkan elemen keganasan.
(v) Adalah faktor penarik atau faktor dalaman dan kelemahan Muslim itu sendiri, tidak dapat dinafikan sama sekali bahawasanya sikap inklusif sebahagian Muslim di Barat menjadi punca pengembangan Islamofobia. Umat Islam yang berhijrah ke Barat ada yang bersikap tidak toleran, sangat inklusif dan menolak asimilasi. Mereka lebih senang bergerak dan bersosial dalam kelompok mereka sendiri, malah ada yang menolak untuk menerima idea Barat walaupun ianya baik.
(vi) Selain itu, sikap sebahagian mereka yang ekstrem dalam memahami dan mengamalkan Islam juga menjadi faktor yang menyuburkan Islamofobia. Ada juga sesetengah pemimpin pertubuhan Islam dan imam masjid mempromosikan keganasan tanpa mereka sedari kerana pemahaman tentang Islam yang amat berbeza. Kehidupan di dunia Barat mestilah mengambil kira semua perkara kerana mereka adalah sebahagian daripada negara Barat itu sendiri.
(vii) Harus diingat, Barat yang sanggup menerima imigran Muslim, menggunakan duit pembayar cukai dan berkongsi kekayaan negara dengan imigran dan Muslim lainnya adalah merupakan sebuah hakikat yang harus diterima. Walau bagaimanapun, didapati Islam sebenarnya semakin berkembang di Barat walaupun dihimpit dengan isu Islamofobia.
Semakin Islam ditekan, kelihatannya syiar Islam semakin berkembang. Peratusan masyarakat Barat yang ingin tahu tentang Islam semakin meningkat apabila kejadian keganasan berlaku sama ada dilakukan oleh pihak Barat mahupun umat Islam itu sendiri. Ini merupakan impak positif dari Islamofobia.
No comments:
Post a Comment