Saturday, January 01, 2022

Masyarakat berbilang agama sambut 2022 doakan kesejahteraan negara

 

Sekitar program solat hajat sempena sambutan ambang tahun baru 2022 ketika tinjauan di Masjid Tepian Putra, Kuantan. NSTP/FARIZUL HAFIZ AWANG

KUALA LUMPUR: Masyarakat Malaysia berbilang agama malam ini menyambut tahun baharu 2022 dengan mendoakan kesejahteraan negara serta menghormati mangsa bencana banjir yang melanda beberapa negeri, baru-baru ini.

Rata-rata masyarakat akur dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam agar sambutan tahun baharu kali ini dibatalkan, sebaliknya diganti dengan solat hajat dan doa selamat sebagai menghormati, bersimpati dengan mangsa banjir.

Masyarakat Islam melakukan solat hajat selepas solat Maghrib di masjid terpilih di seluruh negara sementara masyarakat bukan Islam turut melakukan upacara berdoa di rumah ibadat masing-masing.

Di Putrajaya, Perdana Menteri menyertai lebih 500 jemaah di Masjid Putra untuk bersolat hajat dan berzikir bagi mendoakan kesejahteraan negara sempena tahun baharu 2022.

Beliau tiba di Masjid Putra kira-kira 7.15 malam diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad untuk menunaikan solat Maghrib diimamkan oleh Imam Besar Masjid Putra, Salahuddin Ghozali, diikuti solat hajat.

Ia disusuli bacaan zikir istighasah (memohon pertolongan) dan zikir munajat yang dipimpin selebriti Munif Ahmad dan bacaan doa Buatmu Malaysia oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yadim, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.

Turut serta ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Gereja St Mary's Cathedral di ibu negara melakukan upacara sembahyang tahun baharu kali ini secara dalam talian mengambil kira penularan COVID-19 selain memudahkan penyertaan penganut agama Kristian seluruh negara.

Pegawai Tadbir gereja, Wong Yoke Ling berkata upacara itu akan dibuat dibuat di platform Zoom, malam ini bermula 11.30 malam.

Gurdwara Sahib di ibu negara turut mengadakan upacara sembahyang menyambut tahun baharu bermula jam 6 petang hingga 12 malam ini dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dan dipantau Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Setiausahanya, Harpal Singh berkata pihaknya tidak dapat menjalankan upacara tersebut secara dalam talian berikutan kekangan tertentu di pusat ibadah itu.

"Upacara sembahyang ini adalah doa kesyukuran berakhirnya 2021 dan menyambut tahun baharu esok sekali gus mendoakan kesejahteraan semua rakyat negara diberi kesihatan yang baik. Doa ini untuk semua tanpa mengira agama penduduk Malaysia," katanya ketika dihubungi BERNAMA.

Di Selangor, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari menghadiri Program Selangor Memohon Kesejahteraan dan Keberkatan Allah Menjelang 2022 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, malam ini.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, solat sunat Ba'diah dan solat Taubah secara sendiri dan disusuli dengan solat Sunat Awabin Maal Hifz Man serta solat hajat secara berjemaah.

Majlis diteruskan dengan bacaan surah Yasin, tahlil dan zikir munajat dan bacaan doa khas oleh Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Ophir dan solat isyak berjemaah.

Di Pahang, pengisian malam tahun baharu diadakan dengan program kerohanian anjuran Masjid Tepian Putra, Kuantan dengan kehadiran lebih 100 warga setempat.

Majlis bermula dengan solat Maghrib diikuti solat sunat hajat sebelum diteruskan dengan bacaan Yasin serta doa selamat untuk menghindari bencana yang dipimpin imam masjid berkenaan, Ustaz Mohd Zulkarnai Shamsudin sebelum diakhiri bacaan surah Al-Mulk selepas solat Isyak

Sementara itu di Pulau Pinang, solat hajat dan zikir munajat diadakan di semua masjid serta surau di negeri itu malam ini sempena menyambut tahun baharu 2022, selaras dengan saranan Perdana Menteri.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Datuk Mohd Zakuan Zakaria, berkata majlis itu dijalankan serentak di 214 masjid dan 497 surau di seluruh negeri selepas solat Maghrib malam ini.

"Semoga majlis akan membuka lembaran baharu tahun 2022 dengan penuh keinsafan dan keberkatan Allah. Semoga Allah melindungi Malaysia dari wabak penyakit, bencana alam dan pulihkan ekonomi negara," katanya.

Selain itu, Bishop Gereja St George's Anglican Stephen Soe berkata gereja itu telah mengadakan upacara keagamaan di ambang tahun baharu 2022.

"Pihak gereja sangat bersyukur kerana dapat mengadakan upacara yang dihadiri 120 ahli gereja tahun ini kerana tahun lepas, kita tidak mengadakan sambutan secara fizikal. Sebelum pandemik, sambutan kebiasaannya diadakan sehingga tengah malam namun pada hari ini kita memperuntukkan masa selama satu jam 30 minit sahaja," katanya.-- BERNAMA

Komen Weblog Ibnu HasyimMasyarakat berbilang agama sambut 2022 doakan kesejahteraan negara. Islam, Kristian dan... kecuali komunis Malaysia?

3 comments:

Anonymous said...

SELAMAT TAHUN BARU 2022 DENGAN ZIKIR MUNAJAT TIADA BUNGA API BRO.. AMIN

TAHUN 2021 BANYAK PARUT KUDIS BISUL YANG MASIH ADA BRO..AMIN

BRO..MENTERI REMBAT PEGAWAI TINGGI KERAJAAN MAKAN RASUAH SAHAM SOTAN REMBAT BALAK SUMA KAYA AKHIRNYA RAKYAT KAYA DENGAN BALA BANJIR.. AMIN

BRO DAH MACAM CELAKA NEGARA KITA INI ..AMIN

KETUA SPRM NAK LAWAN RASUAH TAPI DIA KAKI RASUAH SAHAM ..AMIN

SOTAN REMBAT BALAK ...AMIN

MENTERI CURI DUIT ..AMIN

BANK NEGARA JADI PUSAT PENYAMUN CURI DUIT .. AMIN

GABENOR BANK NEGARA PENCURI DUIT.. AMIN

JHO LOW LESAP JADI BERUANG ..AMIN

SEPERTI IMAM ROGOL MAKMUM ..AMIN

SEPERTI GURU ROGOL MURID ..AMIN

SEPERTI PUSAT PEMULIHAN DADAH BERI DADAH ..AMIN

SEPERTI MP UMNO JADI BARUA DAPAT DUIT DARI TORWONG TOKONG ..AMIN

KOS CAT PINTU GERBANG CELAKA 10 JOTA BRO..AMIN

PROJEK TEBATAN BANJIR SELANGOR DIKATA MEMBAZIR BRO..AMIN

AKHIRNYA BANJIR BESO SEMUA PENGUNDI DAPAT HASIL YANG DITUAI SELAMA INI PADAN MUKA DEPA BRO.. AMIN

SEMUA DAH MACAM CELAKO BRO ..AMIN

BERAT MAKIN BERAT BROO ..AMIN

BRO MUNGKIN KAH SUMPAH LAKNAT ... AMIN

LEKA DENGAN TEORI BODOH BANGANG BANI MELAYU PANJI ITAM DARI TIMUR BRO... AMIN

JUSTO LESAP DEPAN HIDUNG TUN ..AMIN

PULAU BATU PUTIH TUN SERAH MILIK PADA ANAK LEE KWAN YEW.. AMIN

DAH MACAM CELAKA ROSAK NYA NEGARA KITA INI ..AMIN

OMICRON MAKIN GANAS LAGI EROPAH DAH BRO LOCKDOWN BRO..AMIN

ELOK PRK KEMPAS JOHOR DI SEGERAKAN LAGI CEPAT LAH PARTI BOBOI PEJWANG MELINGKUP ILANG DEPOSIT BROO

BRO MUNGKIN SUMPAH LAKNAT SAMBIL TAMBAH BINI LAGI

KHALAS

KAH KAH KAH KAH KAH

Anonymous said...

Muslim x perlu sambut tahun baru masehi. Biarkan yg bukan Islam buat sambutan itu. Yg muslim x perlu bantah sebab itu tahun sambutan penganut agama lain. Umat Islam hanya sambut tahun hijrah dan yg bukan muslim pun x pernah sambut tahun hijrah.

Anonymous said...

Penduduk asal terlalu meraikan agama org lain. Sedangkan non muslim x pernah peduli ttg agama kepercayaan penduduk negara asal.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails