Friday, January 14, 2022

Mati pucuk 'serang' lelaki muda. Berkahwin & beranaklah!

 

Gejala lazim menandakan lelaki alami kekurangan testosteron termasuk kurangnya dorongan seks. - Foto hiasan

PERUBATAN/KESIHATAN

Mati pucuk 'serang' lelaki muda.

KEKURANGAN hormon testosteron yang penting untuk fungsi seksual kebiasaannya dikaitkan dengan lelaki yang semakin menginjak usia, tetapi turut berlaku dalam kalangan lelaki muda.

Pakar Perunding Urologi Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kolonel Dr Ngoo Kay Seong, berkata kekurangan testosteron kepada lelaki muda boleh berlaku sekiranya mereka menghidap penyakit genetik seperti sindrom Kallman atau Klinefelter.

Dr Ngoo Kay Seong.

Bagi lelaki yang sihat katanya, paras hormon kebiasaannya akan mula menurun apabila usia memasuki lewat 30-an sehingga 80 tahun. 

"Namun, bagi lelaki muda boleh juga berlaku sekiranya mereka menghidap penyakit genetik tertentu atau penyakit membabitkan buah zakar atau testis atau penyakit dalam otak pada peringkat awal kehidupan.

"Ramai belum mengetahui mengenai fenomena kekurangan hormon testosteron ini termasuk dalam kalangan pengamal perubatan," katanya.

Fungsi seksual

Dr Kay Seong berkata, hormon testosteron bukan saja penting untuk fungsi seksual dan penghasilan sperma, malah ia diperlukan bagi pertumbuhan dan kematangan alat kelamin pada peringkat awal kelahiran seseorang lelaki.

"Hormon testosteron di paras optimum penting kepada lelaki mengikut peringkat umur.

"Ketika akil baligh, hormon ini bertanggungjawab ke atas ciri seksual sekunder lelaki seperti pertumbuhan rambut di badan, tumbesaran kemaluan dan pertukaran suara.

"Dalam kalangan lelaki dewasa, tahap hormon testosteron yang optimum penting untuk kesejahteraan hidup dan bagi membendung mereka daripada menghidap penyakit metabolik," katanya.

Kesan kurang hormon testosteron

Beliau berkata, gejala lazim yang menandakan lelaki mengalami kekurangan testosteron termasuk kurangnya dorongan seks atau libido serta kurangnya upaya untuk zakar mengeras secara spontan pada waktu pagi.

Hormon testosteron bertanggungjawab ke atas seluruh pengalaman atau proses seksual seseorang lelaki, justeru mati pucuk juga sebahagian sindrom kekurangan hormon itu.

Bagaimanapun pada masa sama, terdapat tanda bukan seksual yang boleh menjadi 'petunjuk' lelaki mengalami kekurangan hormon testosteron termasuk cepat berasa penat, kemurungan dan kurang motivasi serta daya tumpuan.

"Ia boleh disahkan melalui ujian darah hormon testosteron, di mana tahap total testosteron mereka akan disukat," katanya.

Kesan obes dan kencing manis

Ditanya sama ada kekurangan testosteron boleh menyebabkan penyakit lain, Dr Kay Seong berkata dalam kalangan pesakit kencing manis, 42 peratus daripadanya didapati mengalami masalah kekurangan hormon itu.

"Kekurangan hormon testosteron sememangnya dikaitkan dengan penyakit metabolik yang lain.

Malah masalah obesiti juga dikaitkan dengan fenomena ini.

"Penyakit kardiovaskular dan kolesterol juga dipengaruhi paras hormon testosteron. Setakat ini, kajian saintifik membuktikan kencing manis dan obesiti adalah penyakit utama yang berkait rapat dengan sindrom kekurangan testosteron," katanya.

Perlu kekalkan BMI

Dr Kay Seong berkata, gaya hidup yang tidak sihat akan menyebabkan paras hormon merundum dengan lebih ketara justeru penting untuk sentiasa mengekalkan indeks jisim badan (BMI) pada tahap yang normal.

Testosteron hormon dihasilkan lelaki pada bahagian testis. - Foto hiasan

Meskipun mengakui tiada makanan tertentu yang boleh membendung sindrom ini tetapi, pengekalan BMI normal akan membolehkan penyakit metabolik dielakkan, sekali gus menyebabkan sindrom kekurangan hormon tidak begitu ketara.

"Sekiranya sesuai, terapi gantian hormon oleh pakar urologi boleh dilakukan tetapi rawatan susulan berkala amat penting khasnya, pada tahun pertama rawatan.

"Rawatan itu sudah lama wujud dan lebih penting lagi ia boleh membantu seseorang lelaki kembali ke arah fungsi seksual dan kesejahteraan hidup yang normal terutamanya dalam kalangan mereka berusia 40 sehingga 60 tahun," katanya.

Rawatan terapi hormon

Terapi hormon juga membolehkan kawalan gula kencing manis bertambah baik di samping mengurangkan jisim lemak dalam badan.

"Selain itu, rawatan hormon ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang sudah mengalami masalah kencing manis dan penyakit metabolik lain untuk kembali ke tahap kawalan penyakit yang lebih teratur.

"Sekiranya diabaikan terlalu lama, penyakit kencing manis dan metabolik yang lain mungkin akan lebih buruk," katanya.

Info

• Testosteron hormon dihasilkan lelaki pada bahagian testis

• Merangsang penghasilan sperma, dorongan seksual lelaki

• Berperanan menghasilkan otot dan tulang

• 2 daripada 10 lelaki 60 tahun ke atas, kadar testosteron rendah

• 3 daripada 10 lelaki usia 70 ke atas, kadar testosteran rendah

• Bacaan normal testosteron, 300 - 1,000 nanogram per desiliter (ng/dl)

• Testosteron rendah dikesan ketika bacaan menurun di bawah 300 ng/dl.

Sekian.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, menyuruh berkahwin dan beranaklah, kerana beliau bergembira dengan umat yang ramai. 

Adab-adap perkahwinan, termasuk menjaga dan mengawal dari segi perubatan dan kesihatan (contohnya, penyakit mati pucuk 'serang' lelaki muda) juga adalah tanggung jawab dalam beragama. Kerana Islam adalah penyelamat..

Satu lagi.. undilah PAS parti penyelamat dunia-akhirat, yang juga perlu umat yang ramai.

Allahu akbar!

2 comments:

Anonymous said...

Positif dadah dan langgar SOP Covid 19 ...Kalau Adun DAP tokong diam bisu macam kes keluarga penyamun Zety kalau Adun BN Yokong paling bising macam Azam Baki... kita tunggu dan lihat...

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Perak kerana positif dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Perai, di Bukit Mertajam malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang ACP Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata lelaki berusia 50-an itu ditahan dalam pemeriksaan pada 9 malam di pusat hiburan berkenaan selepas ujian air kencing mendapati dia positif dadah.

"Ujian air kencingnya yang pertama mendapati dia positif dadah namun pihak polis akan menunggu laporan sampel air kencing daripada patologi untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata Adun yang bukan bergelar Datuk itu direman sehari dan akan dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu laporan patologi dan kesnya disiasat menurut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya.

Anonymous said...

Masalahnya ada peguam akan bantu untuk bebaskannya dari kesalahan itu. Ini tabiat yg tidak baik. Individu yg ada tabiat buruk itu, tidak layak dilantik jadi pemimpin. Sikap mempertahankan individu yg melakukan kesalahan, tidak wajar ada pada peguam. Jika peguam yakin org itu sudah melakukan kesalahan, elok sangat berhenti dari jadi peguam bela. Sangat buruk perangai peguam jika sudah tahu anak guamnya buat kesalahan tapi masih teruskan pembelaan dgn mereka cipta bukti atau menimbulkan keraguan yg direka.

Dan satu lagi, jika presiden pun sanggup buat salah, presiden pasti tidak berupaya menasehat anak buah. Nampaknya perbuatan melakukan kesalahan dan buruk tabiat, terus berlegar dlm kelompok pakatan hancing.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails