Wanita dirogol beramai-ramai, diaibkan, diarak di jalanan di Delhi
NEW DELHI: 11 orang termasuk tujuh wanita ditahan selepas seorang ibu muda berusia 20 tahun diculik, dirogol beramai-ramai dan kemudian diarak di jalanan di New Delhi pada siang hari, kata polis India hari ini.
Kes terbaru keganasan seksual di India itu mendapat kecaman meluas termasuk Suruhanjaya Wanita Delhi dan Ketua Menteri Delhi, yang menyifatkannya sebagai 'memalukan'.
Rakaman di media sosial yang tidak dapat disahkan menunjukkan muka mangsa dihitamkan dengan dakwat dan rambutnya dicukur sebelum ditolak dan dicemuh oleh beberapa wanita ketika penonton bersorak, malah merakamnya menerusi telefon.
Timbalan Pesuruhjaya Polis, R Sathiyasundaram, berkata kes di daerah Shahdara di timur Delhi kelmarin itu adalah akibat 'permusuhan masa lampau' antara jiran.
Beliau enggan mengulas lanjut tetapi menurut laporan media, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun membunuh diri dengan melompat di hadapan kereta api selepas wanita yang sudah berkahwin itu menolak cintanya.
Tindakan itu menyebabkan ahli keluarga remaja lelaki terbabit, yang kebanyakannya terbabit dalam jualan arak haram, bertindak membalas dendam atas kematiannya.
"Kesemua 11 yang ditahan termasuk dua kanak-kanak bawah umur, yang tidak boleh dibicarakan sebagai orang dewasa, adalah dari satu keluarga dan video jelas menunjukkan bahawa mangsa ada di situ," katanya.
Mangsa memberitahu polis bahawa dia diculik oleh ahli keluarga remaja lelaki terbabit sebelum dirogol oleh beberapa lelaki dan kanak-kanak di bawah umur, dikasari oleh wanita dan kemudian dipukul dengan kayu serta diarak di jalanan.
"Kami sedang meneliti video untuk mengenal pasti orang lain yang terbabit dan akan ada lebih banyak tangkapan," kata pesuruhjaya tambahan polis Delhi, Chinmay Biswal, kepada AFP.
Mangsa yang mempunyai seorang anak berusia dua tahun itu kini menerima kaunseling selepas tragedi yang dilaporkan berlaku hanya 50 meter dari sebuah pondok polis.
Undang-undang rogol India diubah selepas kes rogol beramai-ramai pada 2012 menjadi terkenal di New Delhi tetapi sehingga kini jumlah kesalahan masih tinggi, dengan lebih 28,000 kes rogol dilaporkan pada 2020.
Banyak lagi yang dianggap tidak dilaporkan dan polis juga lama dituduh tidak mengambil tindakan tegas untuk mencegah jenayah kekerasan dan gagal membawa kes serangan seksual ke mahkamah. - AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di mana pembela wanita dan hak asasi manusia se dunia? Hanya nampak wanita berhijab tutup aurat ikut syariat Islam di Afghanistan sahaja, tetapi bisu-pekak terhadap kes-kes penindasan ke atas wanita seperti kes-kes begini di India?
Mana lebih 'memalukan' tutup aurat yang baik, dari rogol beramai-ramai yang tiada pembelaan keadilan?
Sila lihat: E-Buku IH-64: Rogol Di India
2 comments:
Rogol adalah budaya Rejim Nazi Zionist BJP yg diketuai Kepala Penyokong Budaya Rogol Narendra 'the Butcher of Gujarat' Modi
Minggu dolu kat Malaysia ada himpunan umat Islamophobia. AMIN
Hari yang sama demo aman sambil duduk bossku..AMIN
PRN Johor dah mola. AMIN
Ramai Islamophobia turun minggu dolu.. AMIN
Turun Demonstrasi Azam Baki azam wak lu.. AMIN
Demonstrasi aniya Bossku rupanya lagi dapat sambutan ..AMIN
Desak pecat Azam Baki dan Azam Waklu..AMIN
Seramai 500 jota demostrasi aman jangan aniya Bossku sambil duduk aircond lagi di PWTC...AMIN
Seramai 138 juta islamophobia turun ke jalan raya masa LRT Bangsar.. AMIN
Demo sapa yang lebih ramai..AMIN
KL sesak teruk demo islamophobia.. kah kah kah..AMIN
Bang Non Tokong tepok tangan barua depa turun jalan raya..AMIN
Tun tak turun sebab tukar bateri dah expired...AMIN
Tukar bateri di IJN kasi cas penuh..AMIN
PRN Johor lingkup kan Boboi maka melingkup lah PejWang.. AMIN
Zety dan keturunan pencuri dan anaknya species penyamun dah 3 tahun pulis kata Kertas Siasatan serah ke AG ..AMIN
Kes Zety umat islamophobia di Malaysia di tidor kan...AMIN
Tokong kecut telo kes rasuah torwong belum selesai.. AMIN
Akibat Karma sumpah laknat Bossku atok ditidorkan di IJN.. AMIN
Walau tukar bateri cas penuh di IJN..AMIN
Tajuk Blog CheDet masih lagi pasal fitnah jijik Bossku..!!AMIN
Hebatt kan walaun atok korang ni..AMIN
Tun serah Pulau Batu Putih selamber bodoh ajer bagi pada anak Lee Kwan Yew sambil gentel dan garu telo tapi umat islamophobia Malaysia semua ditidorkan..AMIN
Sebab Tokong DAP suruh tidor..
KHALAS...
kah kah kah
Post a Comment