Friday, January 21, 2022

Muqaddimah keluar DAP menjelang PRU 15, 2ADUN, 1 B/Senator. Padan muka!

 

Dua ADUN dan Seorang Bekas Senator Umum Keluar DAP

CYBERJAYA – Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah dan seorang bekas senator mengumumkan keluar DAP sebentar tadi, lapor portal FMT.

ADUN Sri Tanjong Justin Wong dan ADUN Elopura Calvin Chong serta bekas senator Adrian Lasimbang berkata mereka memulakan kerjaya politik masing-masing demi berjuang untuk Sabah.

Ini termasuk bagi lebih autonomi, infrastruktur yang lebih baik, malah “lebih penting lagi, masyarakat inklusif yang mengatasi bangsa dan agama.”

“Malangnya kami tidak mencapainya menerusi DAP Sabah.

“Kurang kepercayaan ditunjukkan oleh kepemimpinan kami dalam jawatankuasa negeri, khususnya Pengerusi (Frankie Poon),” kata mereka menerusi satu kenyataan bersama, dipetik dari laporan tersebut.

Justin Wong mendakwa DAP sudah hilang arah serta mengalami perbalahan dalaman dan masalah komunikasi yang teruk antara pemimpinnya.

“Jadi dengan berat hati kami mengumumkan akan meninggalkan DAP berkuat kuasa serta-merta.

“Kami menganggap wujud keperluan mendesak bagi memilih platform lebih sesuai yang mampu membuka ruang untuk kami berkhidmat dengan lebih baik untuk negeri tercinta ini.

“Saya tidak mahu membincangkan ke mana akan kami pergi buat masa ini, cukuplah kami katakan mahu berkhidmat untuk rakyat Sabah,” katanya. (S.Tv)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini baru muqaddimah akan keluar DAP beramai-ramai menjelang PRU 15, bermula dengan 2ADUN, 1 B/Senator ini.  Sepatutnya, DAP bersiap-siap untuk 'tutup kedai', kerana ramai 'pelanggan' mulai meluat dan bosan dengan lidah biawak.. Padan muka!

2 comments:

  1. Pak Aji.....padan muka DAP
    Harap2 at-Takiri masih ok dalam PAS

    ReplyDelete
  2. Harap harap semua kembali bersama sama pak aji yg tiada rasuah dan salah guna kuasa. Tiada trowong belakang dan trowong bawah laut.

    ReplyDelete