Monday, January 24, 2022

Pembela hak Iran dipenjara kerajaan Iran.. Apa sebenarnya berlaku?

 

Narges Mohammadi. - Foto AGENSI

PARIS: Mahkamah Iran menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan lebih 70 sebatan kepada pejuang hak asasi manusia terkemuka Narges Mohammadi, kata suaminya hari ini, susulan penahanan mengejutnya pada November lalu.

Suaminya, Taghi Rahmani, yang berpangkalan di Perancis dalam ciapannya di Twitter berkata, hukuman itu dijatuhkan selepas perbicaraan berlangsung hanya lima minit.

Butiran keputusan dan kes dihadapinya bagaimana pun masih tidak jelas.

Rakan sekerja pejuang Hadiah Keamanan Nobel, Shirin Ebadi, yang kini tinggal di luar Iran, Mohammadi sudah berulang kali dipenjarakan pihak berkuasa Iran sejak beberapa tahun lalu.

Beliau dibebaskan dari penjara pada Oktober 2020 tetapi ditahan semula November lalu, di Karaj di luar Tehran semasa menghadiri peringatan untuk seorang lelaki yang terbunuh semasa protes di seluruh negara pada November 2019.

Amnesty International ketika itu mengutuk penahanan 'sembarangan' Mohammadi dan menyifatkan beliau sebagai 'sasaran semata-mata bagi aktiviti hak asasi manusia yang aman'.

Mohammadi yang sudah lama menentang hukuman mati di Iran, sebelum penahanan terbaharunya, bekerjasama dengan keluarga individu dikatakan dibunuh pasukan keselamatan dalam protes 2019 bagi mencari keadilan untuk mereka.

Walaupun ketika keluar dari penjara, beliau pada Mei 2021 dihukum 80 sebatan dan 30 bulan penjara atas tuduhan 'propaganda' terhadap sistem Islam Iran.

Aktivis mengecam peningkatan penindasan di Iran sejak beberapa bulan lalu, termasuk pemenjaraan pejuang dan penggunaan hukuman mati yang lebih luas.

Tahanan terkenal seperti penyair terkenal, Baktash Abtin juga meninggal dunia di penjara.

Seorang lagi pembela hak tertinggi menjalani hukuman panjang di Iran ialah peguam memenangi hadiah, Nasrin Sotoudeh yang membela wanita ditahan kerana membantah keperluan wanita Iran memakai hijab.

Walaupun beliau kini dipercayai keluar dari penjara kerana cuti sakit, penyokong bimbang risiko dikembalikan ke penjara dengan segera. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Konon 'Pembela hak Iran dipenjara lapan tahun, sebat'. Mereka itu (konon 'pembela hak Iran'), sebenarnya adalah pembelot pengkhinat kepada perjuangan rakyat Iran, hasil ciptaan dan tajaan barat. Mereka bertopeng dibalik 'pejuang hak asasi manusia'.

Memfitnah kerajaan Iran begini (seperti di atas), juga termasuk dalam dalam projek 'Islamfobia ke atas umat Islam se dunia', supaya perjuangan Islam tersasar dari mematlamatkan Yahudi dan AS sebagai musuh keganasan utama terhadap manusia.

Lagi imbas Islamfobia di Eropah.

(i) Islamofobia juga bermaksud ‘takut, benci dan prejudis keatas agama Islam dan penganutnya’.  Islamofobia ini selalunya dikaitkan dengan geopolitik dan perbuatan yang dilakukan, iaitu teroris.  Islamophobia sering dikaitkan dengan pandangan seperti berikut, 

'Islam adalah sebuah agama yang mempromosikan keganasan dan agresif. Islam adalah agama yang barbarik, seksis dan tidak bertamadun. Islam membenci Barat, Islam memecah belah masyarakat dan negara. Islam bersifat menjajah dan mengambil peluang pekerjaan dan menghabiskan duit pembayar cukai. Islam menyebabkan pertembungan tamadun dan Islam juga adalah ideologi politik.'

(ii) Mengapa Islamofobia subur di Barat adalah berkaitan dengan kenyataan pemimpin dan dasar negara yang menyokong ideologi anti-imigran dan Ketuanan Kulit Putih. Pemerintahan Trump sebagai Presiden Amerika sejak Januari 2017, memperlihatkan peningkatan kadar kebencian kepada Muslim di Barat.

Manifesto xenophobia atau anti imigran dan dasar Trump untuk menyekat kemasukan imigran dan perjalanan Muslim dari negara-negara seperti Iran, Libya, Syria, Somalia dan Yemen dengan jelas diterima oleh sebahagian besar penduduk Amerika. Ini jelas memperlihatkan bagaimana ideologi ‘righ-wing extremismts’ diterima dan dipraktikkan di Barat. Malah kenyataan-kenyataan kebencian yang disebut beliau menular ke nagara-negara Eropah lainnya.

(iii) Seterusnya, tidak dapat dinafikan bahawa kelemahan undang-undang Barat berkaitan pemilikan senjata-api dan lain-lain senjata tajam juga turut menyumbang kepada isu ini. Kerana mudahnya memiliki senjata dan bersifat ‘sah’ serta boleh diberikan lesen walaupun sehingga kepada pemilikan senjata semi-automatik, maka perasaan berani untuk menggangu umat Islam wujud dengan jelas.

Malah ditambah lagi dengan tiadanya hukuman mati dalam sistem perundangan Barat juga sedikit sebanyak memberi impak kepada Islamofobia. Kes seperti Andrei Breivick yang membunuh 77 orang di Sweeden, Alxandre Bissonette membunuh 6 orang di Quebec, Marc Lepine membunuh 14 orang di Motreal, Mohammed Merah membunuh 7 orang di Tolouse dan yang terkini Breton Tarrant yang membunuh 50 orang di Christchurch, semua mereka ini paling tinggi hukumannya adalah penjara seumur hidup tanpa parol. 

Sedikit sebanyak sistem perundangan sebegini menjadikan mereka yang terlibat tidak rasa perbuatan mereka akan dibalas dengan nyawa. Seperkara lagi, Islamofobia juga ada kaitan dengan hak asasi manusia yang diperjuangan oleh Barat. Siri-siri perhimpunan dan demonstrasi anti imigran, anti Islam, anti LGBT, anti wanita, anti kapitalis, anti kulit hitam, anti demokrasi dan pelbagai gerakan bersifat ekstrem sayap-kanan ini dibenarkan di Barat.

Hak mereka untuk berhimpun, kebebasan bersuara, kebebasan menyatakan pandangan, kebebasan menyertai mana-mana kumpulan walaupun bergerak secara radikal, kesemua ini terpelihara di negara Barat. 

(iv) Adalah berkaitan dengan ketidak fahaman mejoriti masyarakat Barat tentang Islam. Mereka mempunyai maklumat yang sangat cetek tentang Islam malah sentiasa disogokkan dengan perkara yang tidak tepat tentang Islam. Ini menjadikan mereka mempunyai persepsi yang tidak benar tentang Islam, pada pandangan mereka, Islam adalah agama yang ganas, barbarik, tidak bertamadun, menganiaya wanita, tidak toleran dan pelbagai persepri negatif lainnya.

Malah sebahagian mereka hanya mengenali Islam melalui media yang bersikap berat sebelah dan mempromosikan agenda anti Islam. Malah setiap Muslim yang ke masjid juga dianggap melakukan ritual keganasan dan menyebarkan elemen keganasan.

(v) Adalah faktor penarik atau faktor dalaman dan kelemahan Muslim itu sendiri, tidak dapat dinafikan sama sekali bahawasanya sikap inklusif sebahagian Muslim di Barat menjadi punca pengembangan Islamofobia. Umat Islam yang berhijrah ke Barat ada yang bersikap tidak toleran, sangat inklusif dan menolak asimilasi. Mereka lebih senang bergerak dan bersosial dalam kelompok mereka sendiri, malah ada yang menolak untuk menerima idea Barat walaupun ianya baik.

(vi) Selain itu, sikap sebahagian mereka yang ekstrem dalam memahami dan mengamalkan Islam juga menjadi faktor yang menyuburkan Islamofobia. Ada juga sesetengah pemimpin pertubuhan Islam dan imam masjid mempromosikan keganasan tanpa mereka sedari kerana pemahaman tentang Islam yang amat berbeza. Kehidupan di dunia Barat mestilah mengambil kira semua perkara kerana mereka adalah sebahagian daripada negara Barat itu sendiri. 

(vii) Harus diingat, Barat yang sanggup menerima imigran Muslim, menggunakan duit pembayar cukai dan berkongsi kekayaan negara dengan imigran dan Muslim lainnya adalah merupakan sebuah hakikat yang harus diterima. Walau bagaimanapun, didapati Islam sebenarnya semakin berkembang di Barat walaupun dihimpit dengan isu Islamofobia. 

Semakin Islam ditekan, kelihatannya syiar Islam semakin berkembang.  Peratusan masyarakat Barat yang ingin tahu tentang Islam semakin meningkat apabila kejadian keganasan berlaku sama ada dilakukan oleh pihak Barat mahupun umat Islam itu sendiri. Ini merupakan impak positif dari Islamofobia.

Kesimpulan

Di Malaysia ada puak-puak anti Islam yang menyalin balik kegiatan Islamfobia di barat, melaksanakan di sini, untuk menutup kegagalan dan kejahilan mereka, yang bersembunyi dibawah tempurung sempit perkauman kecinaan komunis yang sia-sia..

Sekian, harap maklum.

4 comments:

Anonymous said...

Kadang kadang hairan jugak. Sana sini tolak rasuah. Tapi masih pilih juga parti yg sana sini terlibat dgn rasuah. Sedangkan sudah ada sebuah parti yang jelas tidak terlibat dengan aktiviti rasuah sejak 60 tahun yg lalu. Takkan berhenti rasuah jika masih memilih parti parti yg terpalit rasuah.

Sudah terbukti negeri negeri yang diperintah oleh parti ini terpelihara dari rasuah dan salah guna kuasa. Jangan salah perhitungan, berpolitiklah dengan politik matang. Parti liberal sudah jelas arah tujunya masih bersama rasuah dan salah guna kuasa. Lebih merbahaya atau zon merah bila parti liberal ini menghentam ulamak dan islamik politisyen. Menyemai islamfobia oleh mereka yg menyerupai islam tetapi menganut faham liberal.

Anonymous said...

Hanya akhlak islamiah yang menyelamatkan parti ITU drp.perangkap rasuah..Ingat...dapat wang,kuasa dan kemegahan dunia itu anugerah Allah..itulah yg.buat manusia tidak tahan godaan..

Anonymous said...

Sangatlah benar, kerana akhlaq islamiah yg dapat menyelamatkan parti, rakyat dan negara. Bila ketua nya berada di jalan benar, insya Allah kepimpinannya lebih terjamin. Bila ketuanya berada di jalan liberal, maka liberallah pengikutnya. Tak masuk dik akal, liberal lebih lurus jalannya ke arah islamiah. Persepsi yg ditanam oleh golongan liberal ialah liberal yg terbaik. Jangan terpedaya dengan persepsi ini. Sebenarnya ia membawa ke arah songsang, lebih menjurus kufur.

Anonymous said...

Dua individu termasuk seorang anak saudara Ahli Parlimen Sungai Buloh, R Sivarasa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas dakwaan meminta dan menerima rasuah daripada warga asing untuk “menutup kes” penyalahgunaan kelayakan akademik bagi kemasukan pekerja asing oleh sebuah syarikat.

Bagaimanapun, anak saudara Sivarasa, Naveen Kularasa Rasiah dan bekas pekerjanya, Nico Kam Jo Hoe mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan di bawah Seksyen 16 (a) (A) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails