'Penunjuk perasaan wanita Afghanistan berarak menuntut keadilan di Kabul sebelum diserang menggunakan semburan lada pemedih mata oleh pejuang Taliban. - Foto AFP.'
Hal ini termasuk dalam kempen memburuk-burukkan agama Islam yang suci.
Wanita Afghanistan disembur pemedih mata oleh Taliban
KABUL: Pejuang Taliban hari ini melepaskan semburan lada pemedih mata ke arah sekumpulan penunjuk perasaan wanita di ibu kota Afghanistan yang menuntut hak bekerja dan pendidikan.
Sejak menguasai negara itu pada Ogos lalu, pihak berkuasa Taliban mengenakan sekatan yang semakin meluas terhadap warga Afghanistan, terutama wanita.
Kira-kira 20 wanita berkumpul di hadapan Universiti Kabul melaungkan 'kesaksamaan dan keadilan' selain membawa sepanduk bertulis 'Hak wanita, hak asasi manusia', lapor media.
Bagaimanapun, protes itu kemudiannya dileraikan pejuang Taliban yang tiba di tempat kejadian menaiki beberapa kenderaan.
"Apabila kami berada berhampiran Universiti Kabul, tiga kenderaan Taliban datang dan anggota dari salah satu kenderaan itu sambil menyembur cecair lada pemedih mata ke atas kami.
"Mata kanan saya mula pedih. Saya memberitahu salah seorang daripada mereka bahawa 'kamu memalukan' dan kemudian dia mengacukan pistol ke arah saya," kata seorang penunjuk perasaan yang enggan dikenali atas faktor keselamatan.
Dua lagi penunjuk perasaan berkata, seorang daripada wanita itu terpaksa dibawa ke hospital selepas terkena semburan yang mengakibatkan kesan alahan pada mata dan mukanya.
Wartawan AFP turut melihat seorang pejuang Taliban merampas telefon bimbit seorang lelaki yang sedang merakam demonstrasi itu.
Taliban melarang bantahan tanpa kebenaran dan sering campur tangan secara paksa untuk menggagalkan himpunan bagi menuntut hak wanita.
Pihak berkuasa Taliban menyekat pekerja sektor awam wanita daripada kembali bertugas, banyak juga sekolah menengah masih belum dibuka semula untuk wanita, sementara universiti awam ditutup.
Perjalanan jarak jauh bagi wanita tanpa ditemani saudara lelaki terdekat adalah dilarang.
Taliban juga mengeluarkan garis panduan menghalang saluran televisyen daripada menyiarkan rancangan yang memaparkan pelakon wanita.
Sementara itu, ramai wanita hidup dalam ketakutan dengan rejim yang terkenal dengan pelanggaran hak asasi manusia ketika pertama kali berkuasa antara 1996-2001, sebelum digulingkan pakatan tentera diketuai Amerika Syarikat (AS). - AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Perarakan wanita Afghan disembur lada, tiada berlaku cedera berat atau kematian.. Ertinya tiada tindakan kezaliman dari pihak berkuasa Taliban, kecuali hanya peraturan-peraturan biasa.
Memang kerja-kerja jahat AS bekas penjajah Afghanistan dan puak-puak anti Islam terus berusaha untuk memburuk-buruk dan menjatuhkan Islam.
Allahu akbar!
Kat malaysia, kita ada sister in islam. Mereka tak ramai pun sekitar dalam 12 ke 13 orang jer. Tapi publisiti untuk mereka tersebar luas. Seolah olah mereka mewakili majoriti muslimah. Parasit macam ini memang wujud dalam mana mana masyarakat. Cuba kembangkan faham liberal. Cuba ubah hukum syariah supaya ikut naluri songang mereka. Kalau dalam kalangan lelaki ada gay dan kawin sejenis, sister in islam adalah versi wanita.
ReplyDeleteIni adalah fitnah terhadap kesucian islam oleh golongan yg berfahaman liberal. Pengajian islam nya tak habis, dah nak jadi jaguh islam.
Kat malaysia, kita ada sister in islam. Mereka tak ramai pun sekitar dalam 12 ke 13 orang jer. Tapi publisiti untuk mereka tersebar luas. Seolah olah mereka mewakili majoriti muslimah..AMIN
ReplyDeleteSIS anak Tun org kuat SIS... Tun baru kuar IJN bateri baru dah dapat full charging.. lepas cas bateri bole fitnah jijik bossku...AMIN
Kat sekolah sekolah, biasanya ada sorang dua yg jadi trouble maker. Mereka ni lawan arus. Tak ikut arus perdana. Bila dah tua pun, tetap juga sama, lawan arus. SIS ni group yg lawan arus. Tak faham agama, ada hati nak betulkan agama. Presiden parti liberal pun lawan arus. Rakan karibnya pun presiden parti kuali juga lawan arus. Mereka berdakwah ajak rakyat untuk sokong legasi parti komunis. Mereka berdua bersungguh sungguh serang islamik politisyen dengan fitnah bertali arus. Sangat jahat dan surah an nas, mohon dilingdungi dari jin dan manusia termasuk dalam kelompok ini.
ReplyDelete