Penunjuk perasaan berkumpul membantah kes penembakan Jason Walker oleh seorang anggota polis ketika tidak bertugas di Fayetteville, Carolina Utara di Amerika Syarikat (AS). - Foto AFP
Polis tembak lelaki kulit hitam, Carolina Utara kembali bergolak
WASHINGTON: Tindakan anggota polis kulit putih yang tidak bertugas menembak mati seorang lelaki kulit hitam di Carolina Utara mencetuskan kemarahan penduduk setempat.
Mereka bersama saudara-mara mangsa mengadakan tunjuk perasaan di beberapa lokasi sejak semalam. Kematian Jason Walker menimbulkan kembali ketegangan perkauman yang memaksa warga kulit hitam Amerika Syarikat (AS) menuntut keadilan bagi beberapa pembunuhan dengan mengetengahkan isu udang-undang senjata api, keganasan polis serta perbezaan kaum.
Siaran langsung oleh WRAL TV dari Fayetteville menunjukkan orang ramai melaungkan 'isu Jason Walker' dan peguam hak sivil terkemuka, Benjamin Crump, mengetuai 'himpunan untuk keadilan' itu.
"Seperti mana kebenaran bagi George Floyd, Ahmaud Arbery dan Breonna Taylor didedahkan, kebenaran sama akan didedahkan untuk Jason Walker," kata Crump.
Beliau turut mengaitkan isu pembunuhan berprofil tinggi ramai rakyat AS berkulit hitam oleh anggota polis dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.
Crump mewakili keluarga mangsa dalam ketiga-tiga kes itu, yang mencetuskan protes di seluruh negara kerana keganasan polis terhadap kumpulan minoriti.
Awal minggu ini, sekumpulan kecil penduduk berarak di bandar untuk menuntut penahanan Jeffrey Hash, pegawai polis yang menembak Walker ketika tidak bertugas pada Sabtu lalu.
Hash, yang sudah berkhidmat di bandar itu sejak 2005, sedang memandu kenderaan bersama isteri dan anak perempuan mereka ketika menghampiri Walker, 37, yang tidak bersenjata dan sedang menyeberang jalan berhampiran rumah ibu-bapanya.
Beberapa saat kemudian, saksi mendakwa Hash melepaskan tembakan dan Walker dilihat terbaring dengan kesan tembakan.
Dalam satu rakaman video amatur kejadian tembakan itu, Hash dilihat menerangkan kepada rakannya bahawa Walker melompat ke tengah jalan dan dia terpaksa membrek untuk mengelakkannya.
Dakwa Hash, Walker kemudian melompat ke atas kenderaannya dan menarik pengelap cermin sebelum menggunakannya untuk memukul cermin hadapan kereta, memaksanya menggunakan senjata untuk melindungi keluarganya. - AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'Kematian Jason Walker menimbulkan kembali ketegangan perkauman yang memaksa warga kulit hitam Amerika Syarikat (AS) menuntut keadilan bagi beberapa pembunuhan dengan mengetengahkan isu udang-undang senjata api, keganasan polis serta perbezaan kaum.'
Itulah wajah sebenar AS.
3 comments:
USA indah khabar dari rupa... pada pemimpin melayu liberal yg berkiblat kan barat dan agenda COMANGO LGBT GAY hedonisme.. yang mengagungkan barat terutama USA
link kat bawah ni hah..
https://youtu.be/J9pfDXZS7-U Uncle SAM indah kabar dari rupa
https://youtu.be/rJJl5gytOKw
indah khabar dari rupa..
Jahanam USA
siri 2
Malaysia seribu kali ganda lebih baik dari USA..AMIN
Polis tembak lelaki kulit hitam, Carolina Utara kembali bergolak..AMIN
Tindakan anggota polis kulit putih yang tidak bertugas menembak mati seorang lelaki kulit hitam di Carolina Utara Amerika Syarikat mencetuskan kemarahan penduduk setempat...AMIN
USA indah khabar dari rupa... AMIN
Pada pemimpin melayu liberal yg berkiblat kan barat dan agenda COMANGO LGBT GAY hedonisme.. yang mengagungkan barat terutama USA..AMIN
link kat bawah ni hah..
https://youtu.be/J9pfDXZS7-U Uncle SAM indah kabar dari rupa
https://youtu.be/rJJl5gytOKw
US indah khabar dari rupa..AMIN
Mat Salleh yg duduk di Malaysia jogging siang malam tu duduk kat Malaysia ikut Rules Of Law Malaysia jgn memandai nak berlagak pandai ... AMIN
https://youtu.be/rG3CcRW32BA Skid Row di USA.. AMIN
Malaysia tiada SKID ROW..Jahanam USA
KHALAS
Kat malaysia, legasi parti komunis tidak mahu ikut budaya tempatan. Mereka sangat bersifat perkauman. Mereka tidak mahu ikut silibus sekolah kebangsaan. Mereka bertegas mahu anak anak mereka bersekolah di sekolah yg berqiblatkan negara cina komunis. Mereka tidak mahu anak mereka fasih menyanyikan lagu negaraku. Mereka semai semangat tidak setia kepada raja raja melayu.
Sementara parti liberal menjadi khadam parti legasi komunis. Exco agama parti liberal pecat imam kerana imam tarbiah pencuri duit tabong masjid. Parti liberal lebih cenderong kepada rasuah dan cenderong memupuk aqidah liberal yg sebaris dengan aqidah komunisme. Legasi komunis campur tangan dalam urusan agama Islam, sementara parti liberal menjadi jurucakap bagi pihak legasi komunis membantai golongan agamawan dan menghentam ruu355. Parti liberal tidak perlu menyenangkan hati golongan legasi komunis, dengan mengorbankan air mata orang melayu.
Post a Comment