Pengeluaran sawit dijangka bertambah baik pada separuh kedua tahun ini - Foto hiasan
Purata harga sawit diunjur RM3,800 satu tan
PUTRAJAYA: Prospek yang lebih cerah dijangkakan untuk industri minyak sawit pada 2022 dengan harga purata minyak sawit mentah (MSM) dijangka sekitar RM3,800 satu tan, demikian menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir, berkata prospek yang lebih baik itu berdasarkan semua petunjuk utama industri diunjur mencatatkan prestasi lebih baik.
Beliau berkata, unjuran purata harga MSM sekitar RM3,800 satu tan itu adalah berikutan pengeluaran minyak sawit yang bertambah baik, sejajar dengan prestasi minyak sayuran utama lain yang mencatat pemulihan pengeluaran dan stok.
Katanya, pengeluaran MSM dijangka meningkat sebanyak 4.9 peratus kepada 19 juta tan pada 2022 berbanding 18.12 juta tan pada 2021, manakala stok simpanan diunjur meningkat 23.4 peratus kepada 1.95 juta tan berbanding 1.58 juta tan pada tahun lalu.
"Kami menjangkakan eksport meningkat 9.3 peratus kepada 17 juta tan pada tahun ini berbanding 15.56 juta tan sebelum ini. Namun, pendapatan eksport dijangka susut kepada RM95 bilion berbanding RM106.50 bilion.
"Pengeluaran sawit dijangka bertambah baik pada separuh kedua tahun ini dengan paras puncak menjelang Julai-September," katanya pada Seminar Tinjauan dan Prospek Ekonomi Minyak Sawit (R&O) 2022 anjuran MPOB di Putrajaya, semalam.
Ahmad Parveez berkata, walaupun mengalami pelbagai cabaran di peringkat domestik dan global, industri minyak sawit Malaysia berjaya menyesuaikan diri dengan norma baharu.
Beliau berkata, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, MPOB dan agensi berkaitan lain akan terus bekerjasama rapat dengan pemain industri dalam menghadapi cabaran yang berterusan untuk kemampanan industri minyak sawit negara.
Pada 2021, Ahmad Parveez berkata, industri itu mencatatkan prestasi bercampur-campur apabila pengeluaran MSM yang lebih perlahan menjejaskan kapasiti eksport komoditi itu serta produk berasaskan sawit lain biarpun mendapat permintaan stabil dari negara pengimport.
Beliau berkata, tahun lalu juga memperlihatkan harga MSM mencecah paras tertinggi dalam sejarah dengan mencapai paras RM5,341 satu tan pada November 2021.
Katanya, rekod harga yang tinggi itu mempengaruhi jumlah pendapatan eksport mencapai tahap tertinggi walaupun eksport lebih rendah.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, kini purata harga sawit diunjur RM3,800 satu tan, dijangka sehingga pada 2022. Memang di luar jangkaan, lebih-lebih lagi bagi bekas menteri PH 'yang tak cerdik' mengandaikan supaya rakyat 'buang sawit tanam buluh', semasa pentadbiannya.
Rupanya, ada menteri yang tak secerdik itu.. Cakap berdegar-degar ekor bergelumang ...
Jadi solusinya..
No comments:
Post a Comment