Monday, January 24, 2022

Tanah Sebatik (2), Utara M'sia, Selatan Indo.. &10 tempat menarik.

 



SAYA Ibnu Hasyim pernah sampai di laut seperti gambar di atas kira-kira beberapa tahun lalu. Terletak di bahagian Timur Kalimantan, Pulau Sebatik merupakan salah satu kawasan yang sehingga kini menjadi isu perbalahan antara kerajaan Malaysia dengan Indonesia. 

Konflik berkenaan sempadan ini semuanya bermula pada tahun 2002, selepas Mahkamah Kehakiman Antarabangsa (ICJ) memutuskan untuk menganugerahkan Malaysia pemilikan dua buah pulau iaitu Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan; dengan undian 16 berbalas 1 berpihak kepada Malaysia.

Kes perbicaraan berkaitan pemilikan kedua buah pulau dimulakan pada tahun 1997, atas persetujuan kedua-dua buah negara yang melakukan tuntutan.  Perbicaraan dimulakan pada 14 Mei 1998.

Kedua-dua pulau hanyalah besaiz kecil. Ligitan terletak 21 batu nautika dari Tanjung Tutop, tidak jauh dari Semporna. Sentiasa berada di atas paras air, Ligitan mempunyai tumbuhan-tumbuhan renek serta beberapa batang pokok tanpa didiami sesiapa ketika itu.

Sipadan pula mempunyai keluasan 0.13 km persegi, terletak 42 batu nautika daripada Pulau Sebatik. Pulau Sipadan terbentuk hasil pergerakan aktiviti gunung berapi, mempunyai kawasan hutan yang tebal serta kawasan terumbu yang indah.

Sekitar tahun 1980-an, Sipadan tidak dihuni sesiapa tetapi popularitinya sebagai kawasan pelancongan mengubah suasana itu. Akibat daripada keputusan ICJ, garis sempadan antara kedua-dua negara secara rasmi diperbaharui. Mengakibatkan garis sempadan baru mengekalkan garis sempadan cadangan asal Indonesia yang lalu betul-betul di atas Pulau Sebatik; dan membahagikan pulau itu kepada dua bahagian.

Puncanya, perjanjian di antara British dan Belanda satu masa dahulu mengakibatkan pembahagian pulau tersebut di antara kedua-dua pihak. Selepas kemerdekaan Malaysia dan Indonesia, kedua-duanya terus dinamakan sebagai pemilik Pulau Sebatik menyebabkan pemilikan pulau itu berpecah dua.

Bahagian utaranya jatuh kepada Malaysia sementara selatannya pula jatuh ke dalam kawasan Indonesia. Akibat daripada keputusan ICJ itu, secara rasmi Pulau Sebatik terpaksa dipisahkan dua, membelah komuniti yang menetap di dalamnya sekian lama.

Selepas tewas dalam perbicaraan tahun 2002, Malaysia dan Indonesia terus bertelagah dalam isu garis sempadan perairan Ambalat pada tahun 2005 yang sehingga kini belum berkesudahan.

Hasil daripada konfrontasi kedua-dua negara, penduduk Pulau Sebatik mula menerima campur tangan dua kerajaan yang sedikit-sebanyak mengg4nggu gugat hidup mereka.

Propaganda geopolitik mula disebarkan bagi memastikan penduduk Pulau Sebatik yang sudah pun terbelah dua, terus dipecahkan lagi dengan isu-isu identiti nasional.

Sejarah menunjukkan penduduk Pulau Sebatik sebenarnya sejak awal lagi lebih banyak berhubung dengan kawasan di Malaysia, khasnya di pekan Tawau yang terletak tidak jauh dari mereka. Kebergantungan mereka dengan Tawau bukan saja dalam segi ekonomi, malahan budaya juga dikatakan dikongsi bersama.

Namun apakan daya, disebabkan oleh ketetapan sempadan memerlvk4n penduduk sebuah pulau membawa dua ideologi identiti yang nyata berbeza, akhirnya yang jadi m4ngs4 adalah penduduk di situ juga.

1 pulau 2 kerajaan memerintah.


Kerajaan Malaysia dan kerajaan Indonesia mengambil pendekatan berbeza dalam memajukan Pulau Sebatik. Indonesia lebih agresif, membangunkan dua buah pekan kecil iaitu Sei Nyamuk yang bertindak sebagai pusat komuniti dan Mantikas yang menjadi pusat nelayan.

Kerajaan Malaysia pula melalui program Mini Estet Sejahtera dikendalikan kerajaan negeri Sabah, memulakan program pembukaan 15 buah kampung baru bagi meningkatkan jumlah populasi.  Bagaimana pun, populasi Sebatik Indonesia nyata lebih tinggi dengan kehadiran lebih 80,000 penduduk tetap sementara Sebatik Malaysia pula hanya sekitar 25,000 orang.

Perbezaan ini dikatakan berpunca daripada lokasi Tawau sendiri yang terletak berdekatan, dirasakan lebih menarik untuk dijadikan tempat tinggal penduduk Sebatik bahagian Malaysia.

Aktiviti utama penduduk Sebatik tak kiralah di bahagian mana, adalah penanaman padi, koko, kelapa, kopi, lada hitam, kelapa sawit serta kumpulan komuniti kecil nelayan.

Walaupun berkongsi sempadan yang sama, semua penduduk biasanya menggunakan 3 kawasan di mana pergerakan rentas sempadan kerap berlaku, sama ada secara haram atau sah.

Tiga sempadan itu terletak di tiga buah kawasan berbeza, iaitu Liyang Bunyu, Sungai Pancang dan Haji Kuning.

3 kawasan, 3 cerita.


(1) Liyang Bunyu.
Terkenal sebagai kawasan rentas sempadan yang mudah dilalui, walaupun tentera Indonesia ada menempatkan askar mereka di sana. Laluan ini menjadi lokasi utama aktiviti keluar masuk pekerja ladang yang terletak di bahagian Malaysia, tanpa ada sekatan.

Bagaimanapun, disebabkan oleh kemudahan tersebut lokasi ini juga popular untuk berlakunya aktiviti penyeludvpan. Barang utama yang kerap diselvdup adalah tong gas. Ini kerana harga tong gas di Malaysia jauh lebih rendah berbanding di Indonesia yang mampu mencecah 2 kali ganda, menyebabkan produk itu mendapat permintaan tinggi di bahagian Indonesia.

(2) Sungai Pancang.

Di sini pula mempunyai beberapa buah keluarga yang telah pun menetap di situ berdekad-dekad lamanya. Apa yang menarik untuk diceritakan, selepas penghakiman ICJ dicapai dan kedua-dua kerajaan tampak saling cabar-mencabar antara satu sama lain, bukan semua keluarga di Sungai Pancang menyedari mereka sudah pun menetap di ‘negara luar’ untuk beberapa tahun.

Keluarga-keluarga warga Indonesia ini menghadapi masalah besar selepas kerajaan Malaysia mula membangunkan kawasan yang mereka diami, menyebabkan ada penduduk yang terpaksa berpindah ‘pulang ke negara asal’, kerana kediaman mereka kini terletak dalam Malaysia. Sehingga kini dipercayai masih ada penduduk Indonesia yang menetap di sekitar Sungai Pancang, yang sentiasa berdepan risiko dihalau keluar.

(3) Kisah rumah penduduk bernama Mappangara

Bagi seorang penduduk bernama Mappangara dan pasangannya Hasidah yang tinggal di Haji Kuning, kekalutan yang berlaku dijadikan manfaat sepenuhnya pada mereka berdua.

Rumahnya menjadi salah satu daripada lima buah rumah yang unik, terletak betul-betul di atas garis sempadan Malaysia-Indonesia. Rumah Mappangara terbahagi kepada dua; ruang tamunya terletak di Indonesia, sementara dapurnya pula terletak di Malaysia!

Mappangara dan isterinya pula orang Indonesia, jika anda nak tahu. Berbeza dengan Sungai Pancang di mana kawalan sempadan lebih ketat dijalankan, penduduk Haji Kuning tidak berdepan masalah besar.

Setakat ini kedua-dua buah kerajaan hanya memejamkan sebelah mata tentang situasi unik penduduk di sini tanpa ada pengusiran dijalankan. Disebabkan keunikan ini, rumah-rumah di Haji Kuning kerap dikunjungi wartawan serta pelancong yang berminat untuk melihat lebih dekat situasi aneh yang dilalui mereka, disebabkan oleh kewujudan sistem garis sempadan antara negara.

Jika tiada aral melintang, kami akan cuba membincangkan tentang isu Pulau Sebatik daripada segi perundangan serta masalah yang dihadapi penduduk dan langkah yang cuba diperkenalkan bagi meringankan polemik ini.

10 Tempat menarik di Pulau Sebatik.

1. Pulau Sebatik
Tidak ramai yang tahu tempat menarik di Pulau Sebatik yang sangat indah dan memukau ini. Pemandangan darat dan lautannya amat mempersonakan ditambah pula dengan hembusan angin serta kicauan burung amat meriah sekali. Ia umpama hamparan bukit hijau yang penuh tumbuhan di atas pulau ini. 
Anda dapat merasai pulau ini sedikit tinggi dan bertebing. Tiada masalah untuk bersantai di pantai, bermain air, berkelah dan sebagainya. Amat menyeronokkan, ia agak jauh dari kota-kota yang sibuk.

2.  Kampung Nelayan, Pulau Sebatik

Salah satu tempat menarik di Pulau Sebatik juga adalah Kampung Nelayan. Keadaan pantai ini agak ramai pengunjungnya kerana banyak nelayan yang bekerja di sini dan singgah berhenti di sini membawa ikan. 
Anda boleh melihat nelayan pulang dengan membawa hasil tangkapan untuk dijual. Perkampungan nelayan ini tidaklah mempunyai banyak tempat tinggal dan rumah, ia hanyalah rumah para nelayan singgah, berehat dan membawa ikan.

3. Desa Tanjung Aru, Pulau Sebatik

Desa Tanjung Aru adalah sebuah tempat menarik di Pulau Sebatik yang boleh anda kunjungi. Siapa sangka pantai yang indah ini berada di kawasan Nukukan, Sebatik Timur.  Dengar kata, terdapat kampung Tanjung Aru yang bakal menjadi ibu kota daerah Sebatik.

Anda boleh melawat ke kampung Tanjung Aru dan singgah di Pantai Tanjung Aru yang panjang ini. Ia mempamerkan keindahan alam yang cukup hebat. Pemandangan pantai pada senja dan subuh hari amat indah.

4.  Bukit Keramat, Pulau Sebatik

Selain pantai dan kampung, terdapat bukit yang sangat indah boleh anda kunjungi di sini.  Ia sangat indah dan tenang dimana anda akan laluinya untuk ke Desa Bambangan Sebatik Barat.
Di samping berjalan-jalan di tempat menarik di Pulau Sebatik ini, anda juga berpeluang ke Pos Pengamanan Batas wilayah Indonesia dan Malaysia. Di situlah anda boleh lihat sempadan antara dua negara ini.


5.  Tugu Garuda Perkasa, Pulau Sebatik

Tugu Garuda Perkasa merupakan sebuah ikon di Pulau Sebatik yang membolehkan anda bergambar di sini sebagai kenang-kenangan. Ia terletak di Aji Kuning Sebatik Timur, Indonesia. Tempat menarik di Pulau Sebatik ini juga dikatakan sebagai Pusat Pulau Sebatik yang menjadi tarikan pengunjung.

6.  Pulau Nunukan
Berada berdekatan dengan Pulau Sebatik, Pulau Nunukan sangat indah untuk anda terajui. Terdapat pantai pasir putih dihiasi dengan jeti sebagai kemudahan bagi pengunjung datang menaiki bot dan ingin bersiar-siar di sekitar pulau ini.
Di sini, anda boleh melakukan aktiviti air seperti mandi-manda, snorkeling, berkelah dan lain-lain lagi. Tempat menarik di Pulau Sebatik ini merupakan sebuah pulau dalam kawasan Nunukan di Kalimantan Utara, Indonesia.

7. Pantai Batu Lamampu

Pantai Batu Lamampu merupakan sebuah tempat menarik di Pantai Sebatik yang boleh anda singgah. Suasananya sangat tenang dan luas, sesuai untuk melakukan aktiviti dan program-program bagi organisasi dan bersama kawan-kawan. Sekitar kawasan ini juga, terdapat spesis tumbuhan yang boleh anda lihat dan terokai.

8. Pantai Kayu Angin

Pulau Kayu Angin adalah pantai yang berhampiran Nunukan dan juga dikatakan tempat menarik di Pulau Sebatik wajib anda singgah. Berdekatan dengan pulau Batu Lamampu dan Pantai Marina, anda boleh menaiki bot ke sini.

Selain beriadah dan menikmati pemandangan alam yang cukup indah, anda boleh berhibur di malam hari dengan mengadakan BBQ di sini. Tetapi jangan lupa sediakan lampu atau api kerana di sini agak gelap pada malam hari.

9.  Pulau Marina, Sebatik

Tahukah anda, terdapat sebuah pulau berhampiran Pulau Sebatik yang diberi nama Pulau Marina, sama nama dengan sebuah pulau di Malaysia. Namun, tempat menarik di Pulau sebatik ini sangat meriah kerana pantainya lengkap dengan port bergambar yang cantik. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di sini adalah bermandi-manda, berkelah, berenang, menyelam dan banyak lagi. Ia sangat bersih untuk diterokai. Jadi, jangan teragak-agak untuk bermain sukan air di sini.

10.  Taman Kota Nunukan
Tempat menarik di Pulau Sebatik ini merupakan sebuah kota yang terletak di daerah Nunukan.  Anda boleh ke Taman Kota Nunukan untuk bersantai, berhibur dan berjalan-jalan di bandar.
Terdapat ikon tanda Nunukan dan pelabuhan Kota Nunukan boleh anda singgah melawat. Sambil-sambil itu bolehlah anda bergambar dengan kota berdekatan Pulau Sebatik ini.

Demikian sebahagian lagi, huraian sambungan  'Jualbeli tanah di Pulau Sebatik, peluang niaga M'sia-Indo?' yang lalu.

Bersambung, insya Allah.

Lihat sebelum ini.. 

Siri Kalimantan: Kerjasama M'sia/Indo.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails