Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
'PRN Johor strategi kluster mahkamah dan mereka yang kalah PRU-14' - Hadi
MARANG: Tindakan segelintir pemimpin UMNO yang enggan bekerjasama bersama PAS dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor selepas bersama membentuk gabungan Muafakat Nasional (MN) disifatkan seperti tidak bermoral.
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata PAS pernah menyelamatkan UMNO yang pernah mengalami kekalahan ketika pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) namun parti itu seakan-akan mahu meninggalkan gabungan berkenaan.
"Itu senario politik yang kita kena faham dan kita terus memperjuangkan ini tapi malangnya kita bukan nak ajar itik berenang (tapi) nak selamatkan itik yang patah kaki.
"Ada yang patah kaki PRU14… kita selamatkan itik patah kaki bukan nak ajar berenang, dia patah kaki malangnya bila kaki sudah sembuh, dia nak berenang sendiri..nak tinggalkan kita.
"Jadi ini satu benda yang tak bermoral..tak betul strategi buat PRN (pilihan raya negeri)..ini bukan strategi yang baik tetapi dilakukan (segelintir pihak)," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Rusila di sini hari ini.
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, berkata PAS tetap dengan pendirian mahu meneruskan MN dan Perikatan Nasional (PN) untuk menyatukan umat.
"Perpaduan kita bukan PAS, UMNO sahaja …mestilah membabitkan BERSATU (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) bahkan ada surat yang kita tandatangan, Presiden PAS tandatangan, Presiden UMNO tandatangan jemput BERSATU ikut serta.
"Ada surat (dan) kita sudah bersetuju masuk bersama dan kita buat MN ini untuk masyarakat majmuk.
"Kita tahu yang buat strategi ini kluster mahkamah, kluster yang kalah PRU14, yang tiada jawatan," katanya.
Tambah Abdul Hadi, bukan semua pemimpin UMNO tidak menyokong kerjasama bersama PAS dan berharap golongan tertentu berhenti mengeruhkan keadaan.
"(Sebagai contoh) kalau mahkamah ini, kita tak anggap dia bersalah (kerana) orang yang dituduh belum (tentu) bersalah.
"Kalau kita ada moral lawan di mahkamah..jangan susahkan rakyat..ini nak susahkan rakyat dengan PRN (demi) mahu menyelamatkan diri (sepatutnya) lawan di mahkamah kalau kita betul jangan takut.
"Kluster yang kalah pilihan raya (sepatutnya) tunggu pilihan raya…kena sabar," katanya. (BH)
9 comments:
Ini bukan kali pertama puak keris telanjang yang mengutamakan sekutu kafir mengkhianati parti Islam yang menjadi sekutu puak keris telanjang.
Mereka mendabik dada kononnya merekalah yang berjuang untuk kaum Melayu tetapi pada masa yang sama mereka menindas dan mrnafikan hak kaum Melayu di Kelantan, Terengganu dll.
Sebenarnya sebilangan dari mereka berjuWang untuk kroni bukan Melayu mereka di waktu mereka berkuasa. Maka mereka menjadi orang kaya raya di waktu kaum Melayu hidup miskin.1
Di waktu puak keris telanjang kalah teruk dalam PRU, parti Islam menyelamatkan mereka dari tersepit kerana puak keris telanjang menjerit konon mahu perpaduan ummah dan perpaduan kaum Melayu.
Akibatnya puak keris telanjang memenangi satu siri PRK dengan bantuan parti Islam. Maka sebilangan pemimpin keris telanjang yang merasakan diri mereka semakin kuat mula lupa diri dan berlagak bodoh sombong kerana gila kuasa tahap kronik. Mereka sudah melupakan perpaduan ummah dan perpaduan Melayu.Memang benar orang Melayu mudah lupa !
Parti Islam sepatutnya sedar bahawa hanya dua parti besar yang mewakili kaum Melayu maka tidak hairanlah puak keris telanjang mahu menghapuskan parti Islam by hook or by crook.
Puak kafir dan puak munafiqun tidak pernah redha pada perjuangan Islam.
Pengkhianatan puak keris telanjang semakin jelas apabila mereka menyerahkan sebilangan kawasan Melayu kepada calon kafir yang menjadi sekutu mereka.
Inilah penghinaan dan pengkhianatan puak keris telanjang ke atas kaum Melayu Islam sejak sebeluk merdeka lagi.
Kris telanjang pun banyak problem. Jika tidak masakan yg bersih mahkamah tinggalkan kris. Presiden kris sesekarang pun ada 47 kes. 1mdb tidak melibatkan parti lain, hanya parti kris. Satu kemaluan yang besar dibawa oleh bekas presiden kris panglima bugis. Yang susah ialah orang melayu. Oleh itu pilih parti yg sangat jaga amanah dan bersih rasuah.
Geng kluster 'mahkamah' sanggup mengkhianati sekutu parti Islam dan memecah-belahkan perpaduan ummah termasuk kaum Melayu semata-mata untuk menyelamatkan diri mereka sendiri.
Mengapa mereka merasa takut untuk menghadapi perbicaraan mahkamah jika mereka yakin mereka benar? Hadapilah perbicaraan mahkamah secara gentlemen dan jangan menikam sekutu parti Islam dari belakang.
Kita juga merasa hairan bagaimana boleh sebilangan orang Melayu sanggup mentaati dan mengampu puak kluster 'mahkamah'secara membabi buta? Tidak boleh tunggukah keputusan mahkamah ? Bukankah ini bererti mereka juga mempunyai masalah moral yang kritikal ?
Tolong pastikan mereka meletakkan jawatan parti sebelum PRN dan PRU dan menunggu keputusan mahkamah sama ada mereka bebas dari pelbagai dakwaan atau dihukum oleh mahkamah.
Jangan mengharap parti kris untuk tuntut bela. Kris juga tikam belakang. Kris tak bawa kemajuan sebagaimana politisian jepun membantu orang jepun. Politisian korea bantu orang korea. Tapi politik kris hanya jaga perut kroni. Majoriti politik kris terkait dgn bolot khazanah untuk kegunaan peribadi. Sejak zaman atok hingga sekarang. Pilih parti yg bersih rasuah dan jaga kepentingan umat.
Kunun bkeh kasi umnu insap
Bodoh betul Melayu sokong pn mn
Cerdik sangat sokong parti legasi komunis.
Antara parti keris dengan parti liberal yg mana lebih baik. Kalau ikutkan, dua dua tak baik. Tapi paling tak baik ialah parti liberal. Rasuah ada, sex songsang ada, nafkah dari parti legasi komunis melimpah ruah, arak jadi tabiat, judi jadi lazim, khianat kepada melayu sepanjang zaman.
Umno cuma jaga ahli umno jer. Bila dapat kuasa, dia jaga ahli umno jer. Dia x jaga seluruh org melayu. In beza dengan pas, jaga semua rakyat dan agama.
Post a Comment