Imej kepala Firaun Amenhotep I yang diperoleh menerusi imbas CT. - Foto AFP
Adakah Mesir kini sedang meneruskan pemerintahan ala Fir'aun masa kini...?
KAHERAH: Mesir secara digital 'mendedahkan' wajah mumia Firaun Amenhotep I, kali pertama, sejak ia ditemukan pada 1881, tanpa mengganggu topeng yang melindunginya.
Dibantu imej tiga dimensi (3D) digital yang canggih, penyelidik menemui teknik mumifikasi baharu yang digunakan untuk firaun yang memerintah sejak tahun 1,500 sebelum Masihi itu.
Penyelidikan itu diketuai oleh Sahar Saleem, profesor radiologi di Universiti Kaherah, dan pakar Mesir terkenal Zahi Hawass yang juga mantan Menteri Antikuiti.
"Saleem dan Hawass menggunakan teknologi sinar-X termaju, pengimbasan CT (ujian imbasan tomografi berkomputer), serta program perisian komputer termaju untuk 'membuka' bungkusan mumia Amenhotep I secara digital dalam kaedah bukan invasif yang selamat tanpa perlu menyentuh mumia.
"Kajian Mesir mendedahkan buat pertama kali wajah Raja Amenhotep I, umurnya, keadaan kesihatan di samping banyak rahsia mumia unik dan pengebumian semula mumia," kata Kementerian Pelancongan dan Antikuiti dalam satu kenyataan media.
Analisis menunjukkan Amenhotep I adalah firaun pertama yang dimumiakan dengan tangan bersilang dan yang terakhir dengan cara tidak mengeluarkan otak dari tengkorak.
Imbas CT dijalankan mendapati firaun yang menjalankan beberapa kempen ketenteraan semasa pemerintahannya selama 21 tahun itu dipercayai meninggal dunia pada usia 35 tahun kerana kecederaan atau sakit.
Mumianya ditemui di Luxor, selatan Mesir, adalah satu-satunya dengan ikatan ketat yang tidak dibuka oleh ahli arkeologi, untuk memelihara topeng dan kalungan bunga yang mengelilinginya seperti rambut. - AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Adakah Mesir kini sedang meneruskan pemerintahan ala Fir'aun (anti kepimpinan Islam dari Adam hingga Muhammad SAW), dari dulu, kini dan selamanya dibantu oleh rakan fir'aun-fir'aun masa kini?
1 comment:
Bossku dah buat tapi Tun dan PH macam celaka hasut rakyat...
Antara Malapetaka Terbesar 22 Bulan Kerajaan PHAPRAK Hadiah Pada Rakyat Malaysia Ialah Pelabur Melarikan Diri Dari Malaysia… UAE Dan Cina Melabur Sebanyak RM500 Billion Membangunkan Indonesia…
Antara Malapetaka Terbesar 22 Bulan KerajaanPHAPRAK Hadiah Pada Rakyat Malaysia Ialah Pelabur Melarikan Diri Dari Malaysia… UAE Dan Cina Melabur Sebanyak RM500 Billion Membangunkan Indonesia…
Puas Hati Rakyat Malaysia Dengan Hadiah Dari KerajaanPHAPRAK Pimpinan pH diketuai orang tua celaka itu ??
Skg padan muko kelian...!!
Jho Low lesap sambil ketawa terbahak bahak lihat Melayu berantakan..AMIN
Zety Gabenor Bank Negara penyamun mencuri di Bank Negara
Ketua SPRM lawan rasuah jadi kepala rasuah negara..AMIN
Pulau Batu Putih Tun beri pada anak Lee Kwan Yew utk Singapura..AMIN
Melayu PH bangga jadi barua DAP@ LeeKwanYew diketuai bapak Barua Negara Tun Mahathir..AMIN
Banjir besar angkara pengundi memilih PH padan muko keliansebab kolam tebatan takungan banjir tak bermanfaat kata mereka..AMIN
Negara dah macam celaka broo..
KHALAS
kah kah kah..
Post a Comment