Monday, February 14, 2022

1 wanita lwn 2 lelaki. Wajarkah budaya sukan ini diimport masuk M'sia?

 

Chistyakov (kiri) melepaskan tumbukan kepada Stepakova.

SUKAN

Atlet tempur wanita bertarung dengan lelaki 240kg

LONDON: Jaguh tempur wanita bertarung dengan lelaki yang berkali ganda berat berbanding dirinya dalam pertarungan pelik MMA yang dianjurkan Kejuaraan Tempur Epik Russia, minggu ini.

Epic FC bukanlah nama asing dalam menganjurkan pertandingan yang luar dari kebiasaan apabila mereka turut menganjurkan perlawanan antara seorang lagi atlet tempur wanita berdepan lelaki berusia 75 tahun dan cucu lelaki berusia 18 tahun dalam pertarungan dua lawan satu.

Penyokong jelas terkejut selepas melihat klip video 'gergasi' 240 kilogram (kg), Grigory Chistyakov menentang Aleksandra Stepakova yang hanya memiliki berat 60kg.

Difahamkan, Chistyakov menghabiskan sebahagian besar perlawanan dengan mengejar Stepakova yang sentiasa mengekalkan jaraknya dan cuba menamatkan pertarungan dengan satu tumbukan.

Ada beberapa kali dia gagal menghalang Chistyakov daripada mendekatinya dan lelaki itu berjaya memperagakan kekuatannya ke arah pagar sebelum pengadil menghalangnya.

Stepakova turut memberikan beberapa tumbukan dan tendangan namun terpaksa diselamatkan oleh penyokong yang berjaya melepasi pagar dan menendang belakang Chistyakov pada pusingan kedua.

Selepas perlawanan bersambung, Stepakova berjaya mengelakkan diri dari terkaman lawannya namun sekadar mampu 'mengacah' dengan beberapa tumbukan.

Perlawanan berakhir pada pusingan ketiga dengan juri memilih Chistyakov sebagai pemenang.

Pertarungan itu berlangsung hanya beberapa hari selepas Vladimir Spartak dan cucunya, Big Igibob menentang Yulia Mishko dalam pertarungan dua lawan satu di dalam gelanggang.

Namun, pasangan datuk dan cucu itu tunduk di tangan Mishko yang menamatkan pertarungan tanpa sebarang kecederaan. -AGENSI

Komen Weblog Ibnu Hasyim1 Wanita lwn 2 lelaki, yang dianjurkan Kejuaraan Tempur Epik Russia, minggu ini. Wajarkan budaya sukan ini diimport masuk Malaysia?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails