Misi penubuhan PIMM mengembangkan industri muzik ke peringkat global bakal tercapai sekiranya mendapat kerjasama strategik dan sokongan kerajaan. - Gambar Hiasan
HALAMAN HIBURAN
KUALA LUMPUR: Misi membawa kandungan muzik tempatan ke peringkat global menjadi agenda utama yang perlu diberi penekanan kerajaan dalam Rang Undang-Undang (RUU) penubuhan Perbadanan Industri Muzik Malaysia (PIMM) yang diluluskan Kabinet, Julai tahun lalu.
Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Rosmin Hashim berkata, agenda itu perlu diutamakan kerana kandungan muzik tempatan mempunyai potensi besar ke luar negara jika mendapat kerjasama strategik dan sokongan kerajaan.
"Antara matlamat penubuhan PIMM mengembangkan industri muzik ke peringkat global. Jika sebelum ini, industri muzik tempatan berjaya mengeksport beberapa penyanyi ke Indonesia seperti Datuk Sheila Majid, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Search, Exists dan Slam, kami percaya apapun misi ini bakal tercapai dengan adanya kerjasama kerajaan.
"Bukan sahaja di peringkat serantau, malah pasaran global. Ketika ini, kita juga ada beberapa penyanyi bukan Melayu yang turut membina nama di India, China dan Taiwan.
"Jika melihat aliran semasa, muzik nasyid kita memberi pengaruh yang cukup besar di luar negara terutama Eropah apabila ada kumpulan nasyid tempatan mengumpul peminat. Sasaran kami selepas ini untuk pasaran Asia Barat.
"Menerusi misi perdagangan dijalankan kerajaan bersama rakan sejawat di luar negara, RIM percaya kandungan muzik tempatan mampu menawan peringkat global," katanya kepada BH Online.
Tambah Rosmin, kerjasama strategik lain yang boleh dilaksanakan menerusi penganjuran forum antarabangsa atau seminar ilmu yang mampu mempertingkatkan kemahiran serta kreativiti penggiat seni tempatan.
"Untuk membangunkan industri muzik tempatan, kita kena berfikiran jauh. Kalau mampu menembusi pasaran luar negara terutama India atau China yang mempunyai jumlah penduduk melebihi 1 bilion. Sudah tentu ia dapat memberi pendapatan jauh lebih besar berbanding pasaran tempatan.
"Selain misi perdagangan yang dilihat berkesan, usaha membangunkan kandungan muzik tempatan juga boleh dipertingkatkan menerusi penganjuran forum dan seminar antarabangsa.
"Kita boleh mengundang tenaga kerja profesional untuk berkongsi ilmu mengenai produksi, promosi, pemasaran dan pengedaran bagi mempertingkatkan kemahiran penggiat industri tempatan bersaing di pasaran dunia.
"Pembikinan muzik berkualiti juga akan menepati cita rasa peminat luar negara menjadi contoh terbaik. Jika dapat mempertingkatkan kemahiran dalam semua aspek, kita sudah tentu mampu mengeksport kandungan muzik ke peringkat global," jelasnya.
Kabinet meluluskan penubuhan PIMM sebagai badan bertanggungjawab menjaga kepentingan industri muzik, buat kali pertama dalam sejarah pada 19 Julai tahun lalu.
Ketika itu, bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah mengumumkan penubuhan PIMM yang bakal meletakkan ekosistem industri muzik kepada tiga bahagian utama iaitu penghasilan, persembahan dan pendidikan.
Ditanya apakah isu royalti akan turut menjadi agenda dalam pembentukan RUU, Romin berkata, perkara itu tidak perlu campur tangan kerajaan kerana ia membabitkan perjanjian bersama antara dua badan pelesenan dan pelaku.
"Seperti yang kita sedia maklum, urusan kutipan royalti hanya membabitkan dua badan pelesenan dan pelaku. Jika berlaku pelanggaran hak cipta, ia akan diselesaikan menerusi tribunal hak cipta.
"Lagipun, urusan kutipan royalti membabitkan perjanjian kontrak yang sudah dipersetujui bersama oleh penyanyi, komposer, penulis lirik dan pemuzik.
"Apabila ada perjanjian hitam putih, segala permasalahan boleh diselesaikan menerusi kaedah perundangan. Justeru, campur tangan kerajaan tidak diperlukan," tegasnya.
Rosmin yang sudah membentangkan agenda yang perlu dimuatkan dalam RUU kepada Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Seri Mohammad Mentek pada pertemuan, baru-baru ini.
Beliau berharap penubuhan PIMM dapat memberi anjakan paradigma kepada industri muzik tanah air, bukannya menambah beban kepada penggiat industri dengan memperkenalkan pelbagai syarat dan kekangan.
"Saya percaya selain RIM, KKMM turut mendapatkan pandangan kolektif dari semua persatuan yang terbabit dengan industri muzik untuk dijadikan input.
"Harapan saya, biarlah PIMM bukan sahaja membawa misi mengembangkan kandungan muzik tempatan ke persada dunia, malah dapat menjaga kepentingan ahli persatuan yang bakal bernaung di bawahnya.
"Kami mahu RUU lebih kepada aktiviti pembangunan dengan bantuan dan sokongan kerajaan. Ini kerana sebelum ini kami beroperasi secara bebas.
"Paling penting, ia tidak digunakan mengawal industri muzik kerana tidak akan membantu industri komersial berkembang," ujarnya. (BH)
4 comments:
Ayuh. Kita gempur umno. Kita gempur parti liberal. Kita gempur parti kuali. Kita tolak parti fikiran sempit khadam parti legasi komunis. Buat perubahan. Tolak parti love bontot. Tolak parti 47 kes.
Ayuh kita sokong dan undi parti Islam kerana ia adalah parti paling bersih dari rasuah dll jika dibandingkan puak syiah-liberal kuali, puak liberal mata satu, puak ultra rasis roket dan puak kluster mahkamah.
Nak gempur amende klau bergabung dgn kaki lompat.
Balik ke zaman sblm TGNA le jawabnye.
Ramai dlm parti Islam extreme ada ilmu agama, tapi X cerdik.
Nak follow yg ada 47 kes atau nak follow yg lompat tiada kes. Yg lompat tu sebab tak nak follow yg ada 47 kes. Tak lompat pun, cuma keluar parti yg busuk sampai ke usus untuk tubuh parti baru. Parti baru untuk wadah bagi yg tiada kes. Semoga berjaya.
Post a Comment