Tuesday, February 15, 2022

Australia: Bantah kurang kakitangan & tekanan kerja COVID-19.

 

Ribuan jururawat mengadakan tunjuk perasan di luar bangunan Parlimen di Sydney. - Foto EPA

Ribuan jururawat Australia lancar mogok

SYDNEY: Beribu-ribu jururawat di sini, mengadakan tunjuk perasaan bagi membantah kekurangan kakitangan dan tekanan kerja akibat COVID-19.

Penunjuk perasaan itu berarak ke Parlimen negeri sambil bersorak, bertepuk tangan dan melaungkan kemarahan mereka terhadap kekurangan katil hospital, peralatan dan jumlah yang teruk akibat pandemik itu.

Mereka mengibarkan pelbagai sepanduk mengkritik pemimpin politik yang didakwa mengabaikan nasib mereka.

Selama dua tahun, kakitangan perubatan Australia bekerja di bawah protokol COVID-19 yang ketat, sambil cuba menjalankan tugas sehari-hari dan melancarkan program vaksinasi yang belum pernah terjadi sebelumnya.

Tetapi beberapa bulan kebelakangan ini menyaksikan peningkatan kes jangkitan COVID-19 - mengakibatkan pesakit mendapat rawatan di hospital sehingga ada jururawat yang turut sakit dan terpaksa mengasingkan diri.

"Masyarakat perlu mendengar kebenaran - tahap kakitangan semasa tidak mencukupi, tidak selamat dan meletakkan pesakit dalam risiko," kata Persatuan Jururawat dan Bidan New South Wales.

Ribuan jururawat mengadakan tunjuk perasan di Sydney. - Foto AFP

Jabatan Kesihatan New South Wales dalam satu kenyataan bagaimanapun berterima kasih kepada jururawat kerana bekerja tanpa penat selama dua tahun pandemik COVID-19.

Kenyataan itu turut mendakwa terdapat lebih ramai jururawat dan bidan di hospital awam New South Wales berbanding sebelum ini.

Sementara itu, Mahkamah Suruhanjaya Perhubungan Perusahaan mengarahkan supaya tiada tindakan perindustrian diambil terhadap mereka.

Arahan itu bagaimanapun ditolak, dan kesatuan yang menganjurkan tunjuk perasaan itu sedang pertimbang untuk terus mengambil tindakan sedemikan.

Penutupan sempadan yang ketat dan ujian dan pengesanan yang agresif bermakna Australia bebas COVID-19 tetapi kedatangan varian Omicron mengakibatkan puluhan ribu kes jangkitan dan berpuluh-puluh kematian setiap hari. - AFP

Ribuan jururawat mengadakan tunjuk perasan di Sydney. - Foto AFP

No comments:

Post a Comment