Thursday, February 17, 2022

Awet Muda: Ahli politik boleh ikut DJ Dave dalam hal ini..

 

DJ Dave tidak pernah melepaskan peluang menyambut hari jadi bersama anak-anak istimewa sejak 50 tahun lalu.

HALAMAN HIBURAN

Petua DJ Dave awet muda

KUALA LUMPUR: Biarpun usia memanjat 74 tahun, penyanyi era 1970-an yang aktif memperjuangkan nasib artis veteran melalui Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) yang dipengerusikannya, Datuk DJ Dave masih gagah bersukan.

Mengamalkan gaya hidup sihat, DJ Dave yang masih mampu melontarkan vokal dan membuat persembahan pentas, percaya artis muda mampu menjaga suara melalui kesihatan yang baik.

"Bagi saya, kalau mahu menjadi penyanyi, seseorang perlu ada disiplin... Itu paling penting. Seperti saya, hingga hari ini, saya masih amalkan senaman pernafasan untuk menjaga suara.

"Saya juga aktif bersukan di mana saya bermain badminton. Saya tidaklah mahu takbur, ia semuanya adalah atas kuasa Tuhan.

"Namun, kita perlu mengamalkan cara hidup sihat. Kita boleh makan apa sahaja tetapi secara sederhana, jangan berlebih-lebihan.

"Kita perlu sayang diri sendiri. Kalau kita sayang, pastinya kita mahu menjaga. Alhamdulillah, itu yang membuatkan vokal saya masih baik sehingga hari ini," katanya kepada BH Online ditemui pada majlis sambutan hari lahirnya yang ke-74 di Pusat Jagaan Kanak-Kanak Cacat Taman Megah di ibu negara, baru-baru ini.

DJ Dave meraikan hari jadi bersama 105 kanak-kanak istimewa merangkumi kaum Melayu, Cina dan India. Ini adalah kali ke-50 DJ Dave menyambut hari kelahiran bersama anak-anak istimewa dan penghuni rumah kebajikan.

DJ Dave percaya gaya hidup sihat juga boleh membuatkan seseorang sentiasa bahagia dan berkongsi kegembiraan dengan insan lain.

"Biarpun dunia dilanda pandemik, setiap tahun saya sambut hari jadi bersama golongan kurang bernasib baik. Tahun ini, genap 50 tahun saya raikan bersama mereka.

"Tujuan saya adalah untuk memberi hiburan kepada anak-anak istimewa ini. Kita tidak mahu mereka rasa terbiar.

"Mereka juga manusia seperti kita, perlukan kasih sayang. Jadi, saya mahu kongsi bersama mereka kegembiraan ini," katanya.

Istimewa kali ini, DJ Dave melancarkan produk terbaharu Kopi Mata Cen-Roma Dave pada majlis itu.

"Saya jadi pengasas dan duta produk Kopi Mata keluaran CenGreen Global Sdn Bhd. Kopi ini mengandungi bahan untuk penjagaan mata.

"Saya sudah mencuba kopi ini selama tiga tahun dan berpuas hati," katanya.(BH)

DJ Dave mengamalkan gaya hidup sihat dan bersederhana ketika makan. 'Bersederhana makan' itu ikut sunnah Nabi SAW.. Al-hamdulillah!

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dalam soal kesihatan dan awet muda, ahli politik boleh ikut disiplin DJ Dave dalam hal ini.. Ahli-ahli politik Malaysia perlu nampak muda, berkalibar, berdisiplin, canggih dan taqwa.. Taqwa itu penting sekali.


Hibur Hibur Sikit

2 comments:

Anonymous said...

Kalau atok awet muda, baik tak payah. Nanti terasa muda nak terus pulun khazanah negara. Abam pun tak payah awet muda. Lebih baik banyak kat tikar sejadah mohon ampun dan taubat lahom. Wak dan Ajib pun biar bersih melalui mahkamah kemudian bersara dan taubat. Biar yg lebih layak dan lebih bersih urus negara.

Anonymous said...

kalau awet muda terasa pulok nak tambah cawangan. tok kadi kat siam pengantin kat malaysia nikah online je.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails