Mufti ingatkan orang Islam jangan sokong ekstremis
‘Dr MAZA Beri Amaran Kepada Ramasamy DAP-Dakwaan Penculikan 3 Kanak-kanak Oleh Pihak Berkuasa Agama Perlis’.
MUFTI Perlis, Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin, kesal dengan tindakan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy, yang sentiasa menunjukkan permusuhan dengan masyarakat Islam.
Sehubungan itu, beliau menggesa orang-orang Islam yang mempunyai aqidah yang betul untuk tidak terlibat menyokong kumpulan pelampau seperti ini.
Beliau juga memberi amaran kepada kumpulan pelampau ini supaya jangan memainkan api perkauman jika tidak mahu menyesal di kemudian hari.
Tegas Dato’ Dr Mohd Asri, “Dan Ramasamy, tuan-tuan baca kenyataan-kenyataan dia memang menyakitkan hati kita sebagai satu masyarakat yang harmoni. Apa pemikiran dia duduk dalam negara majoriti orang Islam, cara, bahasa, cakap, sikap dia, sentiasa menunjukkan permusuhan dia dengan masyarakat Islam.”
“Kita bukan kempen pilihan raya, kita tak terlibat dengan pilihan raya, tapi tidak wajar bagi mana-mana orang Islam boleh terlibat menyokong orang-orang yang seperti ini kalau dia ada aqidah yang betul. Kumpulan ini pelampau.”
“Saya bagitau ini bukan soal kempen pilihan raya, tapi pihak DAP hati-hati dengan isu-isu yang awak bangkitkan. Jangan main api perkauman yang akhirnya semua orang akan menyesali apa yang mereka buat.”
“Jangan bakar satu benda yang akhirnya akan membakar rumah kamu jua. Nanti kamu akan menuai apa yang kamu lakukan. Jangan tangan kamu berani menyincang jika bahu kamu tak mampu menanggung.”
“Dan jangan orang Islam terlibat dengan kumpulan-kumpulan ekstremis yang seperti ini, yang sentiasa mencari jalan yang tidak harmoni di dalam menentukan ataupun jalan untuk kita harmonikan kehidupan negara yang majmuk ini.”
Dato’ Dr Mohd Asri berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan yang disiarkan di mukabuku Channel Dr Mazayang bertajuk ‘Dr MAZA Beri Amaran Kepada Ramasamy DAP-Dakwaan Penculikan 3 Kanak-kanak Oleh Pihak Berkuasa Agama Perlis’.
Ia adalah sebagai reaksi kepada kenyataan Dr P Ramasamy yang mendakwa kes pengIslaman tiga anak ibu tunggal bernama Loh Siew Hong di Pulau Pinang berpunca dari penculikan dan paksaan oleh pihak berkuasa agama Perlis.
Mengulas lanjut, Dato’ Dr Mohd Asri berkata Dr P Ramasamy tidak sepatutnya cuba mencetuskan isu perkauman serta agama sebaliknya boleh menghubungi beliau untuk bertanya hal sebenar.
“Dia (Ramasamy) bangkitkan padahal kalau dia mahu boleh semak dan hubungi. Tapi mereka buat tuduhan dan bangkitkan isu perkauman serta agama, kononnya culik, perkataan culik dia guna, macam seolah-olah paksa masuk Islam.”
“Saya sebut beberapa kali kepada kerajaan bahawasanya individu Ramasamy ni satu individu yang kita amat bimbang kewujudan dia dalam negara ni, sebab tu kes LTTE tu patut diteruskan siasatan, termasuk beberapa orang tokoh-tokoh DAP ni, yang kita tahu zaman masa depa ada kuasa sikit hari tu bukan main sakan depa.”
Tegas Dato’ Dr Mohd Asri, tiga anak tersebut dijaga dan dibantu oleh pihaknya setelah ditinggalkan terbiar oleh ibu mereka, dan mereka memeluk agama Islam secara sukarela dan bukannya dipaksa. – HARAKAHDAILY 17/2/2022
7 comments:
Mendiang kapal sink kata langkah mayat aku dulu untuk kata negara ini negara Islam.
Elok teruskan ltte tu. Sebabnya ramarama adalah salah sorang ajknya. Suara ltte ada suaranya kat malaysia. Melalui ramarama. Polis boleh buat siatan penglibatan ramarama dgn ltte.
*Tindakan bapa dan tiga anaknya memeluk agama Islam dalam tahun 2020 adalah tindakan yang sah di sisi undang-undang mengikut Perlembagaan Persekutuan* lama sebelum mahkamah sivil mengeluarkan perintah dalam tahun 2021.
*Bukti: Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan* menyatakan bahawa *agama bagi seseorang yang berada di bawah umur hendaklah ditentukan oleh* ibunya atau *bapanya* atau penjaganya. *Maka* mahkamah sepatutnya mematuhi Perkara 12(4) dan menghormati hak bapa tersebut. Maka sepatutnya jabatan agama Islam diberi kuasa menjaga kanak-kanak tersebut.
*Fact:* Article 12(4) of the Federal Constitution says that *the religion of a person under the age of eighteen years shall be decided by his parent or guardian.*
The word “his” includes “her”.
According to the Oxford English Dictionary, the word “parent” has been defined as “a father or mother” (see Oxford English Dictionary Volume XI, page 222). The emphasis is on the word *'or'* which indicates that *a parent could be either a father or mother.*
Tindakan bapa dan tiga anaknya memeluk agama Islam dalam tahun 2020 adalah tindakan yang sah di sisi undang-undang mengikut Perlembagaan Persekutuan lama sebelum mahkamah sivil mengeluarkan perintah memberi hak penjagaan kepada ibu kanak-kanak tersebut dalam tahun 2021.
Bukti:
Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa agama bagi seseorang yang berada di bawah umur hendaklah ditentukan oleh ibunya atau bapanya atau penjaganya.
Maka mahkamah sepatutnya mematuhi Perkara 12(4) dan menghormati hak bapa tersebut. Maka sepatutnya jabatan agama Islam diberi kuasa menjaga kanak-kanak tersebut kerana kanak-kanak tersebut telah memeluk agama Islam melalui bapa mereka.
Fact:
Article 12(4) of the Federal Constitution says that the religion of a person under the age of eighteen years shall be decided by his parent or guardian.
The word “his” includes “her”.
According to the Oxford English Dictionary, the word “parent” has been defined as “a father or mother” (see Oxford English Dictionary Volume XI, page 222). The emphasis is on the word 'or' which indicates that a parent could be either a father or mother.
Tuan ibnuhasyim yang dihormat,
Saya mohon komen 6:37pm dipadam kerana komen 6:44 pm adalah lebih jelas dari komen 6:37 pm
Dr rama sepatutnya rujuk article jangan bantai keromo jer. Ikut emosi. Culik lah, bawak larilah. Perlembagaan jelas.
Tindakan Dato’ Dr Mohd Asri adalah benar dan selari dengan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan perkara 12(4) dll. Maka tidak berlaku perlanggaran undang-undang.
Post a Comment