Tulisan ini tidak bertujuan menceritakan kronologi peristiwa kerana pembaca boleh mencari bahan yang telah pun banyak dilambakkan di media. Apa yang penting ialah kita memahami agenda tersembunyi dari isu ini.
Jika kita telah melihat kronologi peristiwa, maka tentunya kita faham bahawa ia isu yang dimanipulasikan oleh beberapa individu ekstrem khasnya pemimpin DAP, Dr P Ramasamy yang pernah didakwa terlibat dengan puak ekstrem LTTE. Isu ini turut mendapat dukungan beberapa pimpinan DAP yang lain. Ia juga ‘disokong’ oleh beberapa pimpinan PAN kononnya atas isu perlembagaan dan undang-undang.
Kita menyedari bahawa di India sedang berlaku penindasan agama oleh pemerintah India. Pelajar Muslim bertudung dilarang masuk ke sekolah. Ia merupakan provokasi dan penindasan hak asasi manusia. Apa yang dikesalkan, sentimen ini seakan sengaja dibawa oleh Ramasamy dan rakan-rakan khasnya dari DAP yang merupakan komponen PH ke negara kita. Mereka menjadikan isu tiga kanak-kanak yang dimuslimkan atas kehendak ayah yang menjaga mereka sekian lama.
Kumpulan Ramasamy dilihat mengambil kesempatan dengan mengheret ibu kanak-kanak terbabit yang selama ini tidak pernah peduli mengenai anak-anaknya. Tiba-tiba ia menjadi seorang ibu yang kononnya sangat mengambil berat mengenai anaknya.
Isu ini dilihat hanyalah sebagai batu loncatan Ramasamy dan kumpulannya untuk mencetuskan kekalutan dalam negara. Umum mengetahui bahawa isu agama adalah isu yang sensitif. Telah kelihatan komen-komen balas dari orang Islam sebagai reaksi dan tindak balas dari NGO, parti politik dan netizen terhadap provokasi tersebut.
Kumpulan Ramasamy telah mengapikan isu ini dalam medium massa khasnya yang dalam bahasa Tamil. Provokasi ini telah menyebabkan komen berunsur ugutan dan jenayah kepada Ustazah yang bertanggungjawab menjaga kebajikan kanak-kanak tersebut selama ini.
Sudah ada yang membayangkan gambaran peristiwa ini ulangan kes Natrah yang mencetuskan kebangkitan Muslim di Singapura di era menjelang kemerdekaan negara. Pihak British berperanan ‘merampas’ Natrah dan Belanda menyempurnakan drama ini dengan provokasi agama.
Ia mencetuskan kebangkitan orang Islam dan perjuangan menyelamatkan akidah Natrah. Natrah akhirnya telah dirampas dari suami dan keluarga angkatnya serta dimurtadkan tanpa rela.
P Ramasamy ‘dilihat’ mengambil kesempatan isu ini untuk menyemarakkan dan membawa sentimen agama dari India. Dengan menggunakan lompang undang-undang yang ada, ia cuba mencetuskan ‘Natrah kedua’ di negara kita.
Adalah diharapkan pihak berkuasa negara segera mengambil tindakan sebelum suhu kemarahan itu kian memuncak. Dalam masa yang sama beberapa peruntukan undang-undang negara yang dilihat longgar mestilah segera diperkemaskan.
FAIRUZ HAFIIZH OTHMAN
Setiausaha Politik Pesuruhjaya PAS Negeri Perak – HARAKAHDAILY 21/2/2022
2. Hentikan segera provokasi isu agama
Tindakan berbaur provokatif itu bukan sahaja cuba mempertikai peranan serta bidang kuasa pihak berkuasa agama negeri Perlis, malah boleh mengancam keharmonian antara agama dan kaum di negara ini.
Selain itu, dakwaan beliau bahawa pihak berkuasa agama Perlis ‘menculik dan menukar agama’ anak-anak tersebut adalah amat bahaya dan berniat jahat.
Justeru, PAS menggesa semua pihak agar menghormati badan kehakiman dan pihak berkuasa undang-undang, serta meletakkan kepercayaan kepada mereka untuk menyelesaikan isu ini.
PAS juga menggesa pihak berkuasa supaya sentiasa memantau serta mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati sengaja menimbulkan isu-isu agama dan perkauman di negara ini.
Islam Menyatukan Ummah
SENATOR Ir. Ts. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Penerangan PAS Pusat – HARAKAHDAILY 21/2/2022
3. Ramasamy jangan semarak api permusuhan antara agama
DEWAN Pemuda PAS Malaysia mengecam kenyataan provokatif dan berbaur perkauman dari P. Ramasamy, pemimpin DAP berhubung kes terkini pengesahan status agama anak yang berlaku di Perlis.
Dalam kenyataan di laman Facebook miliknya, P. Ramasamy dengan jelas menggunakan perkataan dan terma yang membawa gambaran buruk terhadap peranan pihak berkuasa agama Perlis dalam isu ini. Sedangkan isu ini sudahpun dalam tindakan pihak berkuasa dan judisiari.
Perkara ini menjadi polemik apabila pemimpin Cauvinis dan ekstrem dari DAP seperti P. Ramasamy mengambil kesempatan untuk menyalakan api sensitiviti agama dan perkauman, menerusi fitnah tuduhan yang tidak tepat dan melampau kepada pihak berkuasa agama negeri Perlis.
Penggunaan terma penculikan dan pemaksaan yang dikaitkan kepada pihak berkuasa agama negeri dalam isu ini, adalah sangat tidak tepat dan berniat jahat. P. Ramasamy juga telah bertindak kontradik dengan diri sendiri apabila beliau mengatakan isu Loh Siew Hong bukan isu agama tetapi isu undang-undang. Tetapi dalam kenyataannya, nada dan terma yang digunakan amat jelas bersifat negatif serta berniat buruk kepada pihak berkuasa agama negeri Perlis.
Dewan Pemuda PAS Malaysia memberi amaran tegas kepada mana-mana pihak agar tidak mencucuh api yang menyentuh sensitiviti agama Islam dan perkauman dengan kenyataan yang bersifat ekstrem. Dalam isu pengislaman anak Loh Siew Hong, Dewan Pemuda PAS Malaysia menasihatkan agar semua pihak menghormati badan kehakiman dan pihak berkuasa undang-undang, serta meletakkan kepercayaan kepada mereka untuk menyelesaikan konflik ini seadilnya.
HANAFI ZULKAPLI
Naib Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 21/2/2022
3 comments:
Puak kafir harbi tidak pernah redha pada Islam dan umat Islam maka mereka selalu mencipta pelbagai alasan karut untuk menghina, menfitnah dan memburuk-burukkan Islam dan umat Islam secara terbuka.
Amatlah malang kerana terdapat golongan munafiqun liberal yang mendakwa mereka kononnya beragama Islam tetapi mereka bersekongkol dengan musuh Islam maka mereka juga tergolong kepada musuh Islam.
Oleh sebab itu umat Islam wajib menolak semua musuh Islam tersebut dalam setiap PRK, PRN dan PRU supaya mereka tidak berkuasa untuk menindas Islam dan umat Islam.
Caya wak din dan tghh pilihan terbaik. Wak jahit ada kes. Abam pun sama. Jadi yg waras pilih yg tiada kes. Mudah sifirnya. Budak baru masuk sekolah pun tahu nak pilih yg mana. Belajar tinggi tinggi tak tahu beza yg mana baik yg mana jahat, baik x payah ngaji. Ngabihkan boras jer.
Kalau wak menang, kluster mahkamah bebas. Macam yg ph buat. Lantik tommy, banyak kes dibuang. Pembunuh adam bebas. Anak vincent bebas.
Post a Comment