Protes di Kabul membantah tindakan Amerika Syarikat menggunakan dana rizab Afghanistan bagi bayar pampasan kepada keluarga mangsa tragedi 9/11. - Foto EPA
Protes bantah AS guna aset Afghanistan bayar pampasan
KABUL: Afghanistan mengutuk tindakan Amerika Syarikat menggunakan aset negara itu bernilai AS$3.5 bilion (RM14.6 bilion) bagi bayar pampasan ahli keluarga mangsa serangan 11 September (9/11).
Penunjuk perasaan yang berkumpul di Kabul mengecam Presiden AS, Joe Biden, dengan menuduhnya menyalah gunakan dana bagi pembangunan semula Afghanistan.
Mereka yang berkumpul di luar Masjid Eid Gah kelmarin, mendakwa aset berkenaan adalah milik rakyat Afghanistan dan turut mendesak AS memberi pampasan atas kematian puluhan rakyat Afghan sepanjang 20 tahun peperangan di negara itu.
Kelmarin, Biden menandatangani perintah eksekutif yang menyalurkan aset Afghanistan bernilai AS$3.5 bilion (RM14.6 bilion) untuk ahli keluarga mangsa 9/11.
Beliau turut menyalurkan AS$3.5 bilion (RM14.6 bilion) lagi aset Afghanistan untuk bantuan kemanusiaan melalui dana yang diuruskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Menurut salah seorang peserta protes, Biden tidak mempunyai hak untuk membuat keputusan berhubung aset Afghanistan.
Afghanistan mempunyai aset bernilai kira-kira AS$9 bilion (RM38 bilion) di luar negara, termasuk sejumlah AS$7 bilion (RM29 bilion) di AS dan yang lain disimpan di Jerman, Switzerland serta Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Bank pusat negara itu, Da Afghanistan Bank (DAB), yang turut mengkritik keputusan berkenaan, berkata asetnya dilaburkan di AS selaras dengan amalan antarabangsa dan adalah milik rakyat Afghanistan.
"DAB mempertimbangkan keputusan terkini AS untuk menyekat rizab FX (tukaran asing) dan memperuntukkan wang rizab ini untuk tujuan yang tidak relevan, ini satu ketidakadilan kepada rakyat Afghanistan.
"(DAB) tidak akan menerima jika rizab FX Afghanistan dibayar atas nama pampasan atau bantuan kemanusiaan kepada orang lain dan mahukan keputusan ditarik balik dan pelepasan semua rizab FX Afghanistan," katanya dalam satu kenyataan.
Dana bank pusat Afghanistan dibekukan sejak Taliban mengambil alih negara itu, apabila gabungan tentera asing diketuai AS berundur pada Ogos lalu.
Pembekuan pembiayaan, digabungkan dengan sekatan dan pengurangan pembiayaan pembangunan menyebabkan ekonomi negara itu terus menjunam, sekali gus mencetuskan krisis kemanusiaan. - AGENSI
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Gila! Gila sungguh pengganas AS, rampas hak rakyat Afghan untuk bayar dendam tragedi 9/11. Tak dapat kalahkan Taliban, hak rakyat Afghanistan diperkosa. Tak dapat tanduk telinga dipulas!
3 comments:
Karma kezaliman USA dah sampai ke tanah orang USA di sana.. kekejaman atas negara orang lain sedang di balas oleh tuhan.. AMIN
saksikan rakyat USA di tanah tumpah mereka sendiri....AMIN
https://youtu.be/s70osRSxZdA
karma di USA jahat balas jahat..AMIN
https://youtu.be/92GDQXOgFE8
zalim di balas zalim...AMIN
https://youtu.be/2g05K2zOUqk
kejam di balas kejam..AMIN
https://youtu.be/Vzs6sUjo2ms
human right lah sangat pada negara lain..AMIN
https://youtu.be/yzyXC8mc200
sedangkan human right di negara sendiri nasib penduduk USA lebih bsngsat dari pelarian Rohingya..!!
saksikan link diatas
KHALAZ..
DAP SALAHKAN TUN MAHATHIR..AMIN
DULU SELIPAR JAMBAN BOLEH GUNA SEKARANG SELIPAR JAMBAN DAH TAK BOLEH PAKAI.. TINGGAL TERUS DALAM JAMBAN LAMA..AMIN
JAMBAN BARU DAH SIAP GUNA..AMIN
KAH KAH KAH
Dr M antara punca perpecahan kaum, kata P Ramasamy. Kehilangan Pulau Batu Puteh juga salah Dr M, kata pemimpin DAP Pulau Pinang.
Dulu Tun kata DAP okey ajar dan walaun serta barua Tun pun ikut sekali terkinja kinja.
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy mendakwa bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menjadi satu daripada faktor mengapa negara masih tidak bersatu padu.
Ramasamy berkata, Mahathir masih menggunakan hujah lama iaitu dasar memberikan keutamaan kepada Bumiputera.
Bukan anak-anak dan keluarga mereka yang sangat memerlukan faedah daripada dasar ini tetapi golongan miskin,” katanya.
“Mahathir terus menyatakan benda yang (sama) berulang kali tetapi banyak orang mungkin sudah muak dan bosan.
Akhirnya umpama habis madu sepah dibuang..!! Apa lah sangat madu bunga yang masih tersisa jika pokok bunga itu berusia 96 tahun. Parti DAP sedia maklum madu dari pokok berusia 96 bukan helok sangat pun cuma Parti DSP amat tahu ia berguna untuk pecah belah orang Melayu.
Mahathir bukan pemerhati luar, malah salah seorang penyebab utama bagi pelaksanaan sistem yang memberikan layanan istimewa kepada elit politik dengan alasan bahawa ini akan membantu menangani keperluan khas orang Melayu miskin.
Mungkin itu lah makna tersirat bila DAP mengkudakan Tun hanya selama 22 bulan sahaja.
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/04/417403/tun-m-hanya-untungkan-dap
Dr Mahathir Mohamad lah orang yang mesti di pertanggungjawabkan ke atas kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura, mungkin ada benarnya, kata Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy. Betul betul kena sebijik kat muka Tun balik.. padan la muko walaun semua..!!
https://klse.i3investor.com/m/blog/savemalaysia/2021-10-14-story-h1592705470-Ramasamy_s_confession_exposes_Pakatan_s_inadequacy_and_inability_to_def.jsp
"Terpulang pada Mahathir untuk memutuskan sama ada permohonan semakan boleh dimenangi atau tidak", kata Tim Ketua Menteri Pulau Pinang
“Tun Mahathir sepatutnya membiarkan ICJ atau Mahkamah Rayuan membuat keputusan mengenai rayuan itu. Mana tahu, Malaysia mungkin menang,” katanya.
Ramasamy berkata, mengapa hal ini dirujuk kepada ICJ dari awal masih menjadi misteri.
“Mahathir mesti menjawab persoalan mengapa perkara ini dirujuk bersama kepada ICJ sedangkan ada jalan diplomatik lain yang boleh diambil" kata P Ramasamy
“Memandangkan Singapura mendapat banyak manfaat daripada hubungan jangka panjangnya dengan Malaysia, ini dapat digunakan secara diplomatik untuk mendapatkan pulau tersebut.
“Saya diberitahu, walaupun Malaysia mempunyai kes yang kuat dan mungkin dapat menang, fakta yang dibentangkan tidak kukuh dan tidak kompeten.
“Mahathir harus jawab kegagalan besar ini,” katanya Tim Ketua Menteri Pulau Pinang
SEMPENA PRN BANGSA JOHOR : SULTAN JOHOR PUN SEKOLAHKAN TUN. PULAU ITU MILIK BANGSA JOHOR
Sultan Johor sekolahkan Tun Mahathir. Siasat segera terhadap Tun Dr Mahathir perlu dilakukan dengan terperinci berkenaan tindakan dengan sengaja tidak mahu meneruskan tuntutan Pulau Batu Puteh.
Pakatan Harapan memerintah Malaysia. Semua alasan yang Mahathir berikan dilihat sangat tidak munasabah dan “bullshit”.
Seperti biasa Tun akan menyerang Sultan Johor. Sejarah Tun dengan Sultan Johor tak pernah baik. Fitnah jijik Prebet Adam jadi saksi hingga Prebet Adam mati dalam keadaan tertekan akibat fitnah jijik. Laporan polis sudah lama dibuat namun tiada tindakan. Link bawah ni haah..!!
https://youtu.be/mhcjjaF84aA ( Prebet Adam yang terinaya fitnah jijik Tun merana sampai mati)
Kita terus berunding tetapi tidak menghasil apa-apa keputusan – Mahathir
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada 14 Oktober lalu bertitah tindakan mesti diambil ke atas pihak yang cuai dan khilaf dengan tidak meneruskan permohonan semakan dan pentafsiran kes Pulau Batu Puteh.
Memang alasan yang Mahathir berikan tidak masuk akal langsung. Mahathir hanya sekadar cuba menghalalkan jenayah yang beliau lakukan apabila “menjual” kedaulatan negara.
Apakah rahsia besar yang pihak musuh pegang berkenaan Mahathir sehingga beliau sanggup mengalah dan beralah dengan Singapura sedangkan kita semua tahu bahawa Mahathir dari dahulu tidak akan tunduk pada negara tersebut.
Alasan terbaru Mahathir kenapa kerajaan PH menarik balik tuntutan Pulau Batu Puteh beberapa hari sebelum perbicaraan bermula di ICJ.
Selepas PRU14 kononnya negara perlu bermaruah dan perlu pegang kepada janji untuk menghormati keputusan ICJ pada tahun 2008 supaya Malaysia bukan menjadi sebuah negara Kerala pariah.
Alasan kos dan peluang untuk menang tidak cerah untuk jenayah “menjual” kedaulatan negara. Kononnya supaya Malaysia tidak menjadi negara pariah yang tidak tahu menghormati janji.
Post a Comment