Saturday, February 19, 2022

Industri buluh diperkasa, tapi bukan tebang sawit tanam buluh..

 

Industri buluh akan terus diperkasa

KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, melalui Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dan Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) akan terus memperkasa pembangunan industri buluh di negara ini, dengan pelaksanaan pelbagai program dan inisiatif.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, Malaysia dianggarkan mempunyai lebih 70 spesies buluh, yang mana 45 daripadanya adalah spesies tempatan yang tumbuh secara semula jadi di kawasan hutan.

Beliau berkata, sehingga kini, terdapat 577 pengusaha yang terbabit secara langsung dalam industri berasaskan buluh di Malaysia, merangkumi industri papan buluh, perabot, pembinaan, tekstil, perladangan, makanan, arang buluh dan kraftangan.

"Kementerian yakin, dengan inisiatif seperti program penyelidikan, pembangunan dan galakan yang berterusan, industri buluh berupaya mengoptimakan penggunaan sumber bahan mentah ini sebagai sumber alternatif yang bernilai tambah dalam industri perkayuan.

"Ia seterusnya menjadi satu bidang agrikomoditi yang menyumbang kepada peningkatan pendapatan rakyat dan menjana ekonomi negara," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zuraida berkata, dalam usaha menggalakkan pembangunan industri buluh, satu Pusat Sehenti Buluh dibangunkan di Tadom Hill Resort, Banting, yang akan berperanan sebagai pusat rujukan setempat industri buluh.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) penubuhan pusat sehenti berkenaan disaksikan sendiri oleh beliau, antara MITB, MTC dan Tadom Hill Resort Sdn Bhd.

"Pusat Sehenti Buluh yang akan dibina ini bakal menjadi pusat maklumat dan rujukan kepada lebih ramai usahawan buluh Malaysia sepanjang rantaian nilai industri buluh.

"Selain itu, pusat rujukan ini akan berperanan sebagai pusat maklumat setempat termasuk promosi, penyelidikan dan pembangunan berkaitan industri buluh di Malaysia," katanya.

Zuraida memaklumkan, Tadom Hill Resort yang berkeluasan 18.2 hektar adalah pusat penginapan ekopelancongan, bertemakan taman buluh yang unik dan dikelilingi kampung Orang Asal dari Suku Temuan.

"Selain ekopelancongan, Tadom Hill juga mengambil langkah proaktif menghasilkan produk buluh komersial seperti cuka dan bio-arang buluh (bamboo bio-char).

"Usaha ini selari dengan hasrat kerajaan dalam usaha mentransformasi industri buluh bagi peralihan struktur industri kecil-kecilan kepada industri hiliran yang mengeluarkan produk buluh bernilai tambah tinggi dan lestari, yang menjadi antara fokus dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12)," katanya.

Komen Weblog Ibnu HasyimIndustri buluh akan terus diperkasa. Al-hamdulillah, tapi bukan seperti cadangan bekas menteri PH yang memerintah 22 bulan dulu, menyarankan supaya tebang pokok sawit sihat, tanam buluh. Maaf, mungkin otak sihatnya sudah luruh ke kepala lutut!

3 comments:

  1. Macam ada yang tak kena kannn..!!

    kah kah kah.. haah gadohh jangan tak gadohh..!!

    Budak suruhan Tun Mahathir bernama Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan bahawa bekas peguam negara Tommy Thomas telah melepaskan secara salah anak hartawan Vincent Tan daripada pertuduhan dadah.

    Mohamed Haniff berkata, pihak polis mesti menyiasat pemberi maklumat, pihak polis, pendakwa raya, dan semua pihak yang terlibat dalam kes berkenaan.

    Anak Vincent Tan tu kan kroni taikun Cina Tun Mahathir... Kenapa budak suruhan Mahathir tu buka pekung busuk kroni Tun Mahathir...!?

    Sejak keluar IJN sesama kroni dan budak dah mola brantakan..

    wooiii ni dah kenapa bergadoh sesama kroni ni... hahaha

    asyik nak gadohh saja haahh...


    gadoh jangan tak gadoh.. kah kah kah

    ReplyDelete
  2. “Menjelang sahaja musim Pilihan Raya Kecil (PRK) atau PRN, akan keluarlah cerita, pemimpin UMNO bawa fail. Pemimpin UMNO buat rundingan. Pemimpin UMNO itu, pemimpin UMNO ini.

    “Jika tidak ada pilihan raya, tidak keluar apa-apa cerita. Tiada fail, tiada rundingan. Sekali pun pada masa tersebut, si penjaja cerita memegang jawatan tertinggi dalam negara tetapi oleh kerana tidak ada pilihanraya – PRK atau PRN – maka semua cerita yang dikatakan itu seperti tidak perlu didedahkan.

    “Dalam cerita-cerita ini, prinsipnya mudah – kebenaran itu berpilih-pilih. Perkara yang dianggap jahat dan menyalah gunakan kuasa hanya akan menjadi salah dan jahat jika tidak menyebelahi pihak mereka,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

    Pengerusi Barisan Nasional itu juga mengatakan bahawa sebaik sahaja Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuasa, beberapa siri tekanan telah diberikan.

    Ucapan bapak segala wali, wak kes.

    ReplyDelete
  3. Nak percaya kat sapa. Yg ada 47 kes atau yg tiada kes.

    ReplyDelete