Timbalan Menteri Keadilan Turki, Yakup Mogul, berkata usaha menangani isu itu memerlukan ahli Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bermuafakat, meningkatkan kolaborasi dan menggunakan platform sedia ada dengan lebih berkesan.
Katanya, negara Islam perlu menyokong mana-mana pihak yang menghadapi diskriminasi di seluruh dunia dengan Turki menawarkan diri untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan anggota OIC.
“Jika kita tidak mengambil tindakan, keadaan akan menjadi semakin teruk,” katanya merujuk kepada pendudukan haram Yahudi di Palestin dan kezaliman rejim Myanmar terhadap penduduk Islam etnik Rohingya.
Beliau berkata demikian kepada peserta Seminar Antarabangsa Mengenai Pencabulan Hak Asasi Manusia Yang dihadapi Umat Islam. Program dua hari di sini, dianjurkan bersama oleh Kementerian Keadilan dan Luar Negara Turki serta Suruhanjaya Bebas Tetap Hak Asasi Manusia (IPHRC).
Mengulas kejadian Islamofobia di Eropah, katanya: “Kita tidak boleh membenarkan Eropah menjadi tempat yang tidak aman kepada orang Islam.
Pengerusi IPHRC, Haci Ali Acikgul, pula berkata blok Islam dan pertubuhan hak asasi manusia perlu lantang mengecam tindakan bermotifkan kebencian terhadap orang Islam di seluruh dunia seperti di Kashmir, Nagorno Karabakh, India, Sri Langka, Perancis, New Zealand, Republik Afrika Tengah dan Myanmar.
Katanya, Islamofobia telah menjadi retorik sistematik anti-Islam oleh ekstremis sayap kanan untuk mencapai matlamat politik mereka.
“IPHRC telah mengemukakan strategi anti-Islamofobia yang lengkap kepada OIC, tetapi berdasarkan skala cabaran yang besar, usaha OIC dan IPHRC sahaja tidak mencukupi.
“Ini memerlukan kerjasama menyeluruh oleh negara, masyarakat sivil, cerdik pandai dan media,” katanya yang memuji kepemimpinan Turki, Pakistan dan Malaysia kerana menyediakan hala tuju dan dorongan politik yang diperlukan terhadap usaha berterusan pada skala global.
Acikgul berkata, Turki menyokong usaha bersama OIC untuk menunjukkan imej Islam yang sebenar, terutama menyebarkan keamanan dan toleransi.
Katanya, kajian menunjukkan pergerakan sayap kanan dan anti-Islam mendapat tempat di seluruh dunia, terutama di Eropah dengan krisis pelarian telah mencetuskan semangat nasionalisme di benua itu. – TRTWorld
2. Kunjungan Duta Jepun rintis kerjasama lebih bermanfaat
1 comment:
Kat malaysia, bukan jer parti legasi komunis yg islamofobia, parti liberal, parti kris, parti kuali, parti womenizer pun fobia juga dengan Islam. Tak hairan jika mereka sanggup beri dan terima rasuah, bersemburit, berzina, memfitnah, khianat pada amanah, bohong, kencing rakyat, kluster mahkamah dan banyak lagi.
Post a Comment