Thursday, February 03, 2022

Joanne To Mei Ting, guna perkataan halal didenda..

 

Seorang pemilik premis makanan didenda RM10,000 kerana guna perkataan halal tidak diperakui. - Foto NSTP/Nuraliawati Sabri

Didenda RM10,000 guna perkataan halal tak diperakui

MELAKA: "Saya mohon maaf atas kesalahan dilakukan," kata seorang pemilik premis makanan ketika diminta membuat rayuan di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini selepas membuat pengakuan bersalah menggunakan perkataan halal tidak diperakui.

Terdahulu, wanita terbabit,  30, didakwa memperakui bahawa makanan di premisnya adalah halal dengan menggunakan ungkapan 'Halal' pada lapan unit menu tanpa diperakui sebagai halal oleh pihak berkuasa.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh di premisnya di Jalan Kampung Pantai di sini pada 6.30 petang 5 Mac 2021.

Justeru, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Perenggan 8(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang boleh dihukum mengikut Perenggan 8(B). perintah sama.

Tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-keduanya jika sabit kesalahan.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Syazwani Zawawi yang memohon hukuman berat dikenakan sebagai pengajaran kepada masyarakat yang sedang atau mungkin melakukan tindakan sama kerana halal adalah isu sensitif, selain premis itu terletak di tempat pelancongan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam kemudian merayu agar hukuman ringan dikenakan ke atasnya dengan alasan ada tanggungan anak dan ibu serta perniagaan terkesan susulan pandemik COVID-19.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Hakim Nariman Badruddin kemudian memerintahkan tertuduh didenda RM10,000 atau dikenakan penjara tiga bulan jika gagal membayar denda dikenakan. (BH)

2 comments:

  1. Inilah di antara sebab mengapa kita perlu mengelakkan diri dan keluarga dari makan di gerai dan restoran kafir sebab puak kafir tidak tahu dosa dan pahala makan yang haram pun mereka makan dan jual kepada pelanggan.

    Marilah kita semua menyokong perniagaan umat Islam untuk meningkatkan ekonomi Islam. Jika bukan kita umat yang sokong, nak harapkan siapa lagi ? Nak harapkan puak ultra kiasu dan khadam liberal mereka memang lawaklah !

    ReplyDelete
  2. Ini antara contoh dari banyak kes di mana peniaga legasi komunis mencuri pelanggan muslim dengan menggunakan logo halal bohong. Yang jadi masalah juga segelintir umat Islam yg liberal atau mirip liberal masih ambil ringan tentang legasi komunis yang guna logo halal palsu. Fahaman perut masing masing, kubur masing masing adalah sebab mengapa puak ini mudah buat fitnah kpd islam dan ulamak.

    ReplyDelete