Komen Rakyat dalam blog ini..
Kena kerajaan yang tidak ambil rasuah. Kalau lemah iman macam kerajaan 60 tahun, payah sikitlah. Bila ada imbuhan rasuah, prinsip tukar jadi income. Sebab itu parti legasi komunis gerun kat pas. Sebab prinsip tak tukar jadi income. Arak pun dah takde kat kelantan dan trengganu. Judi pun.
Bila nak bentang ruu355, parti liberal bantah sebab ada income dari parti legasi komunis. Parti kuali pun sama.
Malaysia perlu kepada kerajaan yang diterajui oleh parti yang bersih, tidak mengamalkan rasuah, dipimpin oleh ahli yang bebas rasuah dan kes mahkamah. Pemimpin yang ada kes, accauntability di mata rakyat sudah menurun. Seolah olah berkokok berdegar degar, ekor penuh tahi.
DUN KELANTAN | Semenjak PAS mentadbir negeri Kelantan bermula tahun 1990, sehingga kini kerajaan negeri berjaya mengekalkan rekod sifar rasuah, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah.
Menurut beliau, pencapaian itu hasil pendekatan dan dasar Membangun Bersama Islam yang diperkenalkan PAS di samping program lain yang diadakan dari semasa ke semasa.
“Antara program yang dilaksanakan termasuk mengadakan program latihan Ummi, Ubudiyah dan Itqan yang dilaksanakan di semua jabatan kerajaan pada setiap Khamis setiap minggu bermula 2.30 hingga 3.30 petang.
"Di peringkat Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kelantan, kita berusaha melaksanakan MS ISO370001206 iaitu sistem pengurusan anti rasuah, dan sistem ini akan dipanjangkan kepada semua jabatan dan agensi kerajaan negeri sesuai dengan ketetapan Pelan Anti-Rasuah Nasional (NACP) 2019-2029," katanya ketika menjawab soalan Mohd Roseli Ismail (PAS-Kemuning) pada persidangan dewan undangan negeri (DUN) Kelantan di Kota Bharu, hari ini.
Pada sesi soal jawab lisan itu, Mohd Roseli menyoal mengenai usaha dan langkah diambil kerajaan negeri untuk menjadikan Kelantan terus bersih daripada amalan rasuah.
Tak beri kesan
Sementara itu, Rozi Muhamad (PAS-Tendong) melalui soalan tambahan mengemukakan pertanyaan sekiranya dakwaan berlakunya rasuah di kalangan pemimpin PAS memberi kesan kepada pentadbiran kerajaan negeri.
Mohd Amar menegaskan perkara itu tidak memberi kesan.
"Saya percaya ia tak memberi kesan kepada rakyat sebab itulah kita boleh menang besar dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lepas.
"Kita mengamalkan sikap terbuka sejak dahulu sehingga kini dengan membuka pintu kepada SPRM dan pihak berkuasa lain untuk menyiasat sekiranya terdapat dakwaan.
"Malah, kita sentiasa memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dan membuka pintu selama 24 jam untuk sebarang siasatan," jelasnya yang juga Adun Panchor.
Dakwaan itu difahamkan berkait isu beberapa pemimpin PAS Kelantan yang dipanggil SPRM sebelum ini bagi membantu siasatan dakwaan pemimpin PAS menerima dana daripada Umno.
Dalam pada itu Mohd Amar berkata, kerajaan negeri pada bulan lalu juga melantik bekas pengarah SPRM Kelantan, Moh Samsudin Yusoff sebagai pegawai pemantauan dan pelaksanaan program integriti. (MK/N Faizal Ghazali Diterbitkan: Mar 19, 2019 5:23 PM)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pulau Pinang, Selangor, bila nak sifar rasuah? Kokok saja berderai-derai, ekor bergelumang tahi..
DAP dan Lim Kit Siang sedang MEROYAN!! kerana kehilangan 4 kerusi DUN pada PRN Melaka manakala rakan sekutu nya PKR hilang semua kerusi yang pernah dimiliki pada PRU 14.
ReplyDeleteTun dan Boboi telo anak beranak sudah goyang. Tiada seorang pun yang peduli pada PejWang. Berapa banyak cawangan dan bahagian Parti PejWang tidak diketahui. Tiada sekor pun yang peduli pada parti PejWang... hidung dah lah kembang tak mancung pipi pulak hodoh macam beruang kutub..!!
Kemeruduman Pakatan Harapan ini kerana faktor "aura magic Najib" atau PH hilang kredabiliti atau fitnah yang ditabur pada PRU14 sudah tak laku lagi???
Nampaknya DAP dan Lim Kit Siang tidak dapat menerima kekalahan ini dan menjadikan Najib sebagai sasaran untuk melegakan hatinya sendiri.
Tak cukup dengan itu Lim Kit Siang menyalahkan pula pengundi Melaka kerana katanya orang Melaka masih mengangkat Bossku yang dilabel Lim Kit Siang dan diratibkan oleh Tun sebagai "seorang pesalah'.
Adakah kemenangan BN diMelaka aura Bossku akan diangkat sebagai Ketua Menteri Melaka? sehingga Lim Kit Siang terlalu takut..atau Lim Kit Siang Tun dan Boboi dah terkencing dalam seluar?
Bodoh punya Tun dan Apek Tokong Kit Siang.!!!!
Adakah Tokong Lim Kit Siang lupa bahawa anaknya juga seorang tertuduh yang kes nya telah dibuang olih sekutu rapat DAP iaitu Tommy Thomas aka Peguam Negara masa tu.
Semua orang tahu!!! cerita dibalik tabir!!!
Bossku bukanlah calon yang bertanding di Melaka dan bukan calon di PRN Bangsa Johor tetapi kerana "aura" Bossku yang sememangnya disenangi olih semua lapisan masyarakat, maka, ketakutan pihak lawan terhadap Bossku amat ketara sehinggakan kehadiran Najib diseluruh pelusuk Negeri, semua cerita dan pergerakkanya mahu difitnah seadanya.