Thursday, February 17, 2022

Kutuk larangan berhijab pelajar perempuan di India. -Dato’ Mumtaz

 

Larang pelajar berhijab di India apartheid agama

KUALA LUMPUR: Lajnah Antarabangsa Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengutuk larangan berhijab ke atas pelajar perempuan di Karnataka, Mangaluru dan Chikmagalur, India.

Pengerusinya, Dato’ Mumtaz Md Nawi berkata, ironi larangan oleh Kerajaan India yang seterusnya dibenarkan oleh sistem kehakiman adalah sikap apartheid agama sebuah negara yang mana wanitanya pernah diiktiraf sebagai perdana menteri dan ia sekali gus melanggar hak asasi manusia.

“Lajnah Antarabangsa DMPM dengan ini menyatakan solidariti terhadap wanita dan pelajar Muslimah India yang tegar memperjuangkan hijab dan menolak pemaksaan yang tidak bertamadun atas nama kesamarataan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, alasan keseragaman pemakaian di institusi pendidikan adalah superficial dan alasan tidak masuk akal, ia sekadar nama lain untuk membenarkan justifikasi penindasan agama.

Tambahnya, Lajnah Antarabangsa DMPM menyeru semua pihak agar menunjukkan pendirian yang sekata atas penindasan itu dan menzahirkan bantahan secara konsisten dan berkesan terhadap larangan itu sebagai satu nota bantahan antarabangsa terhadap India.

“Sesungguhnya larangan hijab ini tidak lagi relevan kerana dunia telah menyaksikan hijab tidak pernah menjadi penghalang terhadap imej dan kualiti kerjaya wanita Islam malah ia semakin menyerlah di seluruh pelosok benua,” katanya yang juga Exco Kerajaan Kelantan.

Oleh kerana itu, ujar beliau langkah menghalang pemakaian hijab merupakan langkah mengundur yang tidak wajar dibuat oleh India mahupun negara lain di dunia ini.

Dalam pada itu, bantahan atas talian terhadap isu tersebut boleh ditandatangani di https://chng.it/WHknQ2ZX – HARAKAHDAILY 15/2/2022

3 comments:

Anonymous said...

Gang Keluarga Kerala, Gang PKR Pluralisma Murtad, Gang G25, SIS COMANGO CT Kasim Marina Chin Ambiga Zunar Reza Marina Gereja tak nak join muslimah PAS ke atau bantah kat Kedutaan India...

KHALAS

Unknown said...

Jaga tulisan.. Takut ingat tak da kat padang masyhar ke. Yakin sungguh dgn apa yg ditulis

Anonymous said...

Perkauman oleh yg non muslim. Hijab, sari, serban apa bezanya dalam konteks patuhi etika berpakaian mengikut fahaman agama masing masing. Ngapa sikh boleh berserban, hijab pulak dilarang. Kolot, kuno dan sempit pemikiran penganut agama selain Islam. Di malaysia, tiada larangan tentang pakaian atau berhala atau makan babi atau sambutan agama atau anut sebarang jenis agama. Islam mengamalkan keterbukaan. Yg dilarang adalah berjudi, arak, membunuh, homoseks, lesbian, womenizer, rasuah, salah guna kuasa dsb.

Islam makan lembu tak makan babi, hindu tak makan lembu, cina makan babi dan lembu. Tidak salah cina nak makan makanan kesukaannya iaitu babi. Tapi jangan ganggu isu ruu355 yg tiada kaitan dengan fahaman cina.

Eng guan nak kontrol org cina, tiada masalah. Tapi jangan nak kontrol fahaman dan budaya org Islam. Berpada pada dgn berpolitik. Jangan cetus politik perkauman sempit legasi komunis.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails