Polis AS menyiarkan rakaman yang menunjukkan pegawai menembak lelaki kulit hitam. - Foto AGENSI
Polis AS siar rakaman video polis tembak lelaki kulit hitam
WASHINGTON: Pihak berkuasa di Minneapolis, Amerika Syarikat (AS) semalam menyiarkan video kamera badan yang menunjukkan polis menembak seorang lelaki Afrika-Amerika berusia 22 tahun.
Menurut polis di bandar itu, tempat di mana lelaki berkulit hitam, George Floyd dibunuh pada 2020, Amir Locke ditembak Rabu lalu oleh pegawai yang melaksanakan waran geledah di pangsapuri yang didiaminya, selepas Locke mengeluarkan pistol dari bawah selimut.
Masa antara pegawai itu masuk dan tembakan yang dilepaskan adalah kurang daripada sepuluh saat.
Locke disahkan meninggal dunia di hospital.
Akhbar tempatan, Star Tribune melaporkan, Locke tidak dinamakan dalam waran geledah, namun dikatakan mempunyai kaitan dengan suspek dalam siasatan kes pembunuhan.
Peguam keluarganya dalam satu kenyataan semalam berkata, Locke 'memiliki senjata api secara sah' dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Ibunya memberitahu Star Tribune, "Kami mahukan keadilan untuk anak kami."
Dalam video berkenaan, seorang pegawai kelihatan menggunakan kunci untuk membuka pintu dan kemudian sekumpulan pegawai masuk sambil menjerit 'Polis, waran geledah!'.
Locke yang ketika itu berada di atas sofa, mula bangun dari bawah selimut, dengan pistol di tangannya, ketika polis melepaskan tembakan.
Keluarganya kekal menggunakan khidmat peguam, Ben Crump, yang sebelum ini mewakili ramai warga kulit hitam yang menjadi mangsa keganasan polis, termasuk George Floyd dan Breonna Taylor, yang mana pembunuhan mereka pada 2020 mencetuskan protes di seluruh negara.
Menurut kenyataan itu, Crump dijadual mengadakan sidang media secara maya bersama keluarga Locke pada pagi ini. - AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi perkauman tak tamadun AS, video polis tembak lelaki kulit hitam. Kalau tidak, tidak wujud le kasta bilik air di AS.
2 comments:
Mintak Ambiga, Marina Gereja, Marina Chin Dr Farida Siti Kassim Anwar Ibrahim Syed Saddik parti PejWang PKR PAN MUDA DAP dan ahlul bait LGBT, SIS ,COMANGO, Liberal Plutalis Murtad buat demonsrrasi di kedutaan Amerika Syarikat pasal human rite dan hak hak kebebasan acuan Amerika Syarikat... AMBIGA dulu kan dapat pingat dari Barrak Obama pasal hak asasi manusia...
Jangan lupo hak asasi kaim Skid Row di Amerika Syarikat.. nasib rakuat USA di Jalanan di kenali Skid Row lebih buruk dari pelarian Rohingya..
Ada ati puak puak ni nak ajar hak asasi manusia di Malaysia...
puiiii..!!
Sebilangan polis kulit putih adalah rasis yang sangat teruk kerana mereka membunuh orang kulit hitam tanpa provokasi.
Nekima Levy Armstrong, seorang peguam hak sivil dan aktivis masyarakat terkemuka yang dilantik oleh datuk bandar tahun lalu sebagai pengerusi bersama dalam kumpulan kerja keselamatan komuniti, berkata keluarga Locke memberitahu Locke adalah pemilik senjata api berlesen dengan permit pembawa yang disembunyikan, bahawa dia tidak tinggal di apartmen itu, bahawa polis tidak mencarinya dan bahawa dia bukan salah seorang daripada tiga suspek yang dinamakan dalam waran itu.
Bukankah ini bermaksud polis kulit putih sengaja membunuh Amir Locke yang sedang tidur berselimut ?
Post a Comment