1,864 babi ternakan di ladang komersial di Paya Mengkuang, Melaka positif ASF dimusnahkan. - Foto hiasan
RBA 8.54 ternakan puak ultra kiasu roket nak kencing orang Melayu dan membela babi pun agak-agaklah sebab orang Melayu tidak bodoh.
Inilah hasil projek ternakan babi yang dilaksanakan oleh kaum roket
----> 35 ladang babi di Melaka diwarta kawasan wabak Demam Babi Afrika ! Ladang babi juga menjadi sumber virus nipah.
Mana bukti ladang babi wujud di Mekah dan Madinah ?
RBA dan puak roket sembang lebat gunung everest pun boleh terbang tetapi habuk pun tarak. Semuanya kaki kencing rakyat.
Orang Melayu tidak akan menyokong atau mengundi parti ultra kiasu roket dan khadam liberal-syiah mereka kerana mereka memuja dan mendewa-dewakan pengganas komunis PKM.
Sejarah telah membuktikan pengganas komunis PKM adalah musuh Islam dan kaum Melayu dari tahun 1930 hingga 1989 kerana PKM telah menyamun, menyiksa, merogol dan membunuh kaum Melayu, memusnahkan harta benda orang Melayu seperti ladang dan kampung dan menghina agama Islam dan masjid.
Cukuplah 22 bulan orang Melayu dikencing hancing oleh penyokong pengganas komunis PKM.
Mukaddimah
Baru-baru ini, sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri, dunia dikejutkan dengan berita yang begitu menyayatkan hati dan meruntun jiwa. Di Kota Madinah al-Munawwarah telah berlaku suatu letupan yang sebelum ini tidak pernah kedengaran sehingga mengorbankan sejumlah nyawa. Tambahan pula, kejadian itu berlaku pada bulan Ramadhan, lebih-lebih lagi pada 10 hari akhir Ramadhan, di Tanah Haram, Madinah al-Munawwarah, yang mempunyai terlalu banyak keistimewaan dan kelebihan.
Maka amat malang sekali bagi pelakunya yang bertindak seperti ini. Justeru Bayan Linnas kali ini akan mengemukakan keterangan berkenaan fadilat Madinah al-Munawwarah serta ancaman dalam Islam terhadap mereka yang melakukan acara keganasan, kebiadapan dan kedurjanaan di tanah suci umat Islam ini.
Fadhilat Madinah Munawwarah
Kami kemukakan dalam isu ini kenyataan Imam Nawawi Rahimahullah dalam kitabnya al-Idhah fi Manasik al-Hajj wa al-Umrah:
Menghadirkan hatinya untuk kemuliaan Madinah, kerana ia semulia-mulia tempat di dunia selepas Makkah di sisi sebahagian ulama’. Sebahagian yang lain menganggap ia semulianya secara mutlak. Yang menjadikannya mulia ialah Rasulullah SAW sebagai semulia-mulia makhluk[1]. Hendaklah pada awal permulaannya hingga pulang merasakan kebesarannya memenuhi hati dan kehebatannya seolah-olah dia melihatnya (Rasulullah SAW).
Pertama: Daripada Anas bin Malik RA bahawa Rasulullah SAW pernah berdoa:
اللَّهُمَّ اجْعَلْ بِالْمَدِينَةِ ضِعْفَيْ مَا جَعَلْتَ بِمَكَّةَ مِنَ البَرَكَةِ
Maksudnya: Ya Allah! Limpahkanlah keberkatan di Madinah ini dua kali keberkatan yang berada di Makkah.
Riwayat al-Bukhari (1885)
Berkata Imam Ibn Hajar al-Asqalani: Yakni keberkatan duniawi berpandukan sabda Baginda dalam sebuah hadis lain, ‘Ya Allah! Berkatilah gantang dan cupak kami.’ Rujuk Fath al-Bari 4/98.
Berkata Syeikh Mustafa al-Bugha: Banyaknya kebaikan dan yang dimaksudkan dengan keberkatan duniawi itu ialah keluasan rezeki dan kebahagiaan hidup.
Kedua: Daripada Sufyan bin Abi Zuhair RA, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:
تُفْتَحُ اليَمَنُ، فَيَأْتِي قَوْمٌ يُبِسُّونَ، فَيَتَحَمَّلُونَ بِأَهْلِهِمْ وَمَنْ أَطَاعَهُمْ، وَالمَدِينَةُ خَيْرٌ لَهُمْ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ، وَتُفْتَحُ الشَّأْمُ، فَيَأْتِي قَوْمٌ يُبِسُّونَ، فَيَتَحَمَّلُونَ بِأَهْلِيهِمْ وَمَنْ أَطَاعَهُمْ، وَالمَدِينَةُ خَيْرٌ لَهُمْ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ، وَتُفْتَحُ العِرَاقُ، فَيَأْتِي قَوْمٌ يُبِسُّونَ، فَيَتَحَمَّلُونَ بِأَهْلِيهِمْ وَمَنْ أَطَاعَهُمْ، وَالمَدِينَةُ خَيْرٌ لَهُمْ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ
Maknanya: Yaman akan ditakluki. Akibatnya, sejumlah ramai penduduk Madinah akan berpindah keluar. Merea juga mengajak keluarga dan orang-orang yang taat kepada mereka untuk berpindah ke Yaman. Padahal, Madinah lebih baik bagi mereka sekiranya mereka mengetahuinya. Dan Syam juga akan ditakluki. Sejumlah orang penduduk Madinah berpindah. Mereka juga akan mengajak keluarga dan orang-orang yang taat kepada mereka untuk berpindah ke Syam. Padahal, Madinah lebih baik bagi mereka sekiranya mereka mengetahuinya. Dan Iraq juga akan ditakluki. Akibatnya, sejumlah orang Madinah akan berpindah. Mereka juga akan mengajak keluarga mereka dan oran-orang yang taat kepada mereka untuk berpindah ke Iraq. Padahal, Madinah lebih baik bagi mereka seandainya mereka mengetahui.
Riwayat al-Bukhari (1875)
Berkata Imam Nawawi:
“Yang benar ialah maknanya untuk memberitahu bahawa barangsiapa yang keluar daripada Madinah, keluarnya bersama ahli keluarganya, merancang dalam perjalanannya, bersegera kearah kesenangan dan negeri-negeri yang baru dibuka… Adapun keadaannya menetap di Madinah lebih baik untuk mereka kerana ia adalah kota suci Rasulullah, berhampiran dengan Baginda, tempat turunnya wahyu dan turunnya keberkatan sekiranya mereka mengetahui faedah-faedah agama yang terdapat daripada mendapat daripadanya berserta ganjaran-ganjaran ukhrawi.”
Rujuk Fath al-Bari (4/93)
Ketiga: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ الإِيمَانَ لَيَأْرِزُ إِلَى المَدِينَةِ كَمَا تَأْرِزُ الحَيَّةُ إِلَى جُحْرِهَا
Maksudnya: Sesungguhnya (di antara keimanan itu) adalah keimanan bahawa manusia akan berkumpul di Madinah seperti mana ular akan kembali kepada sarangnya.
Riwayat al-Bukhari (1876)
Berkata Imam Ibn Hajar al-Asqalani:
“Yakni seperti ular yang pergi daripada sarangnya dalam mencari keperluan hidupnya. Apabila ia menjumpainya, ia kembali kepada sarangnya. Demikian juga iman, ia tersebar dan berkembang di Madinah dan setiap orang yang beriman ada sedetik perasaan yang membawanya ke Madinah disebabkan perasaan cintanya kepada Nabi SAW. Maka ia meliputi keseluruhan zaman kerana pada zaman Nabi SAW adalah untuk kita belajar daripada baginda dan pada zaman sahabat dan tabiin dan tabi’ tabien adalah untuk mengikuti petunjuk mereka dan selepas itu untuk menziarahi kubur Nabi SAW, solat dalam Masjid Nabawi dan bertabarruk degan melihat athar Baginda dan athar para sahabat Baginda.”
Rujuk Fath al-Bari (94/4)
Keempat: Daripada Abu Bakrah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
عَنْ أَبِي بَكْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: لاَ يَدْخُلُ المَدِينَةَ رُعْبُ المَسِيحِ الدَّجَّالِ، لَهَا يَوْمَئِذٍ سَبْعَةُ أَبْوَابٍ، عَلَى كُلِّ بَابٍ مَلَكَانِ
Maksudnya: Ancaman fitnah Dajjal tidak mampu menembusi Madinah. Pada saat itu, Madinah memiliki tujuh pintu masuk. Setiap pintu masuk dijaga dua malaikat.
Riwayat al-Bukhari (1879)
Imam Ibn Battal berkata:
“Sekiranya seseorang bertanya, ‘Apakah maksud sabda Baginda SAW yang lain bahawa Madinah akan bergoncang tiga kali (akibat datangnya Dajjal) dengan hadis Abu Bakrah bahawa Madinah tidak akan dimasuki Dajjal?’ Maka jawapannya, sesungguhnya bergoncangnya Madinah bukan kerana kemelut yang dibawa oleh Dajjal, atau ketakutan yang dibawanya, tetapi bergoncangnya Madinah kerana perginya golongan munafik kepada Dajjal lalu Ahlu Madinah mengeluarkan mereka daripada Madinah seperti mana hadis Rasulullah SAW: Sesungguhnya Madinah itu dibersihkan daripada kotorannya. Inilah dalil bahawa orang beriman itu tidak dipengaruhi dengan kemelut ketakutan terhadap Dajjal.”
Rujuk Syarh Sahih al-Bukhari (10/64)
Kelima: Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
عَلَى أَنْقَابِ المَدِينَةِ مَلاَئِكَةٌ لاَ يَدْخُلُهَا الطَّاعُونُ، وَلاَ الدَّجَّالُ
Maksudnya: Di lembah-lembah Madinah ada para malaikat, sehingga wabak taun dan Dajjal tidak akan masuk ke dalamnya.
Riwayat al-Bukhari (1880)
Al-Asqalani berkata: “Maknanya tidak dimasuki Madinah itu penyakit taun seperti yang berlaku di tempat selainnya seperti Taun Amawas dan Taun al-Jarif.”
Rujuk Fath al-Bari (10/190)
Keenam: Daripada Jabir RA:
جَاءَ أَعْرَابِيٌّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَبَايَعَهُ عَلَى الإِسْلاَمِ، فَجَاءَ مِنَ الغَدِ مَحْمُومًا فَقَالَ: أَقِلْنِي، فَأَبَى ثَلاَثَ مِرَارٍ، فَقَالَ: المَدِينَةُ كَالكِيرِ تَنْفِي خَبَثَهَا وَيَنْصَعُ طَيِّبُهَا
Maksudnya: Telah datang seorang Arab Badawi kepada Nabi SAW lalu berbaiah untuk memeluk Islam. Kemudianya dia datang lagi pada esok harinya dalam keadaan demam lalu berkata: “Tolong batalkan baiatku untuk memeluk Islam”. Nabi SAW menolak permintaan itu sampai tiga kali kemudian bersabda: “Madinah ini seperti tungku api, yang akan mengusir segala kekotoran (keburukan) dan menyisakan yang terbaik sahaja.”
Riwayat al-Bukhari (1883)
Berkata Syeikh Ibn Tin:
“Sesungguhnya Nabi SAW menghalang pembebasan lelaki tersebut daripada baiahnya kerana Nabi tidak menolong di atas kemaksiatan kerana baiah pada zaman awal dahulu adalah supaya seseorang tidak keluar daripada Madinah kecuali dengan keizinan dan keluar daripadanya merupakan suatu maksiat.”
Manakala menurut Syeikh Ibn Munir:
“Zahir hadis menunjukkan celaan kepada sesiapa yang keluar daripada Madinah dalam keadaan dia seorang yang bermasalah. (Jika ditanya) Telah keluar daripada Madinah sejumlah besar daripada sahabat dan mereka menetap di negeri-negeri selainnya. Demikian juga generasi selepas mereka daripada kalangan Fudhala (tokoh-tokoh utama). Jawabnya: Sesungguhnya yang tercela adalah sesiapa yang keluar daripada madinah dalam keadaan dia tidak suka dengan Madinah dan membencinya sebagaimana yang dilakukan oleh Arab badawi tersebut. Adapun yang para sahabat, mereka keluar daripadanya dengan tujuan yang benar seperti menyebarkan ilmu, membuka negara-negara yang syirik, dan juga mengawal perbatasan, berjihad menentang musuh dalam keadaan keluarnya mereka itu dengan mempercayai dengan kelebihan madinah dan kelebihan menetap di dalamnya.”
Rujuk Fath al-Bari (19/200)
Ketujuh: Daripada Aisyah RA, bahawa Rasulullah pernah berdoa:
اللَّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيْنَا المَدِينَةَ كَحُبِّنَا مَكَّةَ أَوْ أَشَدَّ، اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي صَاعِنَا وَفِي مُدِّنَا، وَصَحِّحْهَا لَنَا، وَانْقُلْ حُمَّاهَا إِلَى الجُحْفَةِ
Maksudnya: Ya Allah! Tumbuhkanlah kecintaan kami terhadap Madinah seperti kami mencintai Makkah atau lebih daripada itu. Ya Allah! Berikanlah keberkatan pada sa’ dan mud kami. Jadikanlah Madinah sesuai untuk kami dan pindahkanlah wabak deman di Madinah ini ke Juhfah.
Riwayat al-Bukhari (1889)
Berdasarkan hadis-hadis di atas jelas menunjukkan banyak keistimewaan Kota Suci Madinah antaranya:
- Mendapat doa rezeki daripada Rasulullah SAW sendiri.
- Iman akan kembali ke Kota madinah.
- Dajjal dihalang daripada memesauki Kota Madinah.
- Kota Madinah selamat daripada sebarang kejahatan.
- Rasulullah SAW mendoakan supaya Kota Madinah dikasihi oleh para sahabat.
- Rasulullah SAW mohon dipindahkan deman atau penyakit ke Juhfah.
Adapun pada pengamatan kami mendapati Kota Madinah ini amat istimewa, antaranya:
- Tempat Rasulullah SAW hidup sehingga akhirnya hayat Baginda.
- Terdapat makam jasad Rasulullah SAW.
- Ramai sahabat-sahabat utama meninggal dalam Kota Madinah.
- Tempat tersebarnya dakwah Islam
- Kawah ilmu di mana Rasulullah SAW telah mendidik para sahabat menjadi generasi Quran yang unik.
- Athar Tarikhiyyah yang banyak terdapat di Kota Madinah.
Ancaman Kepada Pelaku Kejahatan dan Kedurjanaan di Madinah al-Munawwarah
Pertama: Daripada Ali RA dia berkata:
مَا عِنْدَنَا شَيْءٌ إِلَّا كِتَابُ اللَّهِ، وَهَذِهِ الصَّحِيفَةُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " المَدِينَةُ حَرَمٌ، مَا بَيْنَ عَائِرٍ إِلَى كَذَا، مَنْ أَحْدَثَ فِيهَا حَدَثًا، أَوْ آوَى مُحْدِثًا، فَعَلَيْهِ لَعْنَةُ اللَّهِ وَالمَلاَئِكَةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ، لاَ يُقْبَلُ مِنْهُ صَرْفٌ وَلاَ عَدْلٌ
Maksudnya: Kami tidak mempunyai apa-apa kecuali Kitab Allah dan Sahifah Nabi yang berisi: “Madinah adalah tempat suci antara gunung ini dan Gunung Thur. Siapa yang membuat ajaran baru di dalamnya, atau memberikan perlindungan bagi pembuat ajaran baru itu, maka dia berhak menerima laknat Allah, laknat para malaikat, dan laknat semua orang. Selain itu, orang itu tidak akan diterima taubat dan fidyahnya.”
Riwayat al-Bukhari (1870)
Al-Asqalani berkata:
“Ucapan Baginda bahawa keatasnya laknat Allah menunjukkan keharusan melaknat pelaku maksiat dan kerosakan tetapi tidak ada petunjuk untuk melaknat orang tertentu tertentu. Dalam hadis itu juga menunjukkan orang yang berbuat bidaah dan orang yang berniat untuk melakukan bidaah sama dari sudut dosanya yang dimaksudkan dengan al-hadis tersebut dan al-muhdith dalam hadis tersebut ialah kezaliman dan orang yang melakukan kezaliman, atau perkarayang klebih umum dariapda tersebut.”
Berkata Syeikh Iyadh:
“Ini dijadikan dalil bahawa perbuatan kezaliman di Madinah termasuk daripada dosa-dosa besar dan dimaksudkan dengan laknat para malaikat dan manusia adalah tersangat jauhnya pelaku itu daripada rahmat Allah. Kata beliau lagi, yang dimaksudkan dengan laknat di sini adalah azab yang layak untuk dosanya semasa zaman awal (zaman Rasulullah).”
Rujuk Fath al-Bari (4/84)
Kedua: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
أُمِرْتُ بِقَرْيَةٍ تَأْكُلُ القُرَى، يَقُولُونَ يَثْرِبُ، وَهِيَ المَدِينَةُ، تَنْفِي النَّاسَ كَمَا يَنْفِي الكِيرُ خَبَثَ الحَدِيدِ
Maksudnya: Aku diperintahkan untuk berhijrah ke sebuah kota yang akan mengalahkan kota-kota lain. Kota itu disebut Yathrib. Itulah Madinah. Kota itulah yang akan membersihkan manusia (daripa segala keburukan dan kemusyrikan) sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran besi.
Riwayat al-Bukhari (1871)
Ketiga: Daripada Aisyah bin Saad R.anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda:
لاَ يَكِيدُ أَهْلَ المَدِينَةِ أَحَدٌ، إِلَّا انْمَاعَ كَمَا يَنْمَاعُ المِلْحُ فِي المَاءِ
Maksudnya: Janganlah ada seorang pun yang melakukan tipu muslihat terhadap penduduk Madinah, kecuali saat terjadinya peleburan seperti meleburnya garam di dalam air.
Riwayat al-Bukhari (1877)
Al-Asqalani menyebut:
“Yaitu dia melakukannya dengann tujuan yang buruk terhadap penduduk madinah. Juga melakukan tipu daya, makar dan juga helah dalam kejahatan. Dan di dalam riwatat Muslim daripada jalur Abu Abdillah al-Qarraz daripada Abu Hurairah dan juga Saad disebutkan hadis yang mengatakan ssiapa yang mahukan keburukan untuk penduduk madinah Allah akan cairkannya sebagaimana cairnya garam di dalam air.”
Rujuk Fath al-Bari (4/94)
Keempat: Diriwayatkan daripada Jabir R.anhu beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
مَنْ أَخَافَ أَهْلَ المَدِينَةِ فَقَدْ أَخَافَ مَا بَيْنَ جَنْبِي
Maksudnya: Sesiapa yang menakut-nakutkan penduduk Madinah maka sesungguhnya dia telah menakutkan apa yang berada di antara dua rusukku.
Imam Ahmad (14818)
Berkata Syeikh al-Amir Izzuddin al-San’ani: “Yakni dia telah menakutkan aku (yakni Rasulullah) kerana di antara dua rusuknya terdapat hatinya dan hati merupakan tempat takut.”
Rujuk al-Tanwir Syarh al-Jami’ al-Saghir (56/10)
Syeikh al-Manawi berkata: “Ini tidak terdapat tandingannya bagi tempat selainnya dan itulah yang kuat kelebihannya ke atas Makkah”.
Rujuk Faidh al-Qadir (6/40)
Berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan kepada kita bahawa Kota Madinah amat perlu bahkan wajib dipelihara. Ancaman keras daripada Rasulullah SAW jelas menunjukkan ‘karamah Madinah’ itu sendiri yang tidak wujud di tempat lain. Laknat yang dikenakan kepada pelaku kejahatan terhadap Kota Madinah dan penduduknya oleh Allah, para malaikat dan orang ramai jelas menunjukkan berapa besarnya dosa pelaku maksiat dan kezaliman di Kota Madinah
Penutup
Sekalung takziah kepada Khadimul Haramain, penduduk Madinah dan keluarga mangsa atas apa yang berlaku. Semoga Allah peliharakan bumi Rasulullah SAW dan sentiasa mendapat keamanan. Bahkan kepada sesiapa yang bersabar dengan ujian pastikan akan mendapat kelebihan daripada Allah SWT:
مَنْ صَبَرَ عَلَى لَأْوَائِهَا وَشِدَّتِهَا، كُنْتُ لَهُ شَهِيدًا أَوْ شَفِيعًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya: Siapa yang bersabar atas kesusahan di Madinah dan keperitannya, nescaya aku (Rasulullah) menjadi saksi atau memberi syafaat kepadanya pada hari Kiamat.[2]
Imam Muslim (1377)
Kami mengambil kesempatan di sini untuk menyatakan yang bahawa Kota Madinah amat istimewa dalam hati dan jiwa kami. Cintanya kami kepada Rasulullah SAW, para sahabat, para penduduk Madinah dan katany adalah amat mendalam. Ya Allah, peliharakan Nabi-Mu, Madinah al-Munawwarah. Amin.
Akhukum fillah,
S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
13 Julai 2016 bersamaan 8 Syawal 1437H
[1] Kurniaan Allah kepada Rasulullah SAW
Antaranya:
- Diberi kelapangan dada, sebagaimana firman Allah SWT:
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
Maksudnya: Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?
(Surah al-Syarh, 94 : 1)
Ibn Kathir berkata: “Kami telah menerangi dadamu, iaitu dengan cahaya Kami. Dan Kami jadikan dadamu lapang, lebar dan luas.”
Pendapat yang sahih ialah Allah mengurniakan kelapangan dan keluasan sehingga Rasulullah dapat hidup selesa, di mana kelapangan di langit dan di bumi kerana kurniaan iman, hikmah, yakin dan cahaya hidayah.
2. Diangkat sebutannya seiringan dengan nama Allah, seperti firman Allah SWT:
وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
Maksudnya: Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
(Surah al-Syarh, 94: 4)
Qatadah mengatakan: “Allah meninggikan sebutan beliau di dunia dan di akhirat. Tidak ada seorang khathib, orang yang mengucapkan syahadah dan juga orang yang mengerjakan solat melainkan menyebut dua kalimah syahadah.”
3. Pemeliharaan Allah terhadap Rasulullah SAW. Firman Allah SWT:
وَاللَّهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ
Maksudnya: Dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia.
(Surah al-Maidah, 5:67)
Ibn Qutaibah berkata, maksudnya: “Allah menegah kamu dari kejahatan mereka.” Pemeliharaan Allah di sini ditafsirkan juga dengan: “Selamat dari melakukan maksiat,” seperti kata Ibn al-Jauzi dalam Zad al-Masir fi ‘Ilmi al-Tafsir.
4. Kurniaan kemenangan dan pembukaan kepada Rasulullah SAW. Firman Allah SWT:
إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِينًا
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata.
(Surah al-Fath, 48: 1)
Al-Mawardi dalam tafsirnya, al-Nukat wa al-`Uyun, menyebut dua pendapat:
- Sesungguhnya Kami ajarkan kamu ilmu yang nyata dan kami turunkan kepadamu Quran dan perintahkan dalam urusan agama.
- Kami putuskan bagimu hukuman dan balasan yang amat nyata dengan cara membuka untukmu negeri-negeri di dunia.
5. Mempunyai akhlak yang agung. Firman Allah SWT:
وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍ
Maksudnya: Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.
(Surah al-Qalam, 68: 4)
Syeikh Tahir Ibn Asyur dalam tafsirnya, al-Tahrir wa al-Tanwir berkata: “Sebagaimana Allah menjadikan Rasul-Nya SAW di atas akhlak yang agung, dia juga menjadikan syariatnya supaya membawa manusia dengan akhlak yang agung dalam kemuncak ketaatan. Dengan ini, bertambah jelaslah makna tamakkun yang membawa kepada huruf isti’la’, menggambarkan ketinggian pekerti serta nilai akhlak yang agung, yang dimiliki oleh Baginda sehingga ia juga tamakkun dalam menyampaikan dakwah agamanya.”
6. Sebagai pembawa rahmat kepada sekalian alam. Firman Allah SWT:
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ
Maksudnya: Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.
(Surah al-Anbiya’, 21: 107)
Dr. ‘Aidh al-Qarni dalam bukunya, Rahmatan li al-`Alamin menyebut beberapa tafsiran, antaranya:
- Baginda merupakan seorang manusia utusan Allah. Baginda datang untuk membela nasib umat yang lemah, tertindas, terkebelakang dan terpenjara dengan pelbagai kezaliman. Baginda datang untuk mengangkat maruah mereka sehingga setaraf dengan bangsa lain. Baginda membina satu tamadun baru di antara sekian tamadun yang sedia ada dan ia menjadi tamadun yang paling tinggi nilainya.
- Rasulullah SAW telah mengeluarkan kita dari Semenanjung Arab yang tandus tanpa wujudnya sungai, kebun, mahupun tumbuh-tumbuhan, menjelajahi seluruh pelusuk bumi.
- Dikurniakan beberapa kelebihan yang lain. Antaranya seperti jawami’ al-kalim, rasa ketakutan pada musuh sejarak sebulan perjalanan, dihalalkan baginya harta rampasan perang, dijadikan bumi seluruhnya masjid dan suci. Begitu juga, dikurniakan syafaat al-‘uzma. Dikemukakan di sini beberapa riwayat, antaranya:
- Al-Hafiz Ibn Hajar di dalam Fath al-Bari, antara lain berkata: “Permulaan hadis Abu Hurairah ini, dilebihkanku atas sekalian nabi dengan enam, lantas disebut lima, seperti hadis Jabir kecuali syafaat dan menambah dua lagi, iaitu dikurniakanku jawami’ al-kalim dan disudahi denganku segala nabi. Daripada hadis Jabir tujuh perkara.”
- Dalam riwayat Muslim juga, daripada hadis Huzaifah RA: “Dilebihkan kami atas semua manusia dengan tiga perkara. Dijadikan saf-saf kami seperti saf malaikat.”
- Mengikut Ibn Khuzaimah dan al-Nasaie: “Dan dia dikurniakanku ayat-ayat ini daripada akhir surah al-Baqarah, daripada simpanan di bawah Arasy dan diangkat kesilapan dan lupa daripada hukuman.”
- Mengikut riwayat Ahmad, daripada hadis Ali RA: “Dikurniakanku empat perkara yang tidak dikurniakan mana-mana nabi sebelumku, dikurniakanku kunci-kunci bumi, dinamakanku Ahmad dan dijadikan umatku sebaik-baik umat.”
- Mengikut riwayat al-Bazzar, daripada Abu Hurairah RA: “Dilebihkanku atas sekalian nabi dengan enam perkara, diampun dosaku yang terdahulu dan kemudian dijadikan umatku sebaik-baik umat, diberikanku al-Kauthar, sahabatmu adalah pembawa bendera kepujian pada Hari Kiamat, di bawahnya Adam dan semuanya.”
[2] Abu Said Maula al-Mahri datang bertemu dengan Abu Said al-Khudri RA pada masa berlakunya peperangan al-Harrah di kota Madinah dengan meminta pendapat sahabat tersebut untuk meninggalkan kota Madinah. Ini disebabkan harga barang yang melambung sedangkan beliau mempunyai tanggungan yang besar. Alasannya kerana tidak mampu lagi menanggung kesusahan hidup di kota Madinah. Lantas Abu Said menasihatnya seraya berkata: “jangan, aku tidak menggalakkan kamu berpindah dari kota Madinah ini kerana aku mendengar sabda Rasulullah SAW seperti di atas.”
Melayu x cerdik sj dibodohkan isu babi.
ReplyDeleteSepatutnya tumpukan isu kenalkan Islam dan dakwah kafir. Bukan tumpu isu babi tapi Melayu Islam juara rempit dadah dan rasuah.
Eh.............
Zaman awal Islam dlu. X de babi ke kat Mekah/Madinah? X de ladang babi? Orng Islam zaman tu x lari punnnnnn dr Mekah.
Malah ramai kafir terpersona tauladan org Islam. Ladang babi pun mungkin hilang bersamanya kot.
Guna kepala otak. Jangan guna kepala lutut ditipu be nd, p end dan seangkatan dgnnya lbh 60 tahun.....
.................
Buka fikiran skt. Maksud ladang babi zaman tu tentulah x serupa ladang besar sekarang. Mungkin skala kecil utk bilangan penduduk zaman tu sj.
Beza zaman skrmg penduduk kafir berpuluh juta. Sudah2 le isu babi. Klau tak ikit undang2, ambillah tindakan. Apa susahnya.
Tumpu Islamkan kafir. Bukan cari salah kafir bila Melayu/Islam ditipu Melayu b end dan p end.