Friday, February 11, 2022

Mestica gerun, Hattan kali pertama nyanyi lagu nasyid

 

Mestica dan Hattan menyifatkan single Istikharah adalah karya yang menyuntik semangat dalam sesebuah perjuangan. - Foto Ihsan Mestica

HALAMAN HIBURAN

KUALA LUMPUR: Melihat kolaborasi penyanyi popular dan kumpulan nasyid berjaya memberikan nuansa baru dalam menyemarakkan irama nasyid mendorong kumpulan Mestica mencuba formula yang sama.

Agak lama menyepi, Mestica yang pernah popular pada 2003 membuat kemunculan semula dengan memilih berkolaborasi dengan penyanyi otai, Datuk Hattan menerusi single berjudul Istikharah.

Kali terakhir kumpulan yang dianggotai Muhamad Razin Che Mud (Razin), Mohd Khairulnizam Zainol (Khairul) dan Khalil Khusairi Tarmizi (Khalil) merakamkan album Projek Palestin - Satu Misi Kemenangan bersama beberapa penyanyi nasyid lain pada 2013.

Razin yang juga pencipta single Istikharah menyifatkan persetujuan Hattan bekerjasama sebagai satu penghormatan. 

"Sudah tentu ia satu penghormatan besar buat Mestica apabila Hattan sudi berkolaborasi. Kami meletakkan harapan tinggi terhadap single Istikharah, apatah lagi, dapat bekerjasama dengan penyanyi yang memiliki nama dan pengaruh besar dalam industri muzik.

"Difahamkan, Hattan tidak pernah terbabit dalam penghasilan single bergenre naysid dan ini juga adalah kerjasama pertamanya."

Jadi, kami berharap single Istikharah mendapat sambutan baik, seterusnya memberikan motivasi kepada Mestica untuk terus berkarya, selain kembali menempatkan diri dalam industri muzik," kata Razin kepada BH Online.

Mengulas single Istikharah, Razin berkata, lirik lagu itu ditulis oleh isterinya, Mass Mohamad dengan mengetengahkan subjek yang jarang diangkat dalam karya lain.

"Mungkin ramai tidak tahu apa itu Istikharah. Tetapi, apabila ia dijadikan inti ataupun isi kepada sesebuah karya, jadi lebih mudah untuk menterjemahkan maksud Istikharah.

"Ia merujuk kepada solat yang dilaksanakan oleh seorang Islam ketika berada dalam persimpangan dalam membuat keputusan. Ia juga sinonim dalam masyarakat untuk mencari atau mendapat petunjuk soal jodoh sama ada pilihan betul atau sebaliknya.

"Alhamdulillah, isi karya ini sangat dekat dengan hati semua orang, tidak kiralah dalam proses mencari jodoh, kerjaya atau apa juga situasi," katanya.

Kali terakhir, kumpulan Mestica merakamkan album Projek Palestin - Satu Misi Kemenangan bersama beberapa penyanyi nasyid lain pada 2013. - Foto Ihsan Mestica

Memandangkan sekian lama tidak merakamkan lagu, Razin berkata, ia memberikan cabaran buat Mestica untuk menyesuaikan diri, apatah lagi, berduet dengan penyanyi berstatus otai.

Razin berkata, sedikit sebanyak timbul perasaan segan dan gerun, apatah lagi anggota Mestica juga membesar dengan lagu-lagu Hattan.

Bagaimanapun, katanya, Mestica bersyukur proses rakaman berjalan dengan lancar dengan bantuan penerbit dan pasukan produksi.

Berkongsi proses video muzik Isthikarah, Razin menyifatkan ia satu proses agak mencabar, memandangkan Mestica sudah lama tidak beraksi di hadapan kamera.

Selain itu, katanya, faktor cuaca turut memberikan cabaran buat mereka.

"Proses rakaman video muzik agak mencabar. Kami melakukan buat penggambaran di lokasi luar, malangnya cuaca tidak mengizinkan apabila hujan.

"Namun, Alhamdulillah berkat kesabaran, video muzik dapat juga disiapkan dengan kerjasama Hattan sendiri.

"Sama juga cabaran ketika proses rakaman. Ini kerana Mestica sudah lama tidak beraksi di depan kamera untuk penghasilan video muzik.

"Mujurlah, sudah ada perbincangan awal, jalan cerita dan sebagainya. Akhirnya, video muzik berjaya disempurnakan dengan cetusan idea dan kerjasama baik daripada pasukan," katanya.

Sementara itu, Hattan menyifatkan single Istikharah adalah karya yang menyuntik semangat dalam sesebuah perjuangan.

"Saya tabik dengan usaha dilakukan Mestica. Saya menyokong sepenuhnya single terbaru ini.

"Harapan saya single Istikharah dapat diterima, popular dan menjadi karya yang boleh dikaji agar dapat dijadikan panduan serta beroleh kebaikan menerusi lirik," katanya.

Single Istikharah dilancarkan secara rasmi pada 28 Januari lalu serentak dengan pelancaran video muzik di semua platform digital.


1 comment:

Anonymous said...

September 26, 2019, saja jer letak tajuk tarikh itu.. saja flashback pasal ex-IGP Amit Bedul lantikan Tun Mahathir pasal Jho Low..!!

https://riziqin.blogspot.com/2019/09/lebih-baik-umumkan-saja-kerajaan-sukar.html?m=1

Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador meminta orang ramai yakin bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) memang sudah tahu lokasi sebenar Jho Low - atau nama sebenarnya Low Taek Jho - ketika ini.

“Macam mana kita bersabar menunggu waktu berbuka puasa, begitulah kita (perlu) sabar menunggunya.

Sebelum itu Abdul Hamid berkata polis mempunyai "petunjuk baru" berkenaan lokasi Jho Low - yang gagal dikesan sejak 2015 - dan akan membawanya pulang "tidak lama lagi".

"Satu hari lagi genap kita berpuasa, maka kita bersabar. Begitulah seterusnya dalam masa terdekat," katanya seperti dipetik Astro Awani pada tahun 2019..!!

Sekarang tahun 2022 hampir 4 tahun berlalu bau buah Jho Low bergoyang pun tak tak ada.. yang ada hanyalah telo labuh bergoyang yang..yang.. ke hulu kr hilior beri Pulau Batu Putih pada snak Cina Lee Kwan Yew Singapura.

Di mata bangsa Jho Low mereka menganggap Jho Low sebagai pejuang suci yang meruntuhkan kerajaan Melayu Islam.

Ada kah rakyat Malaysia kita ada kedengaran bangsa Jho Low di Malaysia dan Parti MCA, Parti DAP seperti Lim Kit Siang, Guan Eng, Tony Pua, Chin Tong, Teresa dll, mencemuh kerja kotor Jho Low.!?

Semasa PH berkuasa suara suara kaum Cina MCA ( yang semua kenali sebagai "sesumpah politik" sebenarnya ingin "menongkat langit" dan memperbodohkan majoriti Melayu dèngan "menengelamkan kuasa Melayu Islam". PRN Johor elok bsngsa Johor ajar sekali MCA.

Jho Low mungkin sedang ketawa geli hati sambil tepuk tangan melihat betapa bodoh nya bila 22 bulan berkuasa pemimpin Melayu ini berjaya di jinak dan dijadikan barua mereka oleh DAP@LeeKwanYew sambil orang Melayu berantakan sesama Melayu sedangkan Jho Low lesap menghilangkan diri.

Mana nak letak maruah Polis Diraja Malaysia bila tiada tindakan diambil pada Zety dan Jho Low yang lesap entah ke mana sampai sekarang..!?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails