Tanya aktif menjadi model di Kenya, sebelum melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di Malaysia.- Foto/Ihsan Tanya
KUALA LUMPUR: Melihat wajah wanita warga asing berkulit hitam ini fasih mengajuk dialog penyanyi dan pelakon terkenal negara, selain ekspresi muka persis mengikut dalam babak tertentu filem Melayu di TikTok membuatkan ramai ingin mengetahui siapa sebenar gerangannya.
Itulah kelebihan model berasal dari Sudan dan dibesarkan di Kenya, Tanya Mikes, 31, yang kini menetap di Malaysia sejak menyambung pelajarannya di universiti tempatan, pada 2010.
Beliau yang suka makan nasi lemak, kini semakin fasih berbahasa Melayu dan dikenali di negara ini, selepas aksinya yang gemar mengajuk babak drama Melayu yang tular di TikTok.
Tanya mula menetap di Malaysia pada 2010 untuk menyambung pengajian diploma dalam bidang Pengurusan Perniagaan di Universiti Binary, Puchong dan kemudian menyambung pengajian ijazah di Universiti SEGI, Kuala Lumpur.
Anak ketiga daripada empat beradik itu mula mempelajari dengan lebih mendalam bahasa Melayu secara serius ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketika itu pelbagai aktiviti harian tergendala dan banyak masa terluang di rumah, lantas mengambil inisiatif menonton video pendek dari TikTok serta drama Melayu di Youtube.
"Jika ada babak drama yang tular di media sosial saya akan cuba mengajuk pergerakan mulut pelakon berkenaan dengan mimik muka yang sengaja dibuat berlebihan," katanya.
Akuinya, pada peringkat awal agak sukar kerana beliau tidak memahami apa yang dipertuturkan oleh pelakon itu dan sukar mengajuk semula.
Beliau juga rajin bertanya rakan yang boleh berbahasa Melayu, selain merujuk menerusi kamus.
"Dengan memahami bahasa Melayu, ia sangat membantu saya menunjukkan ekspresi wajah dan gaya tubuh yang sebenarnya agak lucu hingga menjadi bahan jenaka pengikut saya," katanya.
Bagi memantapkan lagi bahasa Melayu, Tanya membeli buku Modul Komunikasi Bahasa Melayu Antarabangsa dan setiap hari akan membaca buku itu selain membuat pelbagai kuiz serta latihan.
Katanya, setiap hari dia akan cuba menulis 15 ayat dan cuba mengingatinya kemudian ketika membuat siaran langsung di TikTok, akan mempraktikkan ayat itu bersama pengikutnya.
"Ketika menonton filem dan drama yang mempunyai sari kata bahasa Melayu sebagai salah satu teknik untuk mempelajari sebutan bahasa dengan betul," katanya.
Tanya berkata, hikmah COVID-19 yang melanda seluruh dunia membuatkan beliau fasih berbahasa Melayu.
Sebelum ini, memang tidak berniat mempelajari bahasa itu kerana berasakan ia tidak penting untuk pergaulan hariannya.
"Namun, benar kata orang, di sebalik musibah pasti ada hikmah, begitu juga yang berlaku kepada saya apabila kerajaan Malaysia mengumumkan PKP, saya mula melihat perlunya menguasai bahasa Melayu dengan baik khususnya aspek sebutan, bacaan dan penulisan," katanya.
Sebelum ini, hanya memahami sebutan asas seperti jom makan, selamat pagi dan apa khabar, tetapi kini saya boleh berkomunikasi dengan lebih baik, memahami maksud dan cara sebutan.
Menceritakan bagaimana perkongsiannya tular di laman sosial sehingga membuatkannya mula dikenali, Tanya berkata, ia bermula dari drama arahan Allahyarham Mamat Khalid, iaitu 18 Puasa di Kampung Pisang.
Katanya, ajukan olehnya bagi petikan babak oleh wanita dikenali sebagai Yah Kuchai yang membuat pesanan makanan pada 3 Jun tahun lalu, mendapat hampir 30,000 tanda suka; 400,000 tontonan dan kira-kira 150,000 perkongsian menerusi TikTok.
"Selepas tular, saya tidak berpaling ke belakang lagi kerana melihat potensi perkongsian sedemikian mampu membuatkan saya menjana pendapatan dan menarik perhatian pelbagai syarikat, produk dan individu untuk bekerjasama bagi mempromosi produk dan perkhidmatan mereka," katanya.
Beliau yang fasih berbahasa Inggeris dan Swahili berkata, menguasai bahasa kedua dan ketiga banyak memberi manfaat kepada individu terbabit.
Selain mudah diterima masyarakat, ia turut memberi kelebihan individu menjiwai nilai lokaliti di mana mereka bermastautin.
"Bagi saya, menguasai bahasa Melayu sangat penting dan wajar dititik beratkan oleh warga asing yang menetap di negara ini.
"Ia proses pembelajaran yang menyeronokkan kerana dapat memahami bahasa rasmi di negara ini dan mengetahui budaya orang Melayu," katanya. (BH)
3 comments:
Cer tanya bangsa dap, fasih tak mereka berbahasa melayu. Lancar tak mereka menyanyi lagu nerakaku. Yang mereka perjuangkan uec. Ada tak anak anak mereka belajar di sekolah kebangsaan. Tidak ada intergrasi oleh bangsa dap dengan penduduk setempat. Mereka berqiblatkan majlis komunis di cina. Ini yang parti liberal sokong. Parti kuali sokong. Dapat nafkah dari parti legasi komunis, udah beri baiah. Buat tohmah terhadap pas.
Balik kampung naik keretapi,
Masuk hutan cari cacing,
Memancing sendirian ditepi perigi,
Puak Be End suka main api,
Puak Pee H suka tabur kencing,
Rakyat juga yang tanggung rugi.
Dah 60 tahun lebih parti kris memerintah. Gagal menyediakan sekolah yang berteraskan malaysia. Asyik asyik terpaksa tunduk kpd dong zong. Sembang berapi, tapi gagal laksana dasar. Sebuk isi gubuk beras untuk anak bini. Perut dulu, lepas tu perut, lepas tu perut. Kris keluar sarong acah jer. Yang penting perut dulu.
Pilih pas yang ternyata bebas rasuah. Bangsa terjaga. Pedulikan tohmahan parti liberal dan parti kuali. Mereka bekerja untuk parti legasi komunis.
Post a Comment