Tuesday, February 01, 2022

Penari singa ini, tetap utuh berjuang .. Tapi tidak DAP?

 

Penari singa Kemboja tetap utuh berjuang ketika pandemik COVID-19. - Foto REUTERS

Penari singa Kemboja tetap utuh berjuang ketika pandemik COVID-19

PHNOM PENH: Penari tarian naga dan singa Kemboja, Gnuon Virak mengumpulkan ahli kumpulannya dalam bulatan, sebelum mereka bersorak ketika mula berlatih untuk persembahan Tahun Baru Cina.

Gnuon, 28, gemar menari sejak kecil, dan dibesarkan berhampiran kuil Cina di ibu negara, Phnom Penh.

Tujuh tahun lalu, dia meminta seorang maha guru mengajarnya menari dan menyertai rombongan, yang dikenali sebagai Bodhi Tree Troupe.

Beliau kemudiannya menjadi ketua pasukan."Kita mesti berlatih tarian ini setiap hari," katanya semasa raptai. Ini memerlukan tumpuan dan motivasi yang lengkap.

"Melalui tarian naga dan singa, Gnuon yang juga pekerja syarikat pengangkutan pernah mendapat pendapatan tambahan kira-kira AS$300 (RM1,255) sebulan dan memperoleh kira-kira AS$83.71 (RM83.71) untuk membuat persembahan di acara tempatan.

Ketika wabak COVID-19 melanda kumpulan Gnuan hanya mendapat undangan satu persembahan sebulan berbanding lima persembahan sebulan sebelumnya.

Persatuan Cina Kemboja menganggarkan kira-kira lapan kumpulan tarian beroperasi di Phnom Penh, Gnuon bimbang jumlah itu semakin berkurangan.

"Saya mahu generasi muda berpegang kepada tradisi ini dan menjadikannya lebih dikenali pada masa hadapan," katanya.

Cina-Khmer telah sudah lama menjadi sebahagian daripada masyarakat Kemboja.

Rekod sejarah menganggarkan orang Cina pertama datang ke kawasan itu pada abad ke-13.

Semasa era Khmer Rouge pada tahun 1970-an, komuniti itu hancur, kerana rejim itu menyerang pedagang bandar yang berpendidikan tinggi.

Namun, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, hubungan kekeluargaan dengan China telah membawa kemakmuran kepada masyarakat Cina-Khmer apabila negara itu secara agresif meningkatkan pelaburan dalam ekonomi Kemboja.

Gnuon berkata, dia berharap dapat memperkenalkan beberapa gaya baharu dalam tarian singa dan naga, seperti menambah bilangan penari di tiang bertingkat, atau menggunakan tiang yang lebih besar.

"Kami akan mengekalkan semua teknik semasa kami dan juga mencipta beberapa gaya baharu untuk menjadikan tarian itu lebih dikenali, atau dapat bersaing dengan kumpulan lain," katanya. - REUTERS

Komen Weblog Ibnu HasyimPenari singa ini, tetap utuh berjuang ketika pandemik COVID-19. Tapi DAP parti ramai Cina di Malaysia mungkin tidak suruh ahlinya begitu pada masa ini..

Video

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails