Konsep pendidikan Islam yang sempurna
ISLAM yang berjenama al-din mempunyai kesempurnaan mengikut ketetapan Allah Pencipta alam (Rabb al-‘Alamin) yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, dan penuh melimpah rahmat-Nya buat seluruh alam. Sesungguhnya Islam itu diimani dan diucapkan oleh setiap Muslim dalam setiap rakaat solatnya.
Oleh itu, pendidikan Islam bagi membangunkan insan adalah mengikut hikmah mereka diciptakan oleh Allah SWT dengan peranan besar di alam dunia. Maka, manusia itu wajib dibentuk syakhsiahnya yang bersifat holistik merangkumi segala aspek kejadiannya dan menyempurnakan seluruh keperluannya.
Allah SWT menetapkannya dalam ayat pertama al-Quran yang telah diwahyukan sebagaimana firman-Nya:
﴿ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِي خَلَقَ١ خَلَقَ ٱلۡإِنسَٰنَ مِنۡ عَلَقٍ٢ ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ٣ ٱلَّذِي عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ٤ عَلَّمَ ٱلۡإِنسَٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ٥﴾
“Bacalah (wahai Muhammad)! Dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). (1); Dia menciptakan manusia daripada segumpal darah beku. (2); Bacalah! Dan Tuhanmu yang Maha Pemurah. (3); Tuhan yang mengajar manusia melalui perantaraan kalam (pena dan tulisan). (4); Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5)” (Surah al-‘Alaq: 1-5)
Makhluk manusia itu diciptakan mengikut fitrahnya tersendiri berperanan sebagaimana penciptaan mereka yang telah ditetapkan oleh Allah SWT sebagai hamba yang wajib beribadat kepada-Nya sahaja dengan mematuhi segala perintah-Nya yang menjadi panduan, serta memakmurkan bumi mengikut petunjuk-Nya yang dinamakan Islam.
Hal ini sekali gus, mewajibkan manusia itu berilmu kerana mereka mempunyai kelemahannya sebagai makhluk, sekalipun mereka berakal. Ilmu tersebut sama ada secara wahyu, ataupun berfikir dengan akal dan pengalaman. Tugas menuntut ilmu itu diwajibkan mengikut kemampuan masing-masing yang berperanan secara individu, kolektif, serta bermasyarakat madani.
Manusia itu diberikan kelebihan berada di alam dunia dengan sifat kejadiannya yang berbeza dengan makhluk yang lain. Hal ini dinyatakan oleh firman Allah SWT:
﴿۞وَلَقَدۡ كَرَّمۡنَا بَنِيٓ ءَادَمَ وَحَمَلۡنَٰهُمۡ فِي ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ وَرَزَقۡنَٰهُم مِّنَ ٱلطَّيِّبَٰتِ وَفَضَّلۡنَٰهُمۡ عَلَىٰ كَثِيرٖ مِّمَّنۡ خَلَقۡنَا تَفۡضِيلٗا٧٠﴾
“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah berikan kepada mereka menggunakan pelbagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka daripada benda-benda yang baik-baik serta Kami telah melebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.” (Surah al-Isra’: 70)
Allah SWT menetapkan ilmu yang menjadi acuan bagi membina insan (manusia) itu bagi memenuhi semua keperluan komponen dirinya yang merangkumi aspek jasad, roh dan akal, serta secara bersendiri, berkeluarga, berkolektif dan bermasyarakat.
Dalam perkara yang tidak mungkin dicapai oleh kemampuan diri manusia, maka Allah SWT memberikan petunjuk ilmu secara wahyu melalui para Rasul yang dilantik daripada kalangan manusia. Adapun, dalam perkara yang boleh dicapai oleh akal dan pengalaman manusia, maka Allah SWT menetapkan dasar dan sempadan.
Perkara ini sangat penting supaya mereka tidak terpesong dan tidak melampaui batas, sehinggakan keluar sempadan kemampuan dan peranan mereka. Lalu, merosakkan diri manusia dan makhluk sekelilingnya, khususnya dalam aspek yang berkaitan dengan peranan untuk memakmurkan bumi.
Setiap makhluk masing-masing mempunyai sempadannya yang tersendiri, apabila terkeluar daripada sempadan tersebut nescaya akan merosakkan perjalanan alam semesta dan segala sistemnya. Firman Allah SWT:
﴿إِنَّ فِي خَلۡقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَٰفِ ٱلَّيۡلِ وَٱلنَّهَارِ وَٱلۡفُلۡكِ ٱلَّتِي تَجۡرِي فِي ٱلۡبَحۡرِ بِمَا يَنفَعُ ٱلنَّاسَ وَمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مِن مَّآءٖ فَأَحۡيَا بِهِ ٱلۡأَرۡضَ بَعۡدَ مَوۡتِهَا وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَآبَّةٖ وَتَصۡرِيفِ ٱلرِّيَٰحِ وَٱلسَّحَابِ ٱلۡمُسَخَّرِ بَيۡنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ لَأٓيَٰتٖ لِّقَوۡمٖ يَعۡقِلُونَ١٦٤﴾
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa apa yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit, lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya (kekeringan), serta Dia membiakkan padanya daripada pelbagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaan-Nya, kebijaksanaan-Nya, dan keluasan rahmat-Nya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.” (Surah al-Baqarah: 164)
Firman Allah SWT:
﴿أَفَغَيۡرَ دِينِ ٱللَّهِ يَبۡغُونَ وَلَهُۥٓ أَسۡلَمَ مَن فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ طَوۡعٗا وَكَرۡهٗا وَإِلَيۡهِ يُرۡجَعُونَ٨٣﴾
“Patutkah mereka mencari agama selain daripada agama Allah? Padahal kepada-Nya jualah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada secara sukarela ataupun terpaksa, dan kepada-Nya jualah mereka dikembalikan.” (Surah Ali ‘Imran: 83)
Ayat di atas menunjukkan bahawa kepatuhan semua makhluk hanyalah kepada undang-undang Allah Pencipta alam sahaja.
Firman Allah SWT:
﴿وَٱلۡأَرۡضَ مَدَدۡنَٰهَا وَأَلۡقَيۡنَا فِيهَا رَوَٰسِيَ وَأَنۢبَتۡنَا فِيهَا مِن كُلِّ شَيۡءٖ مَّوۡزُونٖ١٩ وَجَعَلۡنَا لَكُمۡ فِيهَا مَعَٰيِشَ وَمَن لَّسۡتُمۡ لَهُۥ بِرَٰزِقِينَ٢٠ وَإِن مِّن شَيۡءٍ إِلَّا عِندَنَا خَزَآئِنُهُۥ وَمَا نُنَزِّلُهُۥٓ إِلَّا بِقَدَرٖ مَّعۡلُومٖ٢١ وَأَرۡسَلۡنَا ٱلرِّيَٰحَ لَوَٰقِحَ فَأَنزَلۡنَا مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءٗ فَأَسۡقَيۡنَٰكُمُوهُ وَمَآ أَنتُمۡ لَهُۥ بِخَٰزِنِينَ٢٢ وَإِنَّا لَنَحۡنُ نُحۡيِۦ وَنُمِيتُ وَنَحۡنُ ٱلۡوَٰرِثُونَ٢٣ وَلَقَدۡ عَلِمۡنَا ٱلۡمُسۡتَقۡدِمِينَ مِنكُمۡ وَلَقَدۡ عَلِمۡنَا ٱلۡمُسۡتَٔۡخِرِينَ٢٤﴾
“Dan Kami telah menghamparkan bumi dan menjadikan padanya gunung-ganang dan Kami tumbuhkan padanya segala sesuatu menurut ukuran. (19); Dan Kami telah menjadikan untuk kalian di bumi keperluan-keperluan hidup, dan (Kami menciptakan pula) makhluk-makhluk yang kalian sekali-kali bukan pemberi rezeki kepadanya. (20); Dan tiada sesuatu pun melainkan pada sisi Kami sahajalah khazanahnya; dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan kadar dan masa yang tertentu. (21); Dan Kami telah meniupkan angin untuk mengahwinkan (tumbuh-tumbuhan) dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami memberi minum kepada kalian dengan air itu, dan sekali-kali bukanlah kalian yang menyimpannya. (22); Dan sesungguhnya benar-benar Kamilah yang menghidupkan dan mematikan serta Kami (pulalah) yang mewarisi. (23); Dan sesungguhnya Kami telah mengetahui orang-orang yang terdahulu daripada kalian dan sesungguhnya Kami mengetahui pula orang-orang yang terkemudian (daripada kalian). (Surah al-Hijr: 19-24)
Firman Allah SWT:
﴿فَأَقِمۡ وَجۡهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفٗاۚ فِطۡرَتَ ٱللَّهِ ٱلَّتِي فَطَرَ ٱلنَّاسَ عَلَيۡهَاۚ لَا تَبۡدِيلَ لِخَلۡقِ ٱللَّهِۚ ذَٰلِكَ ٱلدِّينُ ٱلۡقَيِّمُ وَلَٰكِنَّ أَكۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعۡلَمُونَ٣٠﴾
“Maka, hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tiada peubahan pada fitrah penciptaan Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Surah al-Rum: 30)
Imam al-Ghazali RH menjelaskan dalam kitab Ihya’ Ulumuddin yang terkenal, apabila beliau membahagikan ilmu kepada dua bahagian.
Pertama, ilmu yang memberikan manfaat dunia dan akhirat atau hanya manfaat dunia sahaja yang menjadi jambatan menuju ke akhirat. Kedua, ilmu yang tidak memberikan manfaat atau mendatangkan mudarat yang diharamkan.
Semua ilmu yang memberikan manfaat, sama ada manfaat dunia atau akhirat diwajibkan manusia agar mempelajarinya, manakala ilmu yang mendatangkan mudarat pula diharamkan mempelajarinya.
Ilmu yang berkaitan dengan aspek keagamaan dibahagikan kepada aqidah, syariat dan akhlak. Selain itu, disebutkan juga dengan iman, Islam dan ihsan atau tasawuf. Setiap cabang ilmu tersebut mempunyai kaitan dengan diri manusia dari sudut jasad, roh dan akal.
Aspek keagamaan juga tidak boleh dipisahkan dengan kehidupan dunia dan keperluannya. Malah, urusan dunia juga menjadi keperluan agama, dan dunia ialah tempat untuk manusia beramal mengikut ketetapan Allah SWT itu.
Semua ilmu tersebut adalah memenuhi keperluan jasad, roh, akal, diri, keluarga dan masyarakat. Bahkan, saling berkait dalam semua hubungan manusia dengan Allah Pencipta alam, hubungan manusia dengan dirinya, keluarga dan masyarakat serta makhluk yang lain, khususnya yang berkaitan dengan kewajipan memakmurkan bumi Allah SWT.
Ilmu tersebut juga adalah bagi menyatakan prinsip kepercayaan hati yang benar dan salah, sehingga sifat terpuji bagi dirinya adalah wajib dan sifat yang keji baginya adalah diharamkan. Termasuklah juga diwajibkan memelihara akal yang mulia dan ia haram dirosakkan.
Sehinggakan, keperluan makanan, pakaian mempunyai kaitan dengan aspek halal dan haram, serta pergaulan yang baik dan jahat serta segala amalannya mempunyai perhitungan dosa dan pahala. Segalanya akan dibawa pada Hari Pembalasan, setelah dihisab dan dibicarakan dengan adil pada Hari Akhirat nanti. Hal ini dihuraikan oleh firman Allah SWT:
﴿قَٰلَ إِن لَّبِثۡتُمۡ إِلَّا قَلِيلٗاۖ لَّوۡ أَنَّكُمۡ كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ١١٤ أَفَحَسِبۡتُمۡ أَنَّمَا خَلَقۡنَٰكُمۡ عَبَثٗا وَأَنَّكُمۡ إِلَيۡنَا لَا تُرۡجَعُونَ١١٥﴾
“Allah berfirman: ‘Kalian tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar sahaja, kalau kalian sesungguhnya dahulu mengetahuinya.’ (114); Maka, adakah patut kalian menyangka bahawa sesungguhnya Kami hanya menciptakan kalian secara main-main (sahaja)? Dan kalian menyangka tidak akan dikembalikan kepada Kami? (115)” (Surah al-Mu’minun: 114-115)
Ilmu itu pula dibahagikan kepada dua pembahagian iaitu ilmu fardu ‘ain yang wajib ke atas tiap-tiap individu yang mukallaf (baligh, berakal dan mampu) iaitu dalam perkara asas bagi jasad, roh dan akal, yang berkait dengan iman, Islam dan ihsan. Selebihnya merupakan ilmu fardu kifayah, yang mewajibkan adanya dalam masyarakat, seperti memahami perkara agama secara mendalam dan terperinci huraiannya.
Termasuk sebahagian daripada ilmu fardu kifayah itu ialah ilmu keduniaan seperti ilmu sains, perubatan, pertanian, kejuruteraan dan semua teknologi dalam segala aspeknya. Begitu juga, ilmu alat seperti matematik dan lain-lain.
Hal ini bukanlah sepertimana kefahaman mereka yang jahil agama yang mengerti bahawa fardu kifayah hanyalah pelaksanaan sembahyang jenazah sahaja. Tidakkah ilmu falak itu diperlukan bagi menetapkan waktu solat, puasa dan haji. Malah, ilmu hisab juga wajib dipelajari bagi mengetahui ilmu faraid (pembahagian harta pusaka) dalam menentukan kadar zakat dan sebagainya.
Dalam pada itu, bagi menutup aurat dengan pakaian pula berkait dengan ilmu jahitan, penanaman kapas dan sebagainya. Begitulah seterusnya yang menunjukkan betapa ilmu dunia mempunyai kaitan dengan urusan agama dan akhirat.
Aspek fardu kifayah itu pula menjadi fardu ‘ain bagi setiap individu yang memiliki kemampuan untuk menunaikannya dalam sesebuah masyarakat dan negara.
Segala aspek itu adalah berkonsepkan agama secara sempurna yang dinamakan al-din, ia saling berkait antara satu sama lain laksana mata rantai yang tidak boleh dipisahkan.
Ilmu wahyu dan semua ilmu yang bermanfaat diambil daripada manusia seluruh pelosok dunia yang menerima kedatangan pengaruh Islam. Lalu, ia dibawa ke dalam dunia Islam sehingga berjaya mencipta Hadarah Islamiyyah (Tamadun Islam) yang berkonsepkan hidayah (petunjuk), apabila ia dibaca dan dipelajari dengan nama Allah SWT, Tuhan Pencipta alam.
Kita sedang menyaksikan bagaimana Tamadun Barat yang diambil daripada Tamadun Islam, lalu mencipta ketamadunannya sendiri yang berpisah daripada agama mengikut konsep sekularisme. Kini, mereka telah melampaui batas fitrah manusia dan makhluk yang lain, sehingga membawa kepada kehilangan integriti manusia, sekalipun mereka berakal dan berilmu.
Manusia bersikap melampaui batas dalam semua perkara, sehingga mereka terkeluar daripada sifat tabii manusia yang menjadikannya lebih sesat dan lebih jahat daripada binatang, sekalipun berakal. Hal ini dijelaskan oleh firman Allah SWT:
﴿وَلَقَدۡ ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِۖ لَهُمۡ قُلُوبٞ لَّا يَفۡقَهُونَ بِهَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٞ لَّا يُبۡصِرُونَ بِهَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٞ لَّا يَسۡمَعُونَ بِهَآۚ أُوْلَٰٓئِكَ كَٱلۡأَنۡعَٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّۚ أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡغَٰفِلُونَ١٧٩﴾
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahanam kebanyakan daripada kalangan jin dan manusia; mereka mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah al-A‘raf: 179)
Pada masa yang sama, kita juga menyaksikan bagaimana manusia bernafsu untuk berkuasa dan mengejar kepuasan jasadnya, sehingga bersikap melampau dalam semua perkara. Sehinggakan, mereka tidak bermoral lebih teruk daripada binatang, bahkan mencipta senjata pemusnah yang lebih ganas daripada binatang buas apabila berperang.
Selain itu, mereka juga menciptakan makanan dan perubatan yang merosakkan jasad sendiri dan akalnya. Malah, merosakkan institusi berkeluarga dan bermasyarakat, bahkan juga memusnahkan alam sekitar.
Hal ini adalah semata-mata untuk mengejar keuntungan harta tanpa mempedulikan sempadannya, sehingga tidak beristiqamah dengan agama, diri, akal, keluarga, keturunan, maruah dan harta. Segala perkara tersebut menjadi rukun hidup manusia dan menepati kerangka Maqasid al-Syari‘ah yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Benarlah firman Allah SWT:
﴿وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يُعۡجِبُكَ قَوۡلُهُۥ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَيُشۡهِدُ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا فِي قَلۡبِهِۦ وَهُوَ أَلَدُّ ٱلۡخِصَامِ٢٠٤ وَإِذَا تَوَلَّىٰ سَعَىٰ فِي ٱلۡأَرۡضِ لِيُفۡسِدَ فِيهَا وَيُهۡلِكَ ٱلۡحَرۡثَ وَٱلنَّسۡلَۚ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلۡفَسَادَ٢٠٥﴾
“Dan antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan kamu tertarik hati (mendengarnya), dan dipersaksikannya kepada Allah atas (kebenaran) isi hatinya, padahal dia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu). (204); Kemudian, apabila dia berpaling (daripadamu), dia berjalan di bumi untuk melakukan kerosakan padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia); sedang Allah tidak menyukai akan kerosakan. (205)” (Surah al-Baqarah: 204-205)
Dan juga firman Allah SWT:
﴿ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِي ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِي ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِي عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ٤١﴾
“Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Surah al-Rum: 41)
Kerosakan itu dilakukan oleh manusia sendiri, apabila pembentukan dirinya tidak berdasarkan acuan Allah Pencipta alam semesta, lalu menyebabkan mereka bertindak melampau dalam semua perkara.
Firman Allah SWT:
﴿لَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا رُسُلَنَا بِٱلۡبَيِّنَٰتِ وَأَنزَلۡنَا مَعَهُمُ ٱلۡكِتَٰبَ وَٱلۡمِيزَانَ لِيَقُومَ ٱلنَّاسُ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَأَنزَلۡنَا ٱلۡحَدِيدَ فِيهِ بَأۡسٞ شَدِيدٞ وَمَنَٰفِعُ لِلنَّاسِ وَلِيَعۡلَمَ ٱللَّهُ مَن يَنصُرُهُۥ وَرُسُلَهُۥ بِٱلۡغَيۡبِۚ إِنَّ ٱللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٞ٢٥﴾
“Demi sesungguhnya! Kami telah mengutuskan Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti (mukjizat) yang jelas lagi nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka kitab suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta pelbagai faedah lagi bagi manusia. (Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya mereka menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegakkan dan mempertahankan agama Allah serta menolong para Rasul-Nya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Perkasa.” (Surah al-Hadid: 25)
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 6 Rajab 1443 / 7 Februari 2022 – HARAKAHDAILY 7/2/2022
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini, 'Konsep pendidikan Islam yang sempurna', bila kita akan mampu laksanakan sepenuhnya di Malaysia. Kerana itu, undilah Parti Islam.. temasuk di PRN Johor.
Apa yg parti kris buat terhadap negara selama 60 tahun jadi kerajaan. Memahami perlembagaan pun payah. Disebut Islam sebagai agama persekutuan tapi casino genting wujud hasil kerajaan parti kris. Disebut dalam perlembagaan,orang melayu tidak boleh didakwah dengan agama lain kecuali Islam, tapi nurtad berlaku zaman parti kris memerintah. Muka presiden parti sentiasa senyum, tapi senyum ada makna.
ReplyDeletePRN Johor: Pejuang Enggan Bersama PH..AMIN
ReplyDeletePersoalan nya Boboi@Mukhriz ialah Ada orang PKR/PH ajak dia juin ka.!? AMIN
Nampak gaya lambat laun join umno balik ni... AMIN
Mudah je nak join UMNO kite on jer... AMIN
Nak bubar PejWang lepas betsatu dengan UMNO pun bole jer..AMIN
Sejarah boboi melingkup bertanding jawaran dalam UMNO ahli UMNO bole buat kali 3 pun boleh..AMIN
Sebab sejarah Boboi 2 kali mrlingkup kerusi MB Kedah boleh diulang lagi.. AMIN
Mudah nak baca otak penipu pembelit keturunan Kerala Penipu ni..AMIN
Dengan Lingkupkan Boboi dalam UMNO ahli UMNO di akar umbi maka melingkup kan Tun dan PejWang itu balasan pemimpin acah acah power Melayu Islamik.. puiii..!!
KHALAS
kah kah kah...