Tuesday, February 01, 2022

Pengajaran kepada yang terlalu ingin cantik.

 


Raja Ilya pernah dimasukkan ke ICU sebuah hospital kerajaan disebabkan kesan suntikan ‘filler’ pada punggungnya. - Foto IG Raja Ilya

Kerana hendak cantik nyawa hampir melayang

KUALA LUMPUR: Nyawa pelakon, Raja Ilya, 36, hampir melayang selepas menjadi mangsa doktor estetik palsu.

Dedahnya, dia menerima suntikan berbahaya sekitar 2008 hingga 2009 ketika masih naif dan kurang ilmu. Raja Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad berkata, dia kini terpaksa hidup dengan kesan sampingan terhadap rawatan dilakukan.

"Masa muda, saya tidak berfikir panjang. Ia berlaku apabila saya menghadiri uji bakat filem Tamil di India. Ketika bersembang, penerbit filem mengatakan saya perlu ada beberapa kriteria, terutama bentuk badan.

"Penerbit menyatakan saya tiada aset seperti punggung besar. Saya menangis kerana merasakan ia adalah diskriminasi.

"Saya berputus asa dan kemudian menyambung kerja sepenuh masa di Malaysia Airlines (MAS).

"Apabila saya berkongsi cerita ini dengan rakan jurusolek, dia menyarankan membuat punggung dan memperkenalkan kepada seorang doktor," katanya kepada BH Online.

Daripada situ, Raja Ilya berkata, mula mengumpul duit sehingga RM8,000 untuk membuat suntikan 'filler' pada punggung.

"Doktor palsu itu menyatakan suntikan 'filler' selamat dan tunjuk gambar artis yang pernah melakukan perkara sama. Selepas membayar pendahuluan, doktor palsu berkenaan minta saya ke rumahnya di Flat Seri Merdeka.

"Apabila diberikan suntikan 'filler', saya mula pening, kemudian dicucuk dengan beratus suntikan.

"Disebabkan terlalu pening, saya tak ingat apa-apa. Saya disuruh balik, kemudian datang beberapa hari untuk menyempurnakan proses rawatan.

"Saya pergi semula beberapa minggu kemudian dan baru sedar melakukan kesilapan besar. Saya kelihatan sangat buruk, macam tempayan," katanya.

Raja Ilya berkata, dia lebih terkejut apabila menerima khabar ada seorang wanita VIP meninggal dunia selepas membuat suntikan dengan doktor palsu berkenaan.

"Ketika itu, baru saya tahu dia bukan doktor, hanya menggunakan sijil palsu untuk menipu orang," katanya.

Ekoran suntikan itu, Raja Ilya berkata, dia menerima kesan sehingga sekarang. Pelakon yang kini menetap di Australia itu berkata, dia mengalami kesan sampingan pada 2015 selepas dimasukkan ke hospital.

"Ketika itu, saya digigit kucing dan memutuskan ke klinik untuk mengambil vaksin. Ketika itulah, segalanya terbongkar dan saya hampir mati.

"Selepas tiga hari mengambil vaksin, saya sakit dan timbul ketulan seluruh badan. Saya tidak boleh berjalan dan bernafas.

"Saya dimasukkan ke hospital swasta dan tahap kesihatan merudum apabila tekanan darah menurun. Saya dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital kerajaan.

"Saya sedih doktor tidak tahu nak buat apa kerana ingatkan saya mempunyai penyakit pelik. Saya akhirnya dimasukkan ke wad pengasingan bakteria berbahaya selama berminggu-minggu," katanya.

Raja Ilya sedih terpaksa hidup dengan ketulan seluruh badan akibat kesan suntikan ‘filler’ pada punggung sejak 14 tahun lalu. - Foto IG Raja Ilya

Beliau berkata, doktor memberikannya dos 'morphine' yang tinggi siang dan malam sehingga membuatkannya tidur sepanjang masa.

"Selepas ujian ke atas ketulan itu dibuat, baru tahu ia adalah minyak silikon yang juga bahan terlarang," katanya.

Selepas dua tahun menyimpan rahsia, Raja Ilya diperkenalkan dengan seorang doktor pembedahan plastik. Doktor itulah yang membantunya membuang minyak silikon sebanyak mungkin.

"Sebab kebanyakan minyak silikon sudah melekat dengan otot, organ dan tulang belakang.

"Jika mahu membuangnya saya berdepan risiko lumpuh sebab ia berada sekeliling saraf tunjang.

"Jadi, doktor melakukan prosedur yang mana tidak semuanya boleh dikeluarkan. Semua ketulan kelihatan sama dapat dikeluarkan, manakala, ketulan dekat organ, tidak boleh.

"Memang sedih saya kena hidup dengan ketulan sana sini sehingga sekarang," katanya.

Ekoran itu, Raja Ilya berharap, sistem keadilan di Malaysia mengambil langkah serius menangani perkara ini.

"Banyak negara ada undang-undang khas untuk kes ini. Boleh dipenjarakan, jadi, ia bukan perkara main-main.

"Saya berkongsi ini bukan untuk dapat nama. Saya mahu kerajaan, Kementerian Kesihatan dan Jawatankuasa Amalan Perubatan Estetik Kebangsaan buka mata," katanya.

Terdahulu, Raja Ilya berang kes kematian seorang lelaki susulan terima suntikan membesarkan otot punggung daripada pakar kecantikan tidak bertauliah ditutup dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut tanpa membabitkan unsur jenayah, baru-baru ini.

Menerusi laporan, mangsa berusia 31 tahun ditemui meninggal dunia dalam sebuah bilik hotel di Perak.

Susulan itu, Raja Ilya memohon keluarga mangsa menghubunginya menerusi Instagram (IG) bagi memperjuangkan dan menuntut keadilan terhadap mangsa.

"Saya minta keluarga mangsa hubungi saya. Saya tidak akan biarkan perkara ini terjadi pada orang lain, ini sangat teruk.

"Saya akan lawan bagi menuntut keadilan buat mangsa walaupun saya tidak mengenalinya. Malaysia bukan negara tidak bertamadun," katanya. (BH)

Komen Weblog Ibnu HasyimKonsep penampilan berasaskan takwa..

Islam menuntut diri dan pemakaian yang cantik

Banyak nas dalam al-Quran dan al-hadis yang menjelaskan bahawa Islam meraikan kecantikan bahkan menuntut manusia untuk memperlihatkan diri mereka dalam keadaan yang cantik dalam masa yang sama sunyi daripada sifat riak dan takabbur. Ia dianggap sebagai memperlihatkan nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T ke atas dirinya.

Justeru, apa yang ingin diperlihatkan adalah nikmat Allah S.W.T bukan untuk kebanggaan diri mereka. Apa yang diperlihatkan tersebut merupakan sebagai salah satu tindakan mensyukuri nikmat Allah S.W.T dengan menggunakannya pada landasan yang betul.

Daripada Ibnu Umar R.A berkata, sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda;

إن الله يحب أن يُرَى أثرُ نعمته على عبده

“Sesungguhnya Allah menyukai untuk melihat kesan nikmat-Nya ada pada hamba-Nya.”

(Riwayat al-Hakim dan al-Tirmizi)

Rasulullah S.A.W menggalakkan umatnya untuk memakai pakaian yang baru dan terbaik terutama pada hari-hari kebesaran Islam yang menjadi kegembiraan bagi umat Islam sendiri. Justeru penampilan yang cantik dan terbaik menjadi salah satu tanda kegembiraan yang dizahirkan dalam menyambut hari-hari tersebut.

Para lelaki yang keluar menunaikan solat Jumaat digalakkan memakai pakaian yang berwarna putih kerana ia melambangkan kesucian dan mengingatkan manusia kepada kain kafan yang menjadi simbolik mengingati kematian.

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahawa Rasulullah S.A.W bersabda;

البسوا من ثيابكم البياض فإنها من خير ثيابكم وكفنوا فيها موتاك

“Pakailah pakaian yang berwarna putih, sesungguhnya pakaian yang berwarna putih adalah sebaik-baik pakaian dan gunakanlah pakaian yang berwarna putih apabila mengkafankan jenazah kamu (orang Islam).”

(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Pada kedua Hari Raya iaitu Eid Fitri dan Eid Adha, umat Islam sama ada lelaki dan wanita digalakkan untuk memakai pakaian yang baru dan cantik. Jika tiada pakaian yang baru, maka digalakkan memakai pakaian yang terlebih baik ada yang dimiliki bagi membezakan hari perayaan dengan hari-hari yang biasa.

Sayiduna Hasan R.A berkata:

أَمَرَنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نَلْبَسَ أَجْوَدَ مَا نَجِدُ، وَأَنْ نَتَطَيَّبَ بِأَجْوَدَ مَا نَجِدُ

“Rasulullah S.A.W menyuruh (hukum sunat) kami pada kedua Hari Raya (Eid Fitri dan Eid Adha) untuk memakai pakaian yang terlebih baik apa yang kami ada dan berwangi-wangian dengan sebaik-baik wangian apa yang kami ada.”


(Riwayat al-Hakim)

Berdasarkan kepada hadis-hadis di atas, maka jelas bahawa Islam meraikan kecantikan dalam penampilan dan pemakaian bahkan Islam menggalakkan umatnya untuk memastikan pakaian yang mereka kenakan pada hari-hari kebesaran dalam Islam dengan pakaian yang bersesuaian bagi menzahirkan kegembiraan dan kesyukuran kepada Allah S.W.T atas nikmat yang diberikan. Bahkan Islam mencela ke atas sesiapa yang mengharamkan sesuatu perhiasan yang diharuskan oleh syarak.

Firman Allah S.W.T:

قُلۡ مَنۡ حَرَّمَ زِینَةَ ٱللَّهِ ٱلَّتِیۤ أَخۡرَجَ لِعِبَادِهِۦ وَٱلطَّیِّبَـٰتِ مِنَ ٱلرِّزۡقِۚ قُلۡ هِیَ لِلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ فِی ٱلۡحَیَوٰةِ ٱلدُّنۡیَا خَالِصَةࣰ یَوۡمَ ٱلۡقِیَـٰمَةِۗ كَذَ ٰ⁠لِكَ نُفَصِّلُ ٱلۡـَٔایَـٰتِ لِقَوۡمࣲ یَعۡلَمُونَ

“Katakanlah (wahai Muhammad): siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah disediakan untuk hamba-hamba-Nya, dan rezeki yang baik-baik? Katakanlah: semua itu untuk orang yang beriman dalam kehidupan dunia dan khusus (untuk mereka sahaja) pada hari kiamat. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat itu untuk orang yang mengetahui.”

(al-A’raf: 32)

Secara asasnya, Islam tidak menolak sebarang bentuk urusan atau sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kecantikan. Bahkan Islam sendiri menitik beratkan setiap perkara agar dilakukan dengan cantik, dalam keadaan yang baik dan elok, serta menjaga kebersihan. Kesemua ini dijelaskan oleh Rasulullah dalam hadis Baginda S.A.W.

Islam tidak ada menetapkan secara khusus bagaimana bentuk pemakaian bagi seseorang Muslim atau Muslimah seperti perlu memakai kain buatan apa, jenis apa, berapa helai, warna apa dan sebagainya. Kreativiti dalam pemakaian adalah terserah kepada individu tersebut mengikut kesesuaian tempat dan masanya selagi mana ia tidak melanggar batasan syarak. Perkara tersebut termasuk dalam urusan keduniaan yang Rasulullah S.A.W menyerahkan kreativitinya kepada manusia itu sendiri untuk berfikir.

Apa yang Islam tekankan ialah konsep takwa dalam pemakaiannya. Justeru, ia merujuk pemakaian seseorang itu boleh menggambarkan ketakwaan bagi pemakainya. Maka sudah tentu pemakaian yang menggambarkan ketakwaan ialah pemakaian yang mengikut cara Islam yang menutupi aurat, tidak mengundang fitnah dan mampu menjaga tubuh badan daripada sebarang kebinasaan.

Pemakaian takwa inilah yang disebutkan oleh Allah S.W.T dalam firman-Nya;

یَـٰبَنِیۤ ءَادَمَ قَدۡ أَنزَلۡنَا عَلَیۡكُمۡ لِبَاسࣰا یُوَ ٰ⁠رِی سَوۡءَ ٰ⁠ تِكُمشࣰاۖ وَلِبَاسُ ٱلتَّقۡوَىٰ ذَ ٰ⁠لِكَ خَیۡرࣱۚ ذَ ٰ⁠لِكَ مِنۡ ءَایَـٰتِ ٱللَّهِ لَعَلَّهُمۡ یَذَّكَّرُون

“Wahai anak cucu Adam, sesungguhnya Kami telah menyediakan pakaian untuk menutup auratmu dan perhiasan bagi kamu tetapi pakaian takwa itulah yang terbaik. Demikianlah sebahagian tanda-tanda kekuasaan Allah semoga mereka beringat.”

(al-A’raf: 26)

8 comments:

Anonymous said...

Jika manusia menjadi hamba kepada kehendak hawa nafsu serakah sendiri, maka mereka akan sibuk mengejar kehidupan dunia seperti bergelumang dengan rasuah , menyokong kluster mahkamah dll dan menikam parti Islam dari belakang dan memecah-belahkan ummah kerana mereka terlupa kehidupan akhirat.

Anonymous said...

Manusia yang tidak bersyukur pada Allah sanggup mengubah bentuk badan dan muka mereka melalui pembedahan plastik. Akhirnya ramai yang kecewa, cacat atau mati kerana gagal dalam pembedahan plastik.

Anonymous said...

Kong Ci Faa Chai.... AMIM

Barua Melayu DAP@LeeKwanYew dah main Wall Street Journal balik semola.AMIN

WSJ kata Mesia ni korup..AMIN

Nanti Street Times Singapork kutip citer..AMIN

Barua Melayu DAP@LeeKwanYew terkinja kinja balik sahut menyahut..AMIN

Macam citer Jho Low dolu dolu fitnah jijik Bossku di WSJ, Street Times, CNBC, CNN Leshoto News Panama News Justo News memacam lagi..AMIN

Sampai skg Jho Low Justo lesap jad beruang ada lesap depan iidung barua barua DAP@LeeKwanYew..AMIN

PRN Johor dah Onn..AMIN

Bangsa Johor meluat sangat dng Singapore nih...AMIN

Sebut Lee Kwan Yew bangsa Johor paling menyampah meluat .. AMIN

Yes Bangsa Johor tak suka Singapura..AMIN

Bangsa Johor paling benci Singapura..AMIN

Kalau bangsa Johor benci Singapura makna kata bangsa Johor benci barua barua Singapura disini..AMIN

Lee Kwan Yew pernah kata Johor banyak penjahat..AMIN

Jom ke PRN Johor kempen lupakan Singapura.. AMIN

Pedulikan Singapura dan tinggalkan Singapura bergema kembali..AMIN

Pukimak kan Singapura..AMIN

Rapat eratkan hubungan Malaysia - Indonesia lupakan Singapura. AMIN

Hapuskan barua barua Melayu DAP@ LeeKwanYew.. AMIN

Sanggup serah Pulau Batu Putih milik Johor pada Singapura..AMIN..puuiii..!!

Parti Barua yg serah Pulau Batu Putih yg baru daftar itu perlu dilingkupkan di Johor.. AMIN

Pengundi Johor tidak suka Singapura makna kata benci parti barua DAP@LeeKwanYew ini.. AMIN

Tiba tiba jer masuk IJN semola.. AMIN

Wayang Kerala tagih sempati dah onn..AMIN

Tumpu di Johor dolu..AMIN

Dah pindah ward biasa di IJN.. AMIN

Lupakan dulu PRK Langkawi..

KHALAS

Kong Ci Faa Chai maaa..!!

kah kah kah

Anonymous said...

Cina raya....AMIN
Melayu yg mabuk....AMIN
Tulis mcm pakar politik....AMIN
Bahasa mcm bangla...AMIN
Otak hanya suka mengata dan mengeji..AMIN
Macam diri ahli sorga...AMIN

KHALAS

Kah kah kah

Anonymous said...

Cina raya maa....AMIN

Barua Melayu DAP@LeeKwanYew yg mabuk....AMIN

Tulis mcm pakar politik tulis ayat sentap baru terasa maa....AMIN

Bahasa mcm bangla bahasa bermutu barua tak rasa sentap woo...AMIN

Otak hanya suka mengata dan mengeji itu benda fakta maaa..AMIN

Macam diri ahli sorga alhamdulillah maa...AMIN

KHALAS

Kah kah kah

Anonymous said...

Presiden parti kris kata dia berguru politik dgn presiden parti liberal. Entah apa ilmu yg diperturunkan oleh presiden parti liberal sampai anak murid pun bijak mengencing gurunya. Sekarang anak muridnya ada 47 kes mahkamah. Nampaknya guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Dua dua tiada adab. Yg lebih tiada adab ialah murid tadi. Merata air kencingnya ke luas tempat.

Kesimpulannya eloklah jauhkan diri dari orang yang tidak beradab.

Anonymous said...

Ketua geng kluster mahkamah yang memimpin puak kris telah belajar ilmu sesat ajaran tok guru liberal mata satu yang pernah bertapa di bamboo river selama beberapa tahun. Untuk peringkat PHD boleh belajar di bamboo river.

Akibatnya geng kluster mahkamah sudah pandai sembang lebat lembu pun boleh terbang tetapi habuk pun tarak ! Semua ahli kluster mahkamah mempunyai pelbagai kes rasuah, pecah amanah dll kerana berani membaham wang rakyat tanpa merasa malu atau segan. Sudah jadi penyamun pun masih ada hati mahu sembang lebat.

Di waktu itik patah kaki kerana tersepit, parti Islam sudi menyelamat itik patah kaki kerana itik tempang itu menjerit perpaduan umnah dan perpaduan Melayu.

Sebagai membalas kebaikan parti Islam yang telah berjaya mengajar itik berjalan,itik telah menikam itik dari belakang dan memecah-belahkan ummah dan kaum Melayu kerana itik suka main api dengan sekutu kafirnya.

Kas8han itik bodoh sedang membakar dirinya sendiri menjadi itik panggang yang tergantung di gerai nasi ayam petaling street.

Anonymous said...

Manusia paling korup dalam parti kris ialah atok. Habis dipulunnya khazanah negara. Atok berkecil hati dengan parti kris lalu bawa diri. Tapi atok wariskan tabiat atok pulun khazanah negara kepada apak apak yang ada dalam parti kris. Apak apak saling bantu membantu untuk berpulun. Apak mantan presiden dengan kes 1mdb. Apak presiden sekarang ada47 kes.

Jangan benarkan parti kris apak apak berkuasa. Nanti kes rasuah jadi normal. Kes pulun khazanah jadi normal. Habis rakyat dapat apa?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails