Soalan tersebut ternyata mendapat perhatian ramai netizen. Rata-ratanya tak faham kenapa soalan seperti ini perlu ditanya kerana banyak lagi benda lain boleh dimakan. Sebab harga ayam naik ke ni?
Comel dan halal
Menjawab persoalan individu tersebut, bekas Menteri Agama Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan daging penguin ini halal dimakan. TAPI, ada sebahagian spesis seperti emperor penguin kini sedang terancam, jadi kenalah lindungkan?
Jawapan dari Dr Zul ini nampaknya telah membuatkan ramai netizen terkejut dan ada juga meluahkan yang dorang tak sampai hati nak makan daging penguin ni. Yelah bak kata Dr Zul sendiri, haiwannya comel sangat!
Untuk pengetahuan korang, walaupun daging penguin ini halal dimakan, kesemua 18 spesis penguin ini sangat dilindungi tau! Ini kerana, pada tahun 1959 sebanyak 12 negara telah menandatangani Penjanjian Antartika bagi melindungi kehidupan di sana.
Oleh itu, mencederakan, mengganggu atau memburu penguin atau telur-telurnya adalah salah di sisi undang-undang. Haa jangan macam-macam eh.
Apa-apa pun, min rasa memang bagus soalan yang diberikan ni. At least kita tahulah yang penguin ni halal dimakan. Bukan kita nak makan sangat pun kan, sekadar tambah pengetahuan je.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dr Zulkifli tangani masalah pemikiran remaja umah dan rakyat. Al-hamdulillah.
No comments:
Post a Comment