Tuesday, February 08, 2022

Persediaan jadi isteri kedua. -B/artis Datuk Ziela Jalil

 

Ziela tidak sangka ditawarkan menjadi duta jenama tudung Fa Collection pada usia separuh abad. Foto IG Ziela Jalil

HALAMAN HIBURAN

Artis minta nasihat hidup bermadu daripada Ziela

KUALA LUMPUR: Hanya disebabkan pengalaman dua kali hidup bermadu, penerbit terkenal, Datuk Ziela Jalil mengaku pernah dihubungi rakan artis untuk mendapatkan nasihat mengenai persediaan menjadi isteri kedua. 

Ziela yang juga pelakon terkenal era 1980-an mendedahkan antara soalan yang diajukan apakah perlu berterus terang atau merahsiakan status diri kepada umum, jika ditakdirkan hidup bermadu.

"Ada seorang artis ini hubungi saya melalui mesej peribadi dan bertanya secara umum bagaimana dengan kehidupan bermadu.

"Ketika itu, saya tidak pasti status diri artis terbabit apabila pertanyaan diajukan.

"Nasihat saya, jika benar dia hidup bermadu, dia ada pilihan. Pertama, jika memilih untuk berterus terang, dipersilakan.

"Tetapi jika dia mahu berahsia, terpulang. Berilah alasan apa sahaja tetapi jangan sesekali menafikan perkara itu," katanya kepada BH Online.

Ziela berkongsi pernah disoal media mengenai perkahwinannya.

"Saya cuba mengelak daripada menjawab pertanyaan itu, tetapi, dengan cara berdiplomasi dan mereka faham.

"Kita tidak mahulah dituduh menipu jika suatu hari nanti, rahsia kita diketahui ramai," katanya.

Pesan pelakon drama sitkom 2+1 ini, mana-mana individu tidak perlu takut dengan kata-kata negatif hanya kerana memilih berkongsi suami dengan wanita lain.

"Artis terbabit menyatakan perkara yang paling dirisaukan adalah kecaman netizen.

"Saya katakan kepadanya, kalau ada komen negatif yang ditinggalkan dalam media sosial, padam sahaja dan sekat mereka.

"Ini media sosial kita dan kita berhak untuk buat apa sahaja," katanya yang pernah membintangi filem Mr OS dan Driving School ini.

Kali pertama Ziela atau nama sebenar, Norzilah Abdul Jalil bermadu adalah menerusi perkahwinan dengan bekas menteri Kabinet dan tokoh politik ternama, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub pada 1991.

Pada 2019, dia sekali lagi bertemu jodoh dengan suami orang apabila menikahi Pengerusi Masjid Ibnu Mas'ud, Datuk Syed Osman Al Habshee Syed Omar.

Ziela ditemui pada majlis pelantikan sebagai duta jenama tudung Fa Collection di Sungai Penchala, Sabtu lalu.

Yang turut hadir pada majlis menandatangani perjanjian pelantikan itu adalah Pengasas Fa Collection, Fadylah Aldin.

Mengulas pelantikan sebagai duta koleksi tudung bawal itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini terharu masih diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai duta produk pada usia separuh abad.

"Alhamdulillah, ketika mula ditawarkan menjadi duta mereka, saya seakan-akan tidak percaya. Tapi inilah yang dinamakan rezeki.

"Sebagai penggemar tudung jenis bawal, koleksi yang disediakan sangat cantik. Tampak premium tetapi harga yang ditawarkan mampu milik," katanya. (BH)

1 comment:

Anonymous said...

Masih Kuat lagi fitnah dari ph. Politik jahiliah dari liberal.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails