Wednesday, February 23, 2022

Pertahan akidah tiga beradik tanggungjawab umat Islam

 

GUA MUSANG: Pemimpin politik dinasihat tidak perlu mengambil kesempatan terhadap isu tiga beradik yang berusia 10 hingga 14 tahun yang memeluk Islam pada Julai 2020 bersama bapanya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, campur tangan tersebut kemungkinan boleh mencetuskan perbalahan dari sudut agama dan perkauman.

Katanya, kerajaan melalui pihak berkuasa agama di negeri-negeri mempunyai prosedur bagi menjaga kanak-kanak tersebut bagi memastikan kebajikan serta akidah mereka terjamin.

“Jadi dia (ibu kanak-kanak) perlu ikut peraturan, boleh jumpa, kita tidak halang. Yang penting apa yang dilakukan semua pihak mengikut lunas undang-undang yang ada.

“Yang penting apa yang dilakukan pihak berkuasa agama di Perlis menjaga kebajikan dan mempertahankan akidah. Ini merupakan tanggungjawab kita sebagai orang Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan majlis penyampaian sumbangan pada Program Jom ke Sekolah 2022 di Dewan Felda Chiku Tiga, Chiku di sini semalam.

Turut hadir Yang Dipertua PAS Gua Musang Azman Ahmad; Pegawai Serantau Dun Nenggiri Mohd Saufi Abdul Razak dan Pegawai Serantau Dun Galas Suhaimi Mat Deris.

Pada majlis itu seramai 300 pelajar dari keluarga miskin dan asnaf menerima bantuan persekolahan yang melibatkan Dun Paloh, Nengiri dan Galas. – HARAKAHDAILY 21/2/2022

2 comments:

Anonymous said...

Dah teruk sangat Tun Mahathir belasah bossku.. sampai rakyat meluat dengan futnah jijik Tun. Nak recycle isu 1 MDB pun dah ke laut dalam kikiki..!!

Mahathir Mohamad berkata Najib Razak telah membawa “budaya tidak malu” melalui slogannya Malu Apa Bosku.

Menyindir musuh politiknya itu, Mahathir memberikan contoh ekstrim pemimpin negara berbogel dan kencing di khalayak awam ketika kawat hormat ketika sambutan rasmi pemimpin asing.

Sekarang dah terbongkar lagi satu yang memalukan negara dan ini 'national emberrasment' bila Tin buat bodoh bangang.
Patut lah Tun Mahathir gelabah tetek semacam. Gelabah tetek sampai 2 pucuk surat dikeluarkan dalam PRN Bangsa Johor.

Rupa rupamya Hanya tempoh satu malam wang 1 billion dollar dipindah dengan kebenaran Ex Gabenor Bank Negara dari 1MDB dengan syarat suami Zety dapat wang sogokan rasuah 1 MDB... Tun lansung tak bunyi bila Zety buat kerja AMLA dalam tempoh semalaman..!!

“Sambil orang asing ini hormat bendera kita, pemimpin kita kencing. Kah kah dah ke laut dalam analogi Tun ni...

Nak jaja 1 MDB dah kantoi.. kantoi sampai sekarang Jho Low lesap tak jumpa, kantoi saksi utama 1MDB Justo yg lengkap bergambar dengan Tun pun boleh lesap depan hidung Tun Mahathir Zety kantoi kes AMLA jadinya tidak ada apa isu yang nak dibangkitkan... hanya lah ratib bossku bossku yang dah tak laku rakyat naik meluat bila Tun mengaku meratib nama bossku.

“Sampai bogel, kencing. Nak malu apa, inilah budaya yang dibawa Najib,” katanya. Apa yang bogel ni Tun...!? Siapa yang bogel sekarang ini.. pasal 1 MDB semua fitnah jijik dan acah acah power Melayu Islamik Tun terlondeh bogel akibat perbuatan dan perkataan hipokrit Tun sendiri...!!

Paku dulang paju serpih ngata orang Kau yang lebih...!!

Anonymous said...

DULU ATOK TONY PUA TOKONG KATA NEGARA NAK BENGKRAP! KINI MAHIADDIN KATA KEWANGAN NEGARA BERMASAALAH.

Nak goreng pun agak agak lah broo..AMIN

Dulu sewaktu PRU 14 Mahathir atau Bersatu serta semua hulubalang Pakatan Harapan termasuk lah Mahiaddin mengaku bahawa negara dah nak bengkrap kerana hutang negara telah melebihi RM1 Trillion yang dibuat dizaman Barisan Nasional yang diterajui olih Najib sebagai PM ketika itu

Kini, irama yang serupa tetap dimainkan olih Mahiaddin.

Dalam kempen PRN di Johor, Mahiaddin tetap melagukan perkara yang sama dan dia mengatakan bahawa KEWANGAN NEGARA berada pada keadaan tidak molek atau bahasa kasarnya bermaksud " kewangan negara bermasaalah.

Maklumat ini beliau perolehi dari Menteri Kewangan iaitu Tengku Zafrul iaitu orang yang beliau lantik kejawatan tersebut. Mengikut dari apa yang dikata, kedudukan kewangan yang dilapor olih Kerajaan Ismail Sabri tidak mencerminkan keadaan sebenar.

Peergh... Mahiaddin...

Kecut lagi perut pelabur luar yang nak melabur mahupun berniaga dengan dinegara kita!!!

Atau Mahiaddin nak sabotaj Kerajaan Ismail Sabri?

Apa yang diucapkan Mahiaddin seakan akan mahu menakut nakutkan rakyat tentang keadaan ekonomi negara.

22 bulan Mahathir dan Pakatan Harapan memerintah ditambah dengan 17 bulan Mahiaddin sebagai PM adakah ekonomi negara berada pada keadaan baik?

Rakyat dah meluat goreng benda recycle bro..AMIN

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails