Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 4 April 2017 dan telah diolah mengikut perkembangan semasa.
AIR MATA ANAK BELANDA YANG DIRAMPAS DARI KELUARGA MELAYU
MUNGKIN ada antara korang yang pernah dengar pasal kes Natrah, iaitu seorang perempuan Belanda yang jadi anak angkat keluarga Melayu di Terengganu. Tapi masa dia berumur 13 tahun, tiba-tiba pulak kena paksa pergi balik kat keluarga kandung dia kat Belanda.
Daripada setakat bergaduh isu penjagaan, benda ni tiba-tiba bertukar jadi isu agama pulak. Sebabnya, Natrah ni Islam, tapi mak bapa kandung dia tak setuju dan nak ambik dia balik, siap paksa dia terima agama Kristian. Benda ni la yang mengundang kepada Rusuhan Natrah pada 1950, dan jadi salah satu pengajaran paling besar dalam sejarah Malaysia dan Singapura.
(Nota: Selain daripada link yang diberikan, cerita ni banyak dirujuk daripada buku “Natrah: In The Name of Love” penulisan Fatini Yaacob, diterbitkan oleh Penerbit Universiti Teknologi Malaysia)
Natrah, kanak-kanak Belanda yang membesar sebagai wanita Melayu
Natrah Maarof atau nama asalnya Huberdina Maria Hertogh lahir pada 24 Mac 1937 di Kepulauan Melayu di Bandung. Dilahirkan dalam sebuah keluarga Katolik, Natrah telah dibaptiskan oleh seorang paderi Katolik dalam tahun yang sama. Bapanya, Adrianus Hertogh, adalah seorang sarjan dalam Tentera Belanda. Ibunya, Adeline pula adalah seorang Serani berketurunan Scotland dan dibesarkan di Jawa.
Natrah bersama ibu angkatnya, Che Aminah. Imej dari kopidangula.blogspot
Disebabkan Adeline ni ada ramai anak, jadi mak dia suruh bagi Natrah ni kat Che Aminah. Natrah masa tu baru berumur 5 tahun. Che Aminah pula sebenarnya bukan perempuan biasa-biasa tau, dia ni seorang peniaga barang kemas dan juga translator untuk askar Jepun.
Sewaktu pendudukan Jepun, bapa Natrah kena tahan dengan askar Jepun selama beberapa tahun. Bila bapa Natrah dibebaskan, dia telah ambil semula keluarganya dan pulang ke tanah air Belanda tanpa membawa Natrah.
Ibu bapa kandung Natrah. Imej dari buku “Natrah: In The Name of Love”
Nor Louise, nenek kandung Natrah yang merupakan kawan Che Aminah semasa di Bandung. Imej dari buku “Natrah: In The Name of Love”
*Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 4 April 2017 dan telah diolah mengikut perkembangan semasa.
Mungkin ada antara korang yang pernah dengar pasal kes Natrah, iaitu seorang perempuan Belanda yang jadi anak angkat keluarga Melayu di Terengganu. Tapi masa dia berumur 13 tahun, tiba-tiba pulak kena paksa pergi balik kat keluarga kandung dia kat Belanda.
Daripada setakat bergaduh isu penjagaan, benda ni tiba-tiba bertukar jadi isu agama pulak. Sebabnya, Natrah ni Islam, tapi mak bapa kandung dia tak setuju dan nak ambik dia balik, siap paksa dia terima agama Kristian. Benda ni la yang mengundang kepada Rusuhan Natrah pada 1950, dan jadi salah satu pengajaran paling besar dalam sejarah Malaysia dan Singapura.
(Nota: Selain daripada link yang diberikan, cerita ni banyak dirujuk daripada buku “Natrah: In The Name of Love” penulisan Fatini Yaacob, diterbitkan oleh Penerbit Universiti Teknologi Malaysia)
Natrah, kanak-kanak Belanda yang membesar sebagai wanita Melayu
Natrah Maarof atau nama asalnya Huberdina Maria Hertogh lahir pada 24 Mac 1937 di Kepulauan Melayu di Bandung. Dilahirkan dalam sebuah keluarga Katolik, Natrah telah dibaptiskan oleh seorang paderi Katolik dalam tahun yang sama. Bapanya, Adrianus Hertogh, adalah seorang sarjan dalam Tentera Belanda. Ibunya, Adeline pula adalah seorang Serani berketurunan Scotland dan dibesarkan di Jawa.
Disebabkan Adeline ni ada ramai anak, jadi mak dia suruh bagi Natrah ni kat Che Aminah. Natrah masa tu baru berumur 5 tahun. Che Aminah pula sebenarnya bukan perempuan biasa-biasa tau, dia ni seorang peniaga barang kemas dan juga translator untuk askar Jepun.
Sewaktu pendudukan Jepun, bapa Natrah kena tahan dengan askar Jepun selama beberapa tahun. Bila bapa Natrah dibebaskan, dia telah ambil semula keluarganya dan pulang ke tanah air Belanda tanpa membawa Natrah.
Masa Che Aminah dan Natrah tinggal kat Bandung sekitar tahun 1940-an, keadaan masa tu agak tegang sebab orang Indonesia ni bencikan penjajah. Disebabkan sentimen anti-penjajah, Che Aminah rasa risau dan telah berpakat untuk pindah ke Kemaman, Terengganu.
Perjalanan dari Bandung ke Kemaman pula bukanlah senang, Che Aminah terpaksa berbelanja 50,000 dolar Singapura untuk berpindah naik kapal stim. Kepala Natrah turut dibotakkan dan minyak hitam dilumurkan seluruh badan sebab nak sorokkan identiti dia sebagai “kulit putih”.
Natrah dirampas pihak British
Che Aminah tak bagi Natrah dekat British sebab dia dah sayang sangat dekat anak angkat dia. Tak lama lepas tu, dia kena saman dan mahkamah British perintahkan Che Aminah untuk meletakkan Natrah dibawah penjagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Singapura (SWD)
Selepas sebulan diserahkan, Natrah kemudiannya telah berpindah hak jagaan ke Konsul Jeneral Belanda kat Singapura. Natrah yang sebelum ni selalu pakai baju kurung telah mula dipakaikan gaun supaya menyerupai orang barat di mana Natrah sendiri tak suka. Masa dipisahkan daripada Che Aminah, terjadilah drama air mata;
“Aminah mak saya. Mak sayang saya tak? Kalau mak sayang saya, jangan tinggalkan saya, jangan bagi lelaki ni bawa saya”- Natrah ketika dibawa pergi oleh Duta Besar Belanda di Singapura
Insiden selama 15-20 minit ni mula membuka mata ramai pihak lebih-lebih lagi apabila Che Aminah minta tolong orang di sekelilingnya untuk kembalikan Natrah kepadanya.
Sebuah tabung ditubuhkan untuk membantu kes rayuan Che Aminah dalam mendapatkan Natrah
Berdasarkan drama air mata antara Che Aminah dan Natrah tadi, Natrah’s Legal Aid Fund ditubuhkan untuk membantu kes rayuan Che Aminah. Pihak yang bertanggungjawab adalah Muslim Welfare Associations of Singapore. Che Aminah menang kes pada mulanya sebab mahkamah dapati yang tuntutan Konsul Jeneral tak berasas sebab duta ni bukan bertindak bagi pihak ibu bapanya, tapi atas kapasiti sebagai Konsul sendiri.
Tindakan Konsulat Jeneral Belanda ni sebenarnya lebih bermotifkan ego, sebab mereka mahukan Natrah untuk ‘tunjuk kuasa’ sebagai penjajah. Tindakan politik ni penting lagi-lagi lepas Perang Dunia Kedua apabila kehadiran mereka dicabar dengan tawanan Jepun di Indonesia. Sebab ni juga la kerajaan Belanda dan Organisasi Gereja Belanda kat sana desak ibu-bapa kandung Natrah untuk ambil balik anak diorang daripada Che Aminah.
Natrah berkahwin, tapi dibantah oleh keluarga kandungnya di Belanda
Natrah dan Mansor Adabi pada hari pernikahan mereka.
Imej dari Utusan Malaysia
Natrah dibebaskan pada 28 Julai 1950, lepas 4 bulan bawah jagaan British. Empat hari lepas tu, dia terus kahwin dengan Mansor Adabi atas dasar cinta, bukan paksaan macam yang akhbar Barat siarkan. Natrah masa tu cuma 13 tahun, manakala Mansor berumur 22 tahun.
Tapi keadaan jadi lebih buruk bila perkahwinan tu tak sah di bawah undang-undang British masa tu. Dua hari lepas perkahwinan, surat saman dikeluarkan kepada Mansor dan Che Aminah bagi pihak ibu bapa kandung Natrah. Mereka mulanya tak ambik serius perkara tu sebab dah menang kes. Tapi dalam masa yang sama, keluarga kandung Natrah pun pulun habis-habisan cari semua bukti untuk ambik balik Natrah.
Kes ni dikeruhkan lagi di Belanda
atas dasar agama
Surat khabar Belanda, Elsevier Weekbald pada 12 Ogos 1950, menyiarkan gambar perkahwinan mereka dan menaikkan kemarahan keluarga kandung Natrah serta orang Belanda beragama Kristian kat sana.
Dalam Bulletin Brabants Niewwsbald bertarikh 4 Ogos 1950, headline surat khabar tu muncul dengan idea provokasi tentang kegagalan Sarjan Hertogh untuk mendapatkan anaknya yang di-Islamkan oleh orang Melayu di Malaya. Tapi cubaan keluarga kandung Natrah mendatangkan banyak kegagalan:
- 25 Julai 1950 – “Ia adalah jelas bahawa keluarga Natrah tiada usaha untuk mendapatkan Natrah kembali.” – Queen Elizabeth balas surat Encik Hertogh dalam rayuan mendapatkan semula Natrah. Walaupun jawapan yang mengecewakan dari permaisuri, mereka masih tegas dalam objektif mereka.
- 28 Julai 1950 – “Gadis Belanda berusia 13 tahun, Bertha Hertogh adalah untuk terus tinggal dengan Che Aminah, sesuai dengan penghakiman Mahkamah Rayuan di Singapura. Keputusan ini ini membatalkan penghakiman awal untuk Bertha untuk dikembalikan kepada ibu bapanya di Belanda. “- Reuters.
- Kegagalan Ketua Konsul Belanda di Singapura untuk memujuk Natrah untuk kembali ke Belanda.
Kegagalan demi kegagalan ni membuatkan rakyat Belanda kumpul dana untuk lawan dan dapatkan hak penjagaan buat Keluarga Hertogh ni tadi.
The Bertha Hertogh Committee (BHC) ditubuhkan untuk kembalikan Natrah kepada keluarga kandung di Belanda
Dana yang diberi nama Bertha Hertoh Commitee (BHC) telah berjaya mendapat sokongan dari ratu Belanda malah siap minta tolong dari kerajaan Belanda dan menteri luar negara mereka. BHC bekerja keras untuk dapatkan semua dokumen sokongan dan kenyataan bersumpah daripada ibu bapa kandung Natrah, termasuklah sijil beranak dan sijil pembaptisan Natrah untuk dihantar kepada peguam Duta Besar Belanda di Singapura.
Pembatalan perkahwinan Natrah dan Mansor juga difailkan Adeline dan Sarjan Hertogh sebab dari sisi undang-undang Belanda, ibu bapa mempunyai hak untuk memohon pembubaran perkahwinan selepas tempoh enam bulan daripada tarikh pendaftaran perkahwinan (Article 146, Netherlands).
Perebutan hak penjagaan Natrah oleh ibu bapa kandungnya
Pada 20 November 1950, hak penjagaan Natrah kembali direbut antara Che Aminah dan Mansor, dan keluarga kandungnya yang datang dari Belanda. Lebih kurang 300 orang berada di mahkamah sampai kawalan keselamatan dekat mahkamah jadi ketat sebab Adeline (ibu kandungnya) kena ugut bunuh.
Antara hujah Che Aminah untuk kekalkan Natrah di Malaya adalah perkahwinan antara Mansor dan anak angkatnya tu. Kalau ikut syariah Islam pernikahan tu sah, tapi ikut undang-undang tempatan British tak sah sebab masih bawah umur. Salah Che Aminah masa ni sebab dia tak berunding dulu dengan Ibrahim Ahmad, peguam mereka yang lebih faham undang-undang.
Keputusan kes disebut Hakim Brown mengambil masa kira kira 45 minit:
“Setelah mengambil kira semua aspek untuk membuat pertimbangan daripada bukti yang diperolehi melalui perkahwinan ini, umur kanak-kanak (Natrah), peluangnya mengenali Mansor, dan tarikh perkahwinan berhubung dengan tarikh keputusan Mahkamah Rayuan, saya terpaksa menyimpulkan bahawa perkahwinan ini direka untuk menjejaskan prosiding ini, dan tidak adil kepada semua yang terlibat” – Hakim Brown
Kesimpulan untuk keputusan Hakim Brown ialah:
- Sebab Maria Hertogh masih belum berumur 18 tahun, dia masih berada dalam hak penjagaan bapa kandungnya.
- Kewarganegaraan Maria mestilah mengikut kewarganegaraan bapanya iaitu Belanda.
- Perkahwinan antara Mansor dan Natrah tak sah sebab dibawah undang-undang Negara Belanda, ikatan perkahwinan hanya sah selepas berumur 16 tahun dan ke atas (perkahwinan mereka terbatal kerana Natrah merupakan bawah umur dan undang-undang permastautinan)
Dan keputusan muktamad mahkamah ialah,
Natrah perlu kembali kepada keluarga asalnya
Berdasarkan Hakim Brown lagi, ayah kandung Natrah mempunyai hak untuk menentukan agama yang dianuti anaknya, maka Natrah kena convert semula ke Kristian dan tak dibenarkan untuk menganut agama Islam:
“Huberdina Maria Hertogh mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya”
Mansor tergamam, manakala Che Aminah pengsan, dan Natrah menjerit dan terus menangis. Natrah berpegang kuat pada Mansor, manakala ibu kandungnya Adeline cuba untuk tarik dia daripada Mansor. Natrah sempat merayu pada Mansor untuk dapatkan dia balik macam mana cara pun. Tapi, itu lah sebenarnya kali terakhir Mansor dapat tengok Natrah tanpa ucapkan selamat tinggal pun.
Berdasarkan keputusan mahkamah Singapura tu, seluruh negara tak puas hati sebab diorang tak ambil kira apa yang Natrah nak sebagai seorang kanak-kanak yang baru meningkat remaja. Keputusan tu juga dikatakan mempermainkan perasaan Natrah yang jadi mangsa keadaan. Che Aminah dan Mansor buat rayuan dan kes bersambung balik lebih kurang 3 minggu lepas tu.
Masa rakyat semua sedih dengan kes tu, Tunku Abdul Rahman tak terkecuali untuk tolong kes ni dan berjumpa dengan Dato Onn untuk bincang pasal isu ni. Tapi, Dato’ Onn kata isu ni bukan isu besar pun. Tunku kecewa sebab dia tahu macam mana angkuhnya orang British, dan beliau percaya yang para penjajah ni tak boleh terima hakikat yang Natrah dibesarkan oleh orang Melayu dan berkahwin juga dengan orang Melayu yang mereka pandang rendah.
Rusuhan Natrah/Rusuhan Singapura:
Rakyat bersatu untuk Natrah
Pendengaran rayuan Che Aminah dan Mansor pada 11 Disember 1950 di mahkamah Singapura dibuka pada hari tu. Penunjuk perasaan pun berkumpul depan mahkamah sebab diorang pun sama-sama nak bagi sokongan moral dekat keluarga angkat Natrah, dan juga sebab sentimen agama dan campur tangan British dalam hal ni. Ada 70 orang polis Melayu, 3 inspektor, dan seorang pegawai ditugaskan diluar Mahkamah Tinggi Singapura.
Apa yang Tunku kecewakan, sebenarnya ada asasnya. Tapi rupanya ada je rakyat yang berani melawan penjajah terutama sekali kes berkaitan agama. Lebih kurang 20 orang pegang sepanduk “Bebaskan Natrah Daripada Biara”. Keadaan menjadi semakin tegang dengan lebih kurang 3000 orang menunggu keputusan pendengaran rayuan tersebut. Keputusan ditunda keesokan harinya, sebab hakim mula rasa diorang perlukan masa lagi untuk buat keputusan.
Berang sebab terlalu lama menunggu, ada yang baling batu dekat polis dan menghalang lalu lintas dengan menggunakan kayu. Situasi bertambah buruk lagi bila orang ramai mula jadikan orang kulit putih yang ada dekat situ sebagai mangsa kemarahan mereka. Keadaan makin teruk lepas tu dan polis pun lepaskan tembakan. Rusuhan bersambung balik keesokan harinya dan hanya berakhir pada 13 Disember 1950.
Berdasarkan laporan dari Suruhanjaya Siasatan dalam Rusuhan Singapura, terdapat 18 kematian, dan 173 cedera parah termasuk bangsa kulit putih, Eurasians, Melayu, Cina dan India. Sebanyak 119 kenderaan dimusnahkan dan 72 kes kebakaran. Walaupun setelah hampir 70 tahun kes ni berlaku, Rusuhan Natrah ni ditafsirkan sebagai rusuhan menentang penjajah yang cuba untuk campur tangan dalam urusan agama Islam.
Akibat daripada peristiwa Rusuhan Natrah
Natrah dan ibu kandungnya dibawa pulang ke Belanda dengan kawalan ketat polis. 40 orang polis bersenjata berkawal sehingga pesawat KLM yang membawa mereka sampai. Natrah dilaporkan menangis sepanjang perjalanan ke kediaman keluarganya di Bergen op Zoom, Belanda. Sejak dari haritu, Natrah dipanggil Bertha.
Dalam masa yang sama di Singapura, Unit Siasatan Rusuhan ditubuhkan oleh penjajah British. Seramai 773 orang ditangkap, dan beberapa orang dihukum gantung, kebanyakannya Melayu dan India Muslim.
Kebanyakan mufti di Malaya pada masa tu tak menyokong rusuhan ni sebab itu bukannya cara yang betul, malah mengeruhkan keadaan. Walaupun begitu, mufti juga ketika itu tidak memberi sebarang pandangan terhadap kes Natrah kerana ianya melanggar undang-undang.
“Kekeliruan yang berlaku dan menyebabkan rusuhan dan pergaduhan mengundang laknat dan kemurkaan Tuhan”- Mufti Kelantan, tahun 1950 dalam ceramah hari Jumaat
Bersimpati dengan nasib Natrah, Tunku Abdul Rahman terus meletak jawatan sebagai pegawai kanan kerajaan dan kumpul dana rayuan pengurangan hukuman untuk mangsa yang bakal dijatuhkan hukuman tali gantung. Usaha beliau ni nak tunjukkan betapa pentingnya maruah Islam untuk dipertahankan.
Setahun selepas kejadian tu, Tunku menjadi Presiden UMNO. Masa jadi presiden tu pun beliau masih mengutamakan visi utama – untuk menyelamatkan perusuh-perusuh yang akan dijatuhi hukuman mati. Perjuangan Tunku berjaya bila British akhirnya tukarkan daripada hukuman gantung kepada penjara seumur hidup, dan menyelamatkan lima orang daripada dihukum gantung.
“Insiden yang berlaku di Singapura pada tahun 1950 menunjukkan betapa rendahnya pemahaman terhadap sentimen dan perasaan orang Islam. Jadi, orang-orang Islam berasa terhina dan tidak mampu untuk mengawal perasaan mereka yang terlampau emosi, dan tercetuslah rusuhan dahsyat di tanah jajahan Singapura di mana begitu banyak nyawa terkorban.
Saya masih ingat lagi pada kemarahan orang ramai pada masa itu, dan saya sendiri amat marah kerana gadis tersebut telah dipisahkan dari ibu angkatnya, dipaksa hidup dalam biara dan dipaksa untuk menukar agamanya kepada agama Kristian” – ucapan Tunku Abdul Rahman tentang kes rusuhan
___________________________________________________________________________________
UPDATE: Menurut penulis buku Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata, iaitu Fatini Yaacob, dia akan mengkaji tentang kehilangan 100 anggota polis Melayu yang pernah berkhidmat dengan Inggeris selepas rusuhan Natrah yang berlaku pada tahun 1950.
Askar-askar Melayu tersebut dikatakan memberi ruang kepada orang Melayu dengan tidak berkawal pada hari pembantahan keputusan Natrah yang diberi kembali kepada keluarga asalnya di Belanda. Kehilangan tersebut masih menjadi persoalan sebab mereka langsung tidak kembali kepada ahli keluarga masing-masing dan tiada bukti kematian yang dijumpai kerana fail tersebut masih dalam simpanan pihak British.
(Diangkat dari soscili.my
https://soscili.my/rusuhan-natrah-pada-tahun-1950-pengajaran-besar-buat-malaysia-dan-singapura/)
7 comments:
Perangai Ibu bapa kandung Natrah di Malaysia sekarang ada dalam Parti PKR bapa nya bernama Anwar Bin Ibrahim, Ibu Ksndung Natrah bertukar nama pada COMANGO @ Marina Gereja.. anak cucu Anwar dan Marina Gereja COMANGO pula salin tikar betnama G25 , CT Kassim, Tukar Tiub dan Keluarga Kerala.. Kawan anak cucu Anwar dan Marina Gereja pula terdiri dari Ambiga dan sedara mara Ambiga dalam Parti PKR..
KHALAS
Wahai umat Islam marilah kita semua kembali kepada Islam dan bersatu padu untuk membela hak Islam dan hak umat Islam yang sedang diancam oleh puak kafir harbi laknatullah dan puak munafiqun laknatullah yang berusaha menghapuskan hak Islam dan hak umat Islam dengan menggunakan ICERD, Rome Statute, Malaysian Malaysia , NGO-NGO liberal dll. Bahaya sudah jelas berada di hadapan mata kita.
Sesungguhnya puak kafir harbi roket adalah musuh Islam yang sentiasa mencipta pelbagai alasan karut untuk menghina, menfitnah dan memburuk-burukkan Islam dan umat Islam secara terbuka.
Jika ada orang Melayu yang mendakwa diri mereka beragama Islam tetapi mereka bersekongkol dengan puak kafir harbi roket, maka sesungguhnya mereka juga tergolong kepada musuh Islam juga.
Mereka adalah puak munafiqun yang berpura-pura beriman untuk menipu dan menyesatkan umat Islam dan memusnahkan Islam dari dalam. Allah telah berfirman yang bermaksud:
Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan: "Kami telah beriman". Dan bila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka mengatakan: "Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok". Surah Al-Baqarah ayat 14.
Oleh sebab itu maka wajiblah umat Islam menolak musuh Islam (kafir harbi dan munafiqun) dalam setiap PRK, PRN dan PRU supaya musuh Islam tidak mendapat kuasa politik untuk menindas Islam dan umat Islam.
Alhamdullillah. Paas masih bebas rasuah. Fulus halal. Nafkah halal. Beza abam kejar fulus dan nafkah dari dap. Rumah pun 12 juta.
Ada setengah manusia boleh setakat bagi hukum sj.
Janganla dipaksa jadi pemerintah.
Rosak gambaran Islam dimata kafir.
Bergabung dgn umnu penipu utk perintah. Kunun nak tegak Islam. Last kene tipu lagi ke sekian kalinya. Gitulah jadinya bila lebih Islam dr Islam.
Wah anon 12.16 berlagak seperti RBA @ khadam roket yang sangat menjaga kepentingan kafir tetapi tidak peduli orang kafir harbi menghina hak Islam. Hipokrit lidah biawak. Mengapa kamu berdiam diri apabila rakyat dikencing selama 22 bulan ?
Yg mana lebih baik, yg boleh bagi hukum dengan yg tak boleh bagi hukum. Yang tak boleh bagi hukum tentu akan langgar halal haram.
Sesungguhnya puak kafir bersatu padu dengan sokongan puak munafiqun menentang Islam di waktu umat Islam berpecah belah kerana berbeza aliran, politik dll. Oleh sebab itu, kita umat Islam perlu bersatu dan bangkit membela Islam dan umat Islam. Nampaknya sebilangan pemimpin Melayu tidak peduli kerana mereka sangat takut pada kafir bukan pada Allah kerana mereka mengharapkan undi kafir. Sesungguhnya mereka adalah pengkhianat yang setaraf dengan sampah.
Post a Comment