Gambar fail menunjukkan pemenang of Mrs Sri Lanka 2020, Caroline Jurie (dua dari kiri) cuba merampas tiara di kepala pemenang Mrs Sri Lanka 2021, Pushpika de Silva (tengah). - Foto AFP
Ratu cantik Sri Lanka dilucut gelaran atas dakwaan rasuah
COLOMBO: Seorang pesaing Sri Lanka untuk pertandingan ratu cantik di Amerika Syarikat (AS) dilucutkan gelaran peringkat tempatannya selepas dikaitkan dakwaan rasuah.
Perkembangan terkini itu secara langsung menghalangnya memenangi acara global itu, kata penganjur hari ini.
Pushpika de Silva, menjadi tajuk utama tahun lalu selepas gelaran Mrs Sri Lanka di ibu negara, Colombo, yang dimenanginya ditarik balik selepas pemenang 2019 merampas tiaranya sambil menuduhnya bertanding secara tidak adil.
Dalam satu siri hantaran media sosial, de Silva berkata dia gagal memenangi pertandingan Mrs World di Las Vegas bulan lalu berikutan jurinya sudah terpengaruh secara berlebihan.
Gelaran global tahun ini bagi pertandingan khusus untuk wanita berkahwin itu di Las Vegas dimenangi Shaylyn Ford, seorang warga AS.
Dakwaan terhadap De Silva itu dikatakan menjejaskan reputasi Sri Lanka secara global, kata penganjur tempatan dalam satu kenyataan.
Katanya, dia dilucutkan gelaran Mrs Sri Lanka dan dilarang menggunakannya untuk sebarang aktiviti promosi.
De Silva memenangi gelaran Mrs Sri Lanka pada April tahun lalu tetapi ketika di atas pentas, tiaranya dirampas oleh Caroline Jurie, pemegang pertandingan pada tahun sebelumnya.
Jurie dan seorang lagi wanita kini berdepan tuduhan menyerang serta merosakkan lokasi pertandingan di Colombo.
Mereka mendakwa kemenangan de Silva adalah tidak sah berikutan sudah bercerai tetapi de Silva menegaskan dia masih isteri yang sah, namun tinggal berasingan dengan suaminya.
Dalam hantaran media sosial, de Silva turut mendakwa beberapa anggota pasukannya sendiri di Las Vegas menjejaskan peluangnya untuk memenangi gelaran global itu. - AFP
2 comments:
Dua pihak mesti ada. Pemberi dan penerima. Fokuskan pada dua dua pihak. Macam satu pihak jer yang bersalah. Rasuah gugat Credibility penganjur. Event ini pun bukan even yg baik.
Dalam negara jika dua dua pihak ada, rosak masyarakat. Jika ada rakyat yg korup, kerajaan pun korup, korup berleluasa. Jika ada rakyat yang korup, kerajaan tidak korup, korup dapat dibendung. Tanggung jawab rakyat untuk pilih kerajaan yang tidak korup.
Yang retorik tidak korup, tetapi ada 47 kes dan 1mdb, adalah amalan hipokrasi parti berkenaan.
Senarai presiden.
1 Presiden parti kris - 47 kes mahkamah
2 Bossku - 1mdb
3 Presiden parti liberal - kes liwat dan salah guna kuasa (ex bandu)
4 Boss parti legasi komunis - rasuah trowong dan saksi utama terbunuh
5 Presiden PAS. - pretty clear
6 Presiden Bersatu. - pretty clear
Ingat yang anak buah ikut contoh boss. Bijak memilih.
Post a Comment