Wednesday, February 09, 2022

Rogol di Parlimen Australia X mampu gugat PM, sama DAP M'sia?

 

Pemenang anugerah Tokoh Australia 2021, Grace Tame (kiri) dan aktivis mangsa gangguan seksual, Brittany Higgins, pada satu sidang media di Canberra, Australia. - Foto REUTERS

Mangsa penderaan seksual kecam reaksi PM Australia

SYDNEY: Dua aktivis terkemuka untuk mangsa penderaan seksual yang terselamat daripada tuduhan memburuk-burukkan Perdana Menteri Australia, mengecam sikap tidak acuh pemimpin itu.

Kenyataan Perdana Menteri, Scott Morrison, berhubung isu itu disifatkan sebagai mengejutkan, tanpa sebarang usaha untuk memperbetulkan keadaan.

Bekas pembantu kerajaan, Brittany Higgins, yang mendakwa dirinya dirogol di Parlimen sehingga mencetuskan protes di seluruh negara, berkata tidak banyak yang berubah sejak beliau tampil membuat pengakuan secara terbuka setahun lalu.

Dalam ucapan yang ditonton secara meluas, Higgins meluahkan rasa sedih dan malu terhadap tindakan kerajaan konservatif di mana beliau pernah berkhidmat.

Higgins berkata, tindak balas Morrison terhadap dakwaannya, dengan menggunakan anak perempuan dan isterinya sendiri, adalah sesuatu yang mengejutkan dan kadang-kadang diakui agak menyinggung perasaan.

"Saya tidak mahu simpatinya sebagai bapa. Saya mahu beliau menggunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri.

"Jika kata-katanya tidak mengubah keadaan, sekurang-kurangnya ambillah tindakan yang sewajarnya," katanya.

Katanya, perbicaraan peringkat kebangsaan mengenai penamatan pencabulan, gangguan dan serangan tidak berkembang melangkaui 'kenyataan menyinggung perasaan' dan tindakan memekakkan diri di sebalik kenyataan yang mengelirukan.

Higgins berucap selepas mangsa penderaan seksual kanak-kanak, Grace Tame, yang juga dinobatkan sebagai Tokoh Australia 2021, menyampaikan ucapannya, yang turut menyasarkan kepimpinan perdana menteri sepanjang tahun lalu.

"Pekungnya bermula dari atas.

"Melainkan pemimpin kita bertanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan mereka sendiri, budaya penderaan akan terus berleluasa di Parlimen, menetapkan standard yang tercemar untuk seluruh negara," kata Tame.

Nasib kedua-dua wanita itu mencetuskan perdebatan nasional dan meruntun jiwa di Australia serta mendorong pelbagai penyiasatan oleh kerajaan.

Salah satu daripadanya, laporan Jenkins Review setebal 450 halaman mendapati satu dalam tiga orang yang kini bekerja di Parlimen dan tempat kerja Kerajaan Persekutuan lain mengalami gangguan seksual ketika mereka bekerja di sana. -AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kes dakwaan rogol di Parlimen Australia seperti di atas yang tidak mampu gugat PM Australia, benarkah sama seperti kes parti DAP, ADUNnya dituduh rogol amah? Begitulah kalau di dalam tadbiran negara sekular..

Marilah rakyat Malaysia, kembali kepada Islam, dengan menyokong perjuangan dan mengundi PAS!

7 comments:

Anonymous said...

Saat pemimpin melakukan kejahatan termasuk jenayah seks, undang undang menjadi masalah baginya. Saat pemimpin menerima rasuah, dan tidak dihukum, ia akan jadi amalan. Buktinya 47 kes, bukanlah kes yang sedikit. Terlepas kes pertama, membawa kepada kes kedua, dan seterusnya hingga ke kes yg ke 47.

Dalam kes ajib, bermula dengan kes kecil. Terbiasa hingga membawa kepada rasuah sebesar 1mdb.

Dalam kes abam. Bukan sekali dua rakyat menyaksikan sex songsang. Tapi berkali kali hingga di bawah abam lgbt jadi normal.

Rakyat tua muda kecil besar berupaya sekat kejahatan ini dengan memilih pemimpin yang clear cleen dan have faith. Oleh itu pas dan bersatu adalah pilihan terbaik.

AYUH MAJU BERSAMA FREE KORRUPTOR

Anonymous said...

Lihat sejarah secara menyeluruh...jangan sempitkan dan jangan jumud...

Di negeri sebelah utara dulu, siapa ahli parti tuan yang liwat isteri hingga ke mahkamah....

Sedarlah...parti hanya medium politik, bukan agama...

Suka saya dgn komen2 seseorang sebelum ini yg ditulis..."kokok berderai2 ekor bergelumang tahi"...

Anonymous said...


Pas, Bersatu berpotensi membaiki ekonomi rakyat
https://youtu.be/81SL510Rrjc

Anonymous said...

Setuju sangat. Jangan sempit jangan jumud. Yang dah salah tiada lagi dalam kepimpinan. Tapi dalam parti liberal, makin galak jadi presiden. Macam mana nak tegur orang bawah yang buat salah. Nanti orang bawah cakap cermin muka dulu.

Macam bossku. Macam mana nak larang orang bawah jangan makan rasuah. Kalau boss dah terima billion, takkan orang bawah tak boleh buat cara kecil kecilan dan runcit.

Parti bukan agama, tapi agama selamatkan parti.

Anonymous said...

Dalam parti legasi komunis, ada kes rasuah, ada kes rogol, ada kes dadah. Mereka beri rasuah dan mereka makan rasuah. Perkauman sangat tebal dalam parti ini. Mereka cukup marah dengan ruu 355 yg khas untuk orang Islam. Mereka bantah jawi tapi kat produk makanan mereka ada tulisan jawi. Mereka tidak pandai bertutur dalam bahasa melayu walau pun sudah berpuluh tahun duduk di sini. Mereka adalah proksi zionist. Mereka peralat orang melayu yang jahil seperti parti liberal dan parti kuali.

Anonymous said...

Jika puak kris, puak liberal, puak atok, puak kuali, puak legasi komunis jadi kerajaan, undang undang akan jadi double standard. Untuk orang atas, rasuah, rogol, sex songsang, judi, dadah, arak dan lain lain, bukanlah kesalahan. Undang undang hanya untuk para marhaen. Penjara, gantung, denda hanya pada rakyat marhaen.

Pastikan rakyat pilih parti yang tidak membezakan undang undang. Pemimpin dan rakyat tertakluk pada undang undang yang sama. No double standard. Pilih pas yang singkirkan pemimpin yang lakukan kesalahan, bela yang teraniaya. Tolak parti yang dipimpin oleh 47 kes dan trowong gelap.

Anonymous said...

Part 2..

Amerika Syarikat is a great country.. hollywood awesome..!! WSJ kata Malaysia negara korup..!?

https://youtu.be/U-vLLWGEF1M

Lihat semua link bawah nih siapa yang korup..!!?

https://youtu.be/qHixc-QAhZQ

And this is Hollywood in USA..link ni wwoohhaa..!!

https://youtu.be/W_QOZ_qknrE

Siapa rasa Malaysia korup dan tak selamat sila pindah ke USA situ kan semua ada pejuang hak asasi dan human right..

https://youtu.be/YB6gwOBClwE

link ni hah USA is great bab hak hak asasi manusia.!!

https://youtu.be/3GbcWOGyuq0

Pejuang hak asasi Malaysia mcm COMANGO, G25, SIS, Marina Gereja, Siti Kasim, Dr Farida, Ambiga, Sivarasa, Anwar Ibrahim, Anak Cucu Tun Seksuality Merdeka PKR PAN dan DAP yg menjadikan Amerika Syarikat aspirasi kamu semua lihat lah link ini.

https://youtu.be/g74FsNARDuo

Pada Mat Salleh dan mat saleh celop yg stay di Malaysia dengar sini..AMiN

https://youtu.be/JeZPr3dkpJE

Dengar sini mat salleh semua..!! Kau orang luar duduk Malaysia kau orang jangan nak tunjuk pandai nak memandai memantat memuki cakap itu ini pasal negara Malaysia bomi bertuah ini... lihat link ini

https://youtu.be/VcZvD7lKZto

https://youtu.be/ce4LJPkU5y0 "make amerika great again" rakyat USA tunggal bawah jambatan link atas..!!

https://youtu.be/jd7Jmc9A6YU

Kau tinggal sini ikut Rules Of Malaysia... okeyss..!!

KHALAS

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails