Monday, February 07, 2022

Sakinah 'murtad'? Bolehkah gambar bawah ini buktikan X murtad?

 

Sakinah menjelaskan keengganannya berkongsi status agama suami, Michael Hansen disebabkan mahu menghormati perasaan keluarga mentua. - Foto IG Sharifah Sakinah

Sakinah memuat naik foto kad perakuan memeluk agama Islam milik Michael atau nama Islamnya, Mikael Hansen yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor. - Foto IG Sharifah Sakinah

HALAMAN HIBURAN

Sakinah berang dituduh 'murtad'

KUALA LUMPUR: Pelakon Sharifah Sakinah berang dituduh 'murtad' hanya kerana tidak menunjukkan bukti suaminya, Michael Hansen sudah memeluk agama Islam ketika mendirikan rumah tangga dengannya.

Menjawab dakwaan dihantar seorang individu dalam Instagram (IG), Sakinah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khairedi, 33, menjelaskan, keengganannya berkongsi status agama suami disebabkan mahu menghormati perasaan keluarga mentua.

"Kami tak muat naik bukti sebab tidak mahu mengharu-birukan keluarga mentua. Bayangkan, cuba anak awak tiba-tiba menukar agama, mau mak awak melentingkan?

"Nak sangat bukti, sila selak halaman sebelah. Terima kasih sudah mengharu-birukan keadaan.

"Saya sudah menjelaskan sebelum ini, jadi, tak perlulah nak mempersoalkan lagi. Tak perlu nak buruk sangka.

"Habis semua nak kena tunjuk bukti. Kami tak tunjuk sebab nak jaga hati keluarga di sebelah sana," tulisnya.

Menerusi hantaran dimuat naik, semalam, pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka ini turut berkongsi tangkap layar mesej berbaur sentimen agama oleh seorang netizen yang tidak dikenali.

Menerusi hantaran itu, Sakinah turut menyertakan foto kad perakuan memeluk agama Islam milik Michael atau nama Islamnya, Mikael Hansen, 43 yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor.

Jumaat lalu, adik kepada pelakon dan penyampai radio Sharifah Shahirah ini mengesahkan mereka sudah berkahwin.

Berkongsi perkara itu dalam IG, Sakinah bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai perkahwinannya dengan lelaki berstatus duda itu. (BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bolehkah gambar photo dan kad perakuan memeluk agama Islam seperti di atas dapat membuktikan Sakinah tidak murtad?

5 comments:

Anonymous said...

DAH JADI BARUA DAP LEE KWAM YEW
SERAH PULAU SAMBIL GENTEL TELO
INI FAKTA BRO BUKAN FITNAH MELULU
MELAYU DI BODOH BANGANG SAMA JHO LOW


NASIHAT EX ZETY BANK NEGARA MINTAK MASUK AKAUN
DAH MASUK AKAUN BOSSKU KENA TANGKAP PULAK
RM700 JOTA MASUK ZETY BUAT2 BODO INI WALAUN
TAK KE VANGANG NAMA NYER INI WALAUN HAPRAK


KAH KAH KAH

Anonymous said...

Dari segi hukum Islam, lelaki Islam yang mempunyai ilmu Islam dan berpegang teguh pada agama Islam boleh menikah dengan wanita ahli kitab kerana lelaki tersebut adalah ketua keluarga yang boleh memimpin isteri secara berhikmah untuk memeluk Islam.

Hukum makruh lelaki Islam yang mempunyai iman yang lemah dan jahil untuk menikah dengan wanita ahli kitab kerana bimbang lelaki tersebut terpengaruh dan terikut-ikut dengan wanita ahli kitab.

Hukum makruh wanita Islam menikahi mualaf kerana mualaf itu akan menjadi ketua keluarga dan membimbing isteri ke jalan yang bertentangan dengan Islam kerana imannya masih lemah dan ilmu Islamnya serba kekurangan dan wanita lemah mudah mengikut kehendak suami. Mungkin si suami masih lagi mengamalkan kehidupan jahiliah sebelum Islam.

Apakah definisi mualaf ? Cuba fikirkan.

Anonymous said...

Dua penganalisis meramalkan parti Pejuang pimpinan Dr Mahathir Mohamad akan tewas pada pilihan raya negeri (PRN) Johor, terutamanya jika parti itu bertanding bersendirian di 42 kerusi.

Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, Pejuang bertuah jika memenangi hatta satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Walaupun Mahathir, yang merupakan Pengerusi Pejuang, kekal menjadi tokoh menarik bagi ramai pengundi namun parti itu kekurangan jentera akar umbi, kata Oh.

“Akhirnya Umno, dengan penggemblengan besar akar umbinya, hampir pasti akan menang mudah di kebanyakan kawasan majoriti Melayu dan diikuti jauh di belakang oleh PAS.

#lingkupkanboboimelingkupTun

Anonymous said...

Apakah jenis manusia yang bangga menyokong pemimpin-pemimpin politik yang sedang menghadapi pelbagai dakwaan rasuah, pecah amanah, salah guna kuasa, skandal banglo , skandal terowong dll di mahkamah ?

Bukankah menyokong pemimpin-pemimpin bererti menyokong kezaliman ? Siapa akan menanggung kerugian besar jika mereka berkuasa ? Jawapan: Rakyat dan negara !

Anonymous said...

Dah sampai masanya rakyat guna kuasa secara bersepadu. Tolak parti yg bawa aqidah songsang, tolak parti yang terkenal dengan rasuah, tolak parti yang berfahaman komunis, tolak atok yg cinta harta. Jangan terpedaya dengan ucapan pemimpin yg terlibat rasuah, sex songsang. Ucapannya mengandungi fitnah. Orang lain tak betul sedangkan mereka sendiri banyak melakukan kesalahan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails