Menteri Pertahanan Kanada, Anita Anand. - Foto AGENSI
"kepercayaan boleh bermaksud perbezaan antara hidup dan mati... dan kami mengkhianati kepercayaan itu."
Kanada mohon maaf salah laku seksual dalam tentera
OTTAWA: Menteri Pertahanan dan Ketua Staf Pertahanan Kanada memohon maaf pada Isnin berhubung salah laku seksual yang berlaku secara meluas dalam pasukan tentera serta menyatakan Ottawa gagal melindungi anggota tenteranya.
"Saya memohon maaf kepada anda bagi pihak kerajaan Kanada," kata Menteri Pertahanan, Anita Anand, dalam satu program yang disiarkan secara langsung di media sosial.
"Kita perlu mengakui kesakitan dan trauma yang ditanggung ramai orang kerana institusi yang dipertanggungjawabkan untuk melindungi serta mempertahankan negara kita tidak selalu melindungi serta mempertahankan anggotanya sendiri," katanya
Permohonan maaf itu adalah sebahagian daripada penyelesaian melalui tuntutan yang difailkan terhadap kerajaan oleh hampir 19,000 anggota tentera yang berkhidmat dan bersara, serta pekerja pertahanan awam.
Ia berlaku selepas beberapa pegawai kanan berdepan siasatan salah laku seksual, termasuk bekas Ketua Staf Pertahanan, Jonathan Vance, yang didakwa menghalang keadilan dalam siasatan itu.
Ketua Staf Pertahanan, Jeneral Wayne Eyre, dalam ucapannya berkata, dalam kalangan tentera, "kepercayaan boleh bermaksud perbezaan antara hidup dan mati... dan kami mengkhianati kepercayaan itu."
Ottawa sebelum ini menugaskan bekas pendakwa Tribunal Jenayah Antarabangsa (ICT), Louise Arbour, untuk membantu membersihkan budaya dalam tentera yang disifatkan Perdana Menteri, Justin Trudeau sebagai tidak "difahami" dari segi serangan dan gangguan seksual.
Bulan lalu, Anand menerima saranan Arbour supaya penyiasatan dan pendakwaan ke atas salah laku seksual dalam tentera diserahkan kepada pihak berkuasa awam kerana "ketidakpercayaan yang serius terhadap sistem keadilan tentera.
"Penelitian oleh Arbour itu dibuat lima tahun selepas satu lagi pasukan petugas mendapati tentera mempunyai "persekitaran yang memusuhi wanita... dan kondusif untuk insiden gangguan serta serangan seksual yang lebih serius."
April lalu, tentera melaporkan kepada Dewan Rakyat mengenai 581 serangan seksual dan 221 insiden gangguan seksual berlaku sejak 2015. - AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'Salah laku seksual dalam tentera', hal itu biasa dalam kerajaan sekular..
Oleh itu kita bimbang, ada kalangan parti politik Malaysia yang cuba menafsir Perlembagaan Malaysia sebagai sebagai perlembagaan negara sekular. Itu sebab pemimpin partinya tidak malu dituduh perogol orang gaji, terlibat dadah, perasuah terowong, 'manifesto parti bukan kitab suci' dan macam-macam durjana lagi.
Marilah kita kembali kepada Islam, sebagai 'way oh life' seperti termaktub dalam perkara 3, Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Semoga selamat dunia akhirat, bukan hanya di dunia ini saja...
No comments:
Post a Comment