Orang ramai beratur untuk menjalani ujian saringan COVID-19 di Hong Kong. - FOTO AFP
Hong Kong dijangka berdepan gangguan bekalan makanan
HONG KONG: Bekalan sayur-sayuran dan daging sejuk beku di Hong Kong dijangka terjejas berikutan beberapa pemandu kenderaan yang membawa barangan itu dari Tanah Besar China dikesan positif COVID-19 hasil ujian saringan awal, menurut pihak berkuasa hab kewangan global ini.
"Pihak berkuasa Tanah Besar China dan kerajaan (Hong Kong) sedang bekerjasama rapat untuk mengukuhkan langkah mempercepatkan logistik pembekalan makanan untuk Hong Kong supaya situasi bekalan kembali normal secepat mungkin," kata Kerajaan Hong Kong dalam satu kenyataan, hari ini.
Hong Kong mengimport hingga 90 peratus makanannya, dengan Tanah Besar China merupakan sumber utama, terutama untuk bekalan makanan segar.
Ketika ini, pengguna di Hong Kong sudah pun berdepan kekurangan bekalan sesetengah barangan import, termasuk makanan laut premium, akibat sekatan penerbangan yang ketat susulan pandemik.
Semalam, bandar mempunyai 7.5 juta penduduk ini merekodkan 1,514 jangkitan baharu COVID-19, meningkat berbanding 1,325 kes kelmarin, sekali gus menjadi ujian terbesar kepada strategi 'dinamik sifar COVID' yang dilaksanakan Hong Kong.
Selepas mesyuarat dengan pihak berkuasa Tanah Besar China di Shenzhen, Ketua Setiausaha Pentadbiran Hong Kong, John Lee memaklumkan China akan membantu bandar ini untuk menangani peningkatan penularan itu, dengan menyediakan kapasiti kuarantin, rawatan serta ujian saringan.
Bagaimanapun setakat ini, beliau berkata, belum ada perancangan untuk Hong Kong melaksanakan perintah berkurung seperti di China.
Bantuan meningkatkan kapasiti itu bakal memberi ruang kepada Hong Kong 'untuk bernafas', selepas kapasiti perubatannya semakin terbeban pada semua peringkat. - REUTERS
2 comments:
DAP sudah temui pengganti Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir pula seperti mayat hidup yang sedang membusuk dalam Pakatan Harapan.
Akibat kena kencing dengan orang tertua dalam politik negara, ia itu Tun Mahathir maka DAP “rely on younger version of Anwar Ibrahim” ia itu Syed Saddiq.
Anwar Ibrahim yang ada ini, DAP kira sebagai “gone case” untuk jadi PM DAP.
Anwar Ibrahim Ketika masa muda nya mampu bawa ratusan ribu rakyat rakyat keatas jalan raya untuk perkara pelik pelik.
Ketika sebelum ditarik masuk UMNO oleh Mahathir, Anwar cenderong kepada PAS.
Anwar dulu mampu kelirukan anak muda Universiti dengan kisah mati kelaparan di Baling, kedah.
Benda tidak ujud pun pelajar level Universiti boleh kena goreng dengan Anwar Ibrahim turun berdemonstrasi di jalan raya.
Hasil nya kemudian , mahasiswa mahasiswa ini jadi professor kangkong hari ini dan Tun Mahathir senang senang perbodohkan mereka untuk lantik mereka jawat macam macam jawatan dan akur kepadanya.
Kemudian Anwar mampu pikat ratusan ribu rakyat untuk hal perjuburan nya. Akhirnya dua kali dikencing berdiri oleh orang paling tua renta ini sekali lagi.
MUDA Guna Logo Sendiri , Elak Terkait Bau Hancing 22 Bulan. Mana mana parti yang hendak raih populariti mesti bermusuh dan belasah Datuk Seri Najib Razak.
Logo HARAPAN @ PH ini membawa kenangan rakyat di”kencing”kan sambil berdiri oleh Tun Mahathir dan Pakatan Harapan.
Tun Mahathir mayat hidup itu sedang membusuk dalam Pakatan Harapan dengan menipu pengundi berkenaan manifesto, telah cuci tangan terlebih awal dan membuka parti baru PEJUWANG.
Kisah bersama seorang gadis yang mengadu di laman MEDSOS tentang Syed Saddiq juga viral, namun itu hal peribadi. Sama semacam menadah belakang dalam kes “Sandakan” di anggap hal peribadi oleh kerajaan malapetaa 22 bulan.
PRN Johor bersama sama dengan PKR , DAP dan Amanah di Johor, boleh lah di kira MUDA parti biasa sahaja , hanya gempak dengan nama “MUDA” tapi alat kepada parti parti tua.
Rakyat harus ingat dan jangan alpa bahawa semua mereka yang ada pada kerajaan gagal sedang cuba mencuci imej dan bau hancing mereka dengan jenama baru.
Ini merujuk kepada politikus paling tua seperti Tun Mahathir dan paling muda semacam Syed Saddiq.
KHALAS
tak apa nanti kerajaan hong kong akan akan ternak sendiri ikut idea menteri sekarang ni kata kerajaan nak ternak sendiri.. sapa ntah bagi idea kat menteri tu... menteri mana agaknya..
Post a Comment