Larangan perjalanan Presiden Donald Trump yang menyasarkan orang dari negara majoriti Islam mendapat bantahan. - Foto REUTERS
AS masih kekalkan dasar menghalang kemasukan orang Islam
WASHINGTON: Penduduk Islam di Amerika Syarikat (AS), peguam bela hak asasi manusia dan pakar imigresen kecewa apabila dasar menghalang kemasukan orang Islam dari beberapa negara masih meninggalkan kesan berlarutan sehingga hari ini.
Al Jazeera melaporkan, di sebalik keputusan Presiden AS, Joe Biden untuk membatalkan larangan terbabit pada hari pertama beliau memegang jawatan tahun lalu, dasar itu dilihat masih menghalang rakyat AS yang terpisah jauh dengan ahli keluarga mereka.
Mac lalu, Jabatan Negara AS berkata, pemohon yang dinafikan kemasukan semasa bagi tahun fiskal 2017 hingga 2020 akibat larangan itu, perlu memohon semula ke program terbabit walaupun peluang untuk dipilih semula adalah sangat tipis.
Ahmad, 33, yang berasal dari Syria pernah menerima visa ke AS pada Mei 2018, selepas percubaan kali ketiga memohon Program Visa Kepelbagaian.
Dia bagaikan tidak percaya dengan peluang sekali dalam seumur hidup itu.
Lelaki itu meninggalkan negara yang dilanda perang pada Julai 2019 ke Jordan bagi melakukan ujian perubatan dan temuduga di kedutaan AS sebagai sebahagian daripada syarat permohonan.
Bagaimanapun, sehingga sekarang dia belum menerima sebarang khabar berita mengenai permohonan terbabit.
"Kami dilayan secara tidak adil. Saya sama seperti orang lain kerana mempunyai hak untuk mengembara dan mendapatkan masa depan yang lebih baik.
"Saya berasa terlalu marah kerana bayaran permohonan visa termasuk kos perjalanan dan belanja perubatan sama dengan gaji setahun," katanya.
Lima tahun lalu, Bekas Presiden AS, Donald Trump memperkenalkan dasar menghalang kemasukan ribuan penduduk dari beberapa negara majoriti Islam.
Arahan itu menyebabkan ratusan pelancong kecewa apabila visa mereka dibatalkan, ditahan dan dihantar pulang. - AGENSI
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ada pihak yang menggelar AS sebagai 'kepala bapak syaitan dunia' yang direjam.
8 comments:
cuba tanya hamba allah yang kata cia tu kawan dia. sure boleh masuk punya...
Tn Hadi dalam edisi lawatan kerja ke Dhoha boleh terus berkujung ke Amerika Syarikat untuk bertemu Presiden Biden, yang ramai tahu bahawa Presiden Hadi juga bukan calang hebat, semoga perjumpaan Kali ini akan mencapai hasil kata sepakat dalam isu kemasukan orang Islam
Tu yg wak kata tghh elok tukar bidang zoology. Sebab wak masih berfikiran cara bagan. Pegang jawatan sambil meracun rakyat dengan dakyah buruk dan tikam belakang. Siapa yg minta wak untuk beri sumbangan idea. Takde kan. Yg ada wak sumbang duit utk peguam bela spy wak bebas.
Presiden parti kris harap rakyat buat sumbangan utk negara. Layakke presiden utk cakap macam tu. Sedangkan presiden bawa mudharat kepada parti dan negara. Presiden pandai berpura pura baik, sedangkan dia sorang yg kaki songlap. Ada baiknya presiden tidak mencampuri urusan negara hingga kesnya selesai.
Presiden bole move onn kes nya.. kiki
Presiden parti kris berjiwa kecil. Tidak mahu memertabatkan Islam, tidak mahu memertabatkan undang undang syariah. Tidak mahu mengharamkan arak. Presiden hanya suka tikam rakan sekutu dengan kris tanpa sarong. Presiden bernafsu besar bab duit. Beri makan anak bini dengan nafkah haram. Presiden seperti ini tidak perlu dibela. Perosak bangsa.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpandangan tidak mengapa jika pihak lain mahu bergabung berapa banyak parti sekali pun kerana BN tetap ‘steady’ dan ‘ready’ untuk berdepan cabaran politik.
Menurut Presiden UMNO itu, mereka yang bermusuhan dan berbeza ideologi itu mahu bergabung menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semata-mata demi melawan BN.
“Tentunya mereka tidak kisah apa nasib dan keadaan caca marba negeri Johor selepas itu kerana tujuan mereka hanya mahu menyekat kebangkitan BN.
BOLEH PERCAYA KA. 47 KES APA CERITA.
Jika Bicara Keluarga Zeti Sebelum PRU15 , Bossku/UMNO/ BN akan menang dengan Cemerlang.
Khabarnya menunggu hari untuk Peguam Negara memberi “go ahead” dan ‘Green Light” untuk kes keluarga Zeti dan Nor Yakob di dibicarakan.
Cuma tahun untuk dimulakan bicara sahaja belum diketahui...!! Dah nampak macam dilewat lewat kan macam 'cifut babi' kes AMLA Zety dan keluarga penyamun ini.
Mungkin tahun ini, mungkin juga 15 tahun lagi, kita pun tidak pasti.
Post a Comment