Presiden CUEPACS, Adnan Mat.
KUALA LUMPUR: CUEPACS menyarankan kerajaan mengeluarkan pekeliling baharu dalam usaha memartabatkan penggunaan bahasa Melayu di jabatan dan kementerian dengan mengambil tindakan tegas jika gagal dipatuhi.
Presiden, Datuk Adnan Mat, berkata ia juga wajar diperluaskan di badan berkanun persekutuan dan negeri.
Beliau berkata penggunaan bahasa Melayu dalam sebarang urusan rasmi kerajaan dalam negara wajar dilakukan terlebih dahulu sekiranya mahu ia dilaksanakan secara meluas di luar negara.
Katanya, CUEPACS melihat ketika ini masih banyak agensi kerajaan yang menganjurkan majlis tetapi tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai medium penyampaian.
"Jika di dalam negara sendiri pun perkara ini tidak dititikberatkan, bagaimana kita mahu melihat usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu di luar negara.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan Malaysia akan menggunakan bahasa Melayu dalam setiap urusan rasmi negara, termasuk mesyuarat dan persidangan antarabangsa sebagai usaha memartabatkan bahasa kebangsaan.
Beliau menggunakan bahasa Melayu dalam mesyuarat dua hala dan sidang media bersama ketika melakukan lawatan rasmi ke Brunei serta Kemboja sebelum ini dan yang terbaharu, Thailand.
Adnan berkata, CUEPACS menyambut baik dan mengalu-alukan langkah berani yang mahu diambil kerajaan untuk menggunakan bahasa Melayu bagi setiap urusan rasmi kerajaan termasuk ketika lawatan kerja di luar negara.
"Sebagai rakyat Malaysia, perkara ini wajar disambut dengan baik semua pihak kerana ia akan memartabatkan bahasa kebangsaan kita di persada antarabangsa dan ia dilakukan banyak negara lain.
"Langkah yang diambil kerajaan ini adalah bukan langkah yang terkebelakang sebaliknya satu usaha bersungguh untuk memartabatkan semula bahasa Melayu," katanya.
Adnan berkata CUEPACS tidak melihat perkara itu sebagai satu masalah kerana seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, kecanggihan teknologi ketika ini tidak menghalang untuk bahasa diterjemahkan dalam tempoh yang singkat.
"Jika negara lain boleh melakukannya, mengapa kita perlu banyak alasan untuk melaksanakannya.
"Dalam hal ini tiada kekangan daripada sudut teknologi atau terjemahan bahasa kerana ia sudah dilakukan oleh banyak negara lain.
"Tambahan pula kerajaan memberi pilihan dalam penggunaan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris, bergantung kepada situasi negara yang dikunjungi," katanya.
Kena kerajaan yang tidak ambil rasuah. Kalau lemah iman macam kerajaan 60 tahun, payah sikitlah. Bila ada imbuhan rasuah, prinsip tukar jadi income. Sebab itu parti legasi komunis gerun kat pas. Sebab prinsip tak tukar jadi income. Arak pun dah takde kat kelantan dan trengganu. Judi pun.
ReplyDeleteBila nak bentang ruu355, parti liberal bantah sebab ada income dari parti legasi komunis. Parti kuali pun sama.