PONTIAN: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Awang Hashim berkata, pertembungan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor agak natural dan lateral walaupun Umno mendakwa kuat.
Menurutnya, Umno mempunyai agenda dengan mencetuskan PRN kali ini.
“Saya tengok pada kali ini pertembungan agak natural dan lateral walaupun parti Umno kata dia kuat. Sebab dia kena yakinkan sebab dia memaksa kita untuk menghadapi PRN Johor, yang dicreated oleh Umno.
“Umno yang mencetuskan pilihan raya di negeri Johor ini yang menyebabkan kita pun terpaksa dan rakyat pun belum bersedia dengan pilihan raya kali ini, tetapi Umno ini ada agenda dia,” ujarnya kepada Harakahdaily, di sini.
Sehubungan itu, beliau menjangkakan akan berlaku perubahan pada PRN Johor kali ini kerana para pengundi merasa bosan dengan keadaan sekarang.
Tambahnya, faktor kedua yang menyebabkan boleh berlaku perubahan itu kerana pengundi dalam kalangan undi 18 kali pertama mengundi pada PRN ini.
“Inilah yang saya kata berlaku perubahan yang saya rasa rakyat Johor yang sudah merasa boring dengan keadaan situasi sekarang, yang kedua undi 18 ini uncertainty,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pendang.
Menurutnya, pengundi 18 tahun juga tidak semestinya mengikut bapanya yang menyokong Umno.
“Maknanya kalau bapa dia Umno, dia tidak semestinya sokong Umno, yang ini sudah berlaku fenomena undi 18.
“Jadi kita tengoklah mana-mana pihak yang boleh menguasai undi 18 ini, mereka akan boleh kelebihan dalam PRN Johor pada kali ini,” katanya lagi.
Pada PRN Johor kali ini, Perikatan Nasional bertanding di semua 56 kawasan DUN melibatkan 33 calon daripada Bersatu, PAS (15) dan Gerakan (lapan).
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Mac sebagai tarikh pengundian bagi PRN Johor manakala pengundian awal pada 8 Mac. – HARAKAHDAILY 3/3/2022
Johor berisiko Tergadai Jika PEJUANG menang kerusi. PRN Bangsa Johor bukan salah UMNO. Tun dan sekutu yang mulakan..
ReplyDeleteTun Mahathir telah membuktikan dia mampu bertindak solo jika dia ada sedikit kuasa.
Malah jika orang lain berkuasa pun Tun Mahathir mampu menyelitkan kehendak nya juga melalui pelbagai cara , ugutan,tekanan dan lain lan.
Sudah dua kerajaan bertukar Perdana Menteri , tapi Tengku Zafrul masih lagi menjadi Menteri Kewangan.
Ini bermakna , perlantikan dia bukan atas kehendak Perdana Menteri tetapi atas kehendak pihak yang lebih berkuasa dari Perdana Menteri.
Begitu juga dengan perlantikan Zeti Akhtar kepada jawatan PNB.
Tidak boleh di sentuh.
Tengku Zafrul tewas kepada Datuk Faris Alias Ketika berentap hendak menjadi calon CEO Maybank.
Ketika itu perlantikan tidak boleh di pengaruhi oleh orang yang mahu Zafrul.
Apakah kaitan semua cerita di atas berkenaan dengan topik?
Jawapan nya mudah sahaja, jika PRN Johor memberi kerusi keada PEJUANG, pemimpin mereka seperti Tun Mahathir akan sentiasa berpoitik 24 jam.
Mahathir akan guna tekanan melalui wakil mereka dalam DUN untuk sesuatu keputusan atau pun melakukan sesuatu.
Mahathir pula terkenal dengan isu isu tidak ada kepentingan rakyat melainkan Projek, kroni dan seumpama.
Maka, Johor tidak AKAN selamat.
Jika ada satu atau dua wakil PEJUANG dalam DUN, sudah memadai, ADUN dari pihak bukan PEJUANG yang kata “tidak setuju” di waktu pagi, pasti akan berkata “setuju” di waktu petang atas tipu daya dari pemimpin PEJUANG.
Pulau Batu Puteh telah terlepas oleh pemimpin PEJUANG Tun Mahathir.
Johor tidak perlukan PEJUANG bertapak di Johor.
Jangan beri seinci pun kepada parti anti orang miskin ini ,Ketika berada dalam kerajaan 22 bulan , mereka anti rakyat meminta minta bantuan kerajaan.
Kini , mereka pakai baju PEJUANG untuk kaburi mata rakyat.
Tambah lagi dengan rekod anti monarki, ketegangan pasti berlaku dengan pihak Istana , jika calon PEJUANG ada dalam DUN.
Mereka ikut telunjuk Mahathir untuk apa apa keputusan.
Pulau Batu Puteh telah tergadai, maka PEJUANG perlu ada dalam DUN Johor untuk cantas apa apa cadangan ganti rugi atau dakwaan terhadap Tun Mahathir.
PEJUANG bukan parti Rakyat ,tapi parti “butik” Tun Mahathir sahaja.
Ia untuk membida apabila PRU15 nanti dimana Tun Mahathir akan menjadi “top up’ kepada mana mana pihak sama ada BN. PN atau PH yang mahu kerusi PEJUANG dalam lima atau 6 kerusi atas sebab jumlah kerusi MP sama banyak.
Bidaan harus menyelit kan Mukhriz kepada jawatan tinggi.
Itu sebab PEJUANG tidak masuk mana mana puak dalam PARLIMEN, tapi cenderong membela Muhyiddin secara tidak langsung.
Apa pun rakyat Johor berhati hati dan berwaspada.
Ada niat PEJUANG tanding di Johor yang tidak tanding di MELAKA.
jangan salahkan UMNO bukan kerajaan UMNO pembangkang... jangan jadi bangang...!!
ReplyDelete1mdb tu dari umno,bukan dari parti lain. Bukan dari pas. Jadi tolak umno, tolak pejuang. Tolak liberal. Jom sokong pas dan bersatu. Sokong pn, kes mahkamah tetap on. Kita kejar sampai ke lubang cacing, atok kah, ajib kah, wak jahit kah, abam kah, tetap tak boleh lari. Lawan rasuah, nyawa umno. Lawan lgbt, nyawa part liberal. Nasihat atok,cukuplah sudah.
ReplyDeletePAS mesti promot jenamanya sebagai sebuah parti paling bersih. 60 tahun tidak upaya bina jati diri orang melayu. Umno promot rasuah. Sampai presidennya pun terpalit 47 kes. The hancings promot banyak masalah dari aqidah sampai macam macam. Pejuwang pun sama macam parti 60 tahun.
ReplyDeleteYang penting pilih parti yang bersih, tidak rasuah, jaga amanah, boleh jaga agama, bangsa dan negara.
Kita menyokong parti Islam PAS sebab ia adalah parti yang bersih dari rasuah dll.
ReplyDeleteParti-parti lain semuanya ke laut kerana gila kuasa, gila duit dll.
PAS belum ada pemimpin yg jadi Perdana Menteri... tak nak tgk scud lagi.. cukup lah satu scud dan satu tebar spender kepam..
ReplyDeletekhalas
kah kah kah