Friday, March 04, 2022

32 tahun '0' rasuah, X 1 tahun KM dikait rasuah terowong besar..

 

32 tahun Kelantan bebas rasuah, negeri lain tidak mahu?

ANTARA sentimen yang sering bermain di minda rakyat adalah ketidakmampuan pemimpin dan figura PAS dalam mentadbir negeri ataupun menguruskan agensi-agensi kerajaan dengan cekap.

Pandangan ini tidak tepat sebenarnya melihatkan prestasi negeri di bawah pentadbiran PAS mampu mengekalkan rekod pengurusan kewangan yang amat cemerlang. Ini adalah bukti paling jelas bahawa PAS juga layak bahkan paling terkehadapan dari sudut amalan tadbir urus yang bersih.

Kegagalan menguruskan wang keluar masuk dan mengekang ketirisan wang rakyat dan kerajaan adalah bukti jelas ketidakmampuan mentadbir sesuatu pihak. Namun mungkin kesannya kurang terlihat apabila hasil negeri itu sudah banyak. Perkara ini tidak mustahil di sesebuah negeri yang sudah kaya ataupun dikurniakan infrastruktur asas yang mampu menjana ekonomi sejak awal merdeka lagi. 

Apabila menyentuh soal integriti dan bersih rasuah, apa yang paling utama adalah soal keberkatan dan mengelakkan pembaziran wang rakyat. Wang yang berjaya diselamatkan daripada menjadi ketirisan dapat digunakan untuk projek pembangunan dan usaha kebajikan untuk rakyat.

Maka, nak membuktikan sesebuah pentadbiran itu bersih dan berintegriti bukannya berasaskan rasa-rasa sedap di hati, apa yang kita nampak atau apa yang kita terima namun perlu berasaskan fakta dan rekod. Boleh jadi rakyat menerima RM100, namun sebanyak RM200 yang lain sudah pun dibazirkan akibat amalan tadbir urus yang tidak bersih. Apakah itu yang kita mahukan?

Berikut adalah antara rekod prestasi pengurusan Negeri Kelantan:

i. Rekod bertulis yang cemerlang. Bagi Negeri Kelantan yang sudah 32 tahun di bawah PAS, Prestasi Pengurusan Kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti dalam Laporan Ketua Audit pernah mencecah markah 99 peratus serta mengekalkan markah yang tinggi saban tahun dan mendapat pujian. 

ii. Sifar rasuah. Kelantan juga merekodkan 0 kes rasuah melibatkan pimpinan negeri sepanjang 32 tahun memerintah.

0 kes dalam 32 tahun adalah perkara yang amat sukar. Bahkan boleh dikatakan tidak ada negeri yang mampu menandingini rekod ini buat masa sekarang.

iii. Dasar pengurusan kewangan cemerlang. Kerajaan Kelantan juga kedudukan kewangan kerajaan Kelantan pada tahun 2021 kekal berdaya tahan walaupun beroperasi dalam persekitaran ekonomi yang lebih mencabar akibat pandemik COVID-19.

Prestasi Akaun Semasa Kerajaan Negeri mencatat lebihan sebanyak RM47.61 juta menunjukkan peningkatan sebanyak RM2.17 juta atau 4.77 peratus berbanding tahun 2020.

Prestasi ini adalah kali ke-lima tahun berturut–turut bermula tahun 2017. 

Lebihan wang inilah yang akan digunakan untuk rakyat. Contohnya, kerajaan negeri telah menguruskan peruntukan sebanyak RM2 juta di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi keperluan di Pusat Pemindahan Banjir di Kelantan. Banyak lagi usaha memulihkan ekonomi pasca COVID-19 dan projek kebajikan untuk rakyat yang bakal menjelang.

Siapa kata lebai tidak pandai mentabdir? Jangan pandang enteng isu integriti dan amalan tadbir urus yang bersih! Wang rakyat perlu kembali pada rakyat. Sekiranya Kelantan boleh mencapai kejayaan sebegini, negeri lain sudah tentu boleh. Tinggal kita memilih yang mana patut dipilih sahaja.

Rakyat Johor dah tahu nak pilih siapa?

PROFESIONAL ISTIQAMAH – HARAKAHDAILY 3/3/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim32 tahun PAS perintah Kelantan hasilnya '0' rasuah. Tidak, 1 tahun jadi Ketua Menteri dikait rasuah terowong yang besar.. Ada bekas menteri yang masih terkait puluhan kes rasuah, 1MDB dan banyak lagi.

Yang penting, PRN Johor perlu dibersihkan dari 'Penjenayah Rasuah', walaupun bos-bosnya masih memegang jawaatan tinggi dalam parti masing-masing. 

PRN Johor bersihkan 'Penjenayah Rasuah'.

Siri Analisis PRN Johor

  

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails