ADUN Keranji, Chong Zhemin (berdiri) bertikam lidah dengan ADUN Pengkalan Baru, Datuk Abd Manaf Hashim ketika sesi perbahasan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. - Foto SUK Perak
Sidang DUN Perak 'kecoh'
IPOH: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini kecoh selepas Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Keranji, Chong Zhemin mengeluarkan kenyataan yang berunsur tuduhan.
Sesi perbahasan menjadi agak tegang selama 20 minit selepas Datuk Abd Manaf Hashim (BN-Pengkalan Baru) bangun mencelah.
"Saya cabar ulang balik apa yang dikatakan ada 'fraud' itu di luar dewan ini! Janganlah hanya 'berkokok' di dalam dewan ini, kalau betul-betul YB Keranji berani ulang balik di luar dewan.
"Sidang DUN ini bukan medan untuk mempertikaikan syarikat-syarikat yang disenaraikan di bursa saham," katanya.
ADUN pembangkang itu dalam sesi perbahasannya menyatakan isu membabitkan penggulingan Perak Corporation Berhad Development (PCBD) yang dikatakan sebenarnya lebih besar daripada isu MAPS yang mencatatkan kerugian sebanyak RM700 juta.
"Kerugian MAPS RM700 juta telahpun berlaku, namun apa yang bakal terjadi kepada Perak Corporation Berhad (PCB) dan PCBD akan mempunyai implikasi yang lebih besar terhadap pihak kerajaan negeri," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sesi perbahasan Sidang DUN Perak yang di Dewan Negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
Katanya lagi, berdasarkan afidavit yang dibuat of bekas Pengarah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PCB jumlah aset yang dimiliki oleh PCB mencecah RM1.3 Billion.
"Jadi persoalannya sekarang, di manakah aset dan tanah yang bernilai RM1.3 Billion ini? adakah aset-aset ini telahpun hilang? adakah ia telah dirompak, dicuri ataupun disembunyikan?
"Saya rasa ini adalah persoalan penting yang ahli-ahli dewan di sini perlu memikirkan," katanya.
Sesi perbahasan setiap seorang ahli dewan yang sepatutnya berlangsung selama 20 minit menjadi semakin panas selepas ADUN pembangkang itu enggan mengendahkan arahan untuk tidak menamatkan perbahasan.
Keadaan itu terpaksa ditenangkan oleh Speaker DUN Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid.
ADUN Trong, Jamilah mencelah meminta dikenakan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Perkara 35.8 iaitu Pengerusi boleh mengikut budi bicara mengehadkan masa bagi ahli-ahli mengambil bahagian dalam perbahasan.
Mohamad Zahir akhirnya menggunakan Perintah Tetap 441 memerintahkan ADUN Keranji untuk berhenti berucap.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: DAP buat hal lagi? 'kecoh' tembung ADUN BN di Perak. Kata periuk belanga hitam. Sedangkan pemimpin mereka, sama-sama tertuduh perasuah, perogol amah, pendadah, pemfitnah..
Soalnya sekarng, apakah mereka yang sama-sama tertuduh rasuah akan bergabung? Tun M dulu, kini akan diganti Najib yang akan bersama DAP? Lihat sambutan Najib di Pulau Pinang. Najib sedang main-mata pancing-memancng bersama?
Biasanya roh yang jahat akan mudah bergabung, berkerjasama dan selesa dengan geng-geng penjahatnya. Kalau berlaku gabungan ini, apakah PRU 15 akan datang jadi medan pertarungan antara golongan 'pembaikan' bertarung dengan golongan pe'mungkar'?
Kita sama-sama lihat nanti... Sekarang pun 'barua-barua juboq tak basuh' sudah mula me'iklankan' Najib dan kuncu-kuncu nya...
No comments:
Post a Comment